CHERITERA KAMI...: Shangri La Tanjung Aru Kota Kinabalu

Nov 15, 2015

Shangri La Tanjung Aru Kota Kinabalu

Done 3H2M di Kundasang..percutian diteruskan 2H1M di Kota Kinabalu pulak.

Macam biaselah kalau bercuti bulan 9@September ni maksudnye cuti sempena anniversary la tu. Tapi kali ni sambut awal seminggu sebab tarikh yg sepatutnye cuti raya haji, raya haji pulak kali ni turn Perak. Agak tidak manis pula orang sibuk beraya kita sibuk menggedik nak bercuti-cuti cinta.

So, sempena meraikan anniversary tersebut dan jadual aktiviti di KK pun hanya rest n relax. Takde island hopping xde shopping beria. Jenuh jugak nak decide pilih hotel. Lepas tolak darab bahagi, akhirnye kami pilih SHANGRILA TANJUNG ARU.

Sempena  hari istimewa, biarlah tempat kali ni istimewa juga. Sekali skala merasa stay di hotel berbintang lebih:)Booking thru agoda dengan harga RM800++  1 malam termasuk breakfast 2 orang.



Kami booking Kinabalu Mountainview room type paling murah sekali. Saja tny receptionist tu boleh late check out ke, die ckp paling lewat pun pkul 1pm. Flight kami pukul 6pm. Kami pun ok je la.Dia cek2 semua pastu receptionist tu ckp tunggu kejap. Kejap tu dalam 5minit kot camtu. Then dia kate, diorg bg free room upgrade ke kami. Dari Kinabalu wing ke Tanjung wing yang mana. Walaupun xtau bilik jenis ape die bg tapi kalau dah upgrade slalo bilik lg best la kan.Alhamdulillah...rezeki jgn ditolak



Jom check in dah tak sabar rasenye nak tengok bilik tu


Bilik 308, Tanjung Seaview...Seronok tak terkata bila masuk bilik ni.Alhamdulillah...Alhamdulillahh...


Katil yang besar dah empuk




Complete dengan bathrobe, iron iron board, slipper, umbrella



 Toilet with bath tub.Bilik yg awal2 kami book takde bath tub. Excited!!Tak sabar nak berendam. Almaklumlah bukan slalu stay hotel yg ade bath tub.


Super nice room!!



Cuaca agak terik tapi landskap hijau dan seaview sangat mengujakan


Cerita Shangri La akan bersambung lagi...banyak yang menarik untuk dikongsi...
Stay Tune!!


4 comments:

mama tisya said...

cantik bilik seaview..nmpk beso katil tu

idzwa kamaruddin said...

wahhh rezeki anniversary!! alhamdulillah alhamdulillah ;)

ayu Ismail said...

Bestnya duk sini hrg pun boleh tahan

Azhafizah Md Nor said...

cantiknya bilik..cantiknya permandangan luar pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah