CHERITERA KAMI...: Tempat makan di Kota Kinabalu - Kundasang

Nov 12, 2015

Tempat makan di Kota Kinabalu - Kundasang

Kali ni nak share pulak antara tempat makan yang kami pergi haritu.

Kundasang

Once dah sampai pekan Kundasang yang comel tu, korang boleh nampak few kedai makan dekat situ. Cumanye nak was-was ke tak was-was kan. Nak mencari kedai yang yakin tu. First time dulu sampai kami layan KFC je semedang.Haritu pun datang take away jugak buat standby makanan masa stay dekat Nikgold Garden Kundasang.

KFC Kundasang, sebelah menyebelah ada mini market. Beli stok kudap2 pun dekat sini.

Kali ni pergi nak try makan dekat kedai lain pulak. Sampai je dekat Kundasang dah tengahari terus stop depan kedai Intan Restoran & Cafe ni. Ramai jugak tengok orang tempatan dan luar yg singgah. 

Intan Restoran & Cafe

Kepak ayam madu pun popular dekat sini. Haruslah try

Order nasi goreng kampung je. Rasa takdelah sesedap kite dekat semenanjung ni tapi dah lapar layan je kan.

Sambil makan mengadap view cantik ni. SubhanaAllah...Lokasi kedai, roundabout pekan Kundasang dari KK tengok kanan korang. 

Malam kedua di Kundasang, ade orang sudi belanja. Kawan cik B datang dari Ranau nak lepak2 sambil makan

Kredit gambar : Nabalu Kundasang. Sendiri tak sempat amik gambar sebab dari janji pukul 9 malam membawa ke 10 malam.Lapar-lapar takde masa dah nak amik gambo;p

Tempat ni 2 in 1. Nabalu Lodge and Nabalu Lodge Cafe. So, kalau nak menginap dekat sini pun boleh or nak dtg makan shj pun boleh. Cafe die tu open to public. Buka dari pukul 7pagi-11malam. Ni kalau kawan cik B tak ajak, memang kami xtau. Macam-macam menu ada dan rasa pun sedap juge.

Boleh tengok gambar lagi dekat SINI

Kota Kinabalu

Kali ni di KK 1 malam, so dinner tu kami ke tempat biasa lah, Dataran Todak. Berdepan dengan Hyatt Hotel. Awal jugak sampai dalam pukul 630 petang, orang tak ramai lagi.Parking pun senang dan mungkin juga weekdays. So, tak sesesak masa kami pergi dulu.

Puas tawaf 1 kawasan tu, tengok setiap kedai mana yang menarik tapi akhirnya Kedai Haji Manja jugak menjadi pilihan hati. Memang worth it, memang tak mengeciwakan, memang rekemen la dekat korang kalau dtg KK silalah try makan di sini yea.

Sesetengah orang cakap service lambat. So, far alhamdulillah ok. Mungkin time ramai org kot serve jadi lambat.Tak cuba, tak tahu yea dak.

Dari siang tak makan simpan perut nak makan besar malam ni. Alhamdulillah...licin semua pinggan. Menu malam tu - Siakap sweet sour, udang butter milk, abalon masak cili,ketam masak telur asin.

Sedapppp abalon ni. Cuba try order nnti.

Jangan lupa singgah kedai Haji Manja, Dataran Todak tau.

First visit, boleh baca di SINI



3 comments:

idzwa kamaruddin said...

kene masuk list ni!

Azhafizah Md Nor said...

wah ke kundasang lagi..seronoknya! kita je tak sampai sampai lagi

zaleha awaluddin said...

best tu...
belum sampai lagi ke area Kundasang sana...
memang teringin nk gi pasni

Pengalaman Menginap di Bustel Melaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah