CHERITERA KAMI...: Wet World Shah Alam

Jul 28, 2015

Wet World Shah Alam

Salam Syawal Selamat Hari Raya kawan-kawan..Maaf Zahir Batin yea..amacam raya korang?boleh tahan meriah jugak tgk update dkt fb.yg dh share dkt blog pun ada yg N sempat baca , seronok!raya kami?alhamdulillah...yg penting dpt beraya dengan family kan..

Anyway, nak share antara aktiviti bulan Syawal ke5 haritu. Disebabkan N masih lagi bercuti tapi cik B dah keje jadinya N pelawa lah anak-anak buah N stay dgn kami 1 2 malam buat peneman.Lepas tu bawak la diorg jenjalan. One of tempat tu ialah Wet World Shah Alam. Doket yo ngn rumah sewa kami, 10minit sampai dah.

Pukul 1015 dah sampai dkt kaunter tiket. Dah stat GST ni, harga tiket pun naik la. Dari RM20 ke RM25(dewasa), RM16 ke RM20(kanak-kanak). Nak ngelat pun tak boleh, memang kene ukur dulu.yg sikittt lepas dewasa pun di kira dewasa juge.


Take note, sini pun tak boleh bawa masuk outside food. Sebab dah google dulu sblm pergi, dah take note sesiap. Memang malas la N nk bawak makanan. Sblm masuk tu, staff die mmg cek setiap beg. Kalau pandai adjust, lepas la kome.

Bile dah masuk tu, cuaca memang tengah terik.Dah aim nk sewa cabana die. Mahei pun mahei la, janji ade tempat berteduh. Janji selesa. Punya la crowded dekat kaunter tu sebab bebudak cina kolej kot dok kerumun. N terus short cut masuk dlm kedai mart die.kaunter utk sewa cabana dgn tube sm dgn skali dgn mart. Kalau nak sewa caban tu, korg kene cari dulu cabana no. berapa yg korg nak, then inform dkt kaunter.

Inilah rupa cabana tu. N pilih no.9. Ini je yg dkt dgn pool, yg still kosong.Macam pondok rupa dia, siap ada kipas dkt bumbung tu. Memang selesa, kalau mls nak g toilet tukar baju, salin je dkt sini. N sementara tunggu anak- anak buah berendam, siap baring baca novel lagi. Berbaloi la juge bayar sewa RM84.80 tu walaupun mahal la juge.huhu...

Depan pool je, senang kang kekejap tinjau.diorg pun kekejap naik. Minumlah, makanlah. Solat pun boleh dalam ni.

Harga sewa cabana dgn tube. Ada deposit tau. So,makesure korg bawak extra money utk deposit tu. Receipt ni simpan leklok utk redeem balik deposit bila nk balik nnti.kalau tak, menangis la burn. Tube RM21.20 satu and kene pastikan korg pulangkan tube no yg sama mcm dkt receipt tu. So, kene pesan la dkt bebudak jgn tertukar tube plak. Nnti 1 hal nak mencari.

Dalam ni ada few tempat utk beli makanan. Tapi of course la harga tu mmg mahal dr biasa. Kalau beli sebekas nasi goreng ke bihun or nasi lemak skali dgn air tin RM8. Air tin sahaja RM3.50.

Tempat ni xbesar mana tapi okla.banyak juga game dan senang nak pantau bebudak dah tempat tak besar kan.

Main attraction di sini, gelungsur air terpanjang di Asia Tenggara.



Memang banyak gelungsur ada dkt sini.

Yg ni agak tersorok terkebelakang sikit

Dah masuk tengahari makin ramai orang. Bahagian ni memang jadi tumpuan sebab byk utk kanak-kanak dan happening dkt sini. Last skali pergi darjah 5 ni, masa tu mak yg bawak skali dgn kawan-kawan. Dah tak igt dah ada beza tak dl dgn skrg. Yg beza utamanya, mestilah harga tiket kan. Dulu mesti murahhh lagi.

Seronok die berendam smpai hitam2 muka.Heheh..

Nice place utk seisi family spend time together.

3 comments:

Azhafizah Md Nor said...

beraya di wet world pun seronok juga..masa ni lah tak berapa nak ramai orang kan..seronok budak² main air. sekali jumpa air memang berendam sakan..tak kisah hitam ke ape asalkan puas..hihi

hamizah che mat said...

syoknyaa..
JOM FOLLOW SAYA

Amirul Asyafi said...

Hi, my name is Amirul and I'm contacting you from Wet World Shah Alam. We would like to invite you to our event of year, happening very soon and would like to request you for your contact details such as your email address. Please contact me at amirulasyafi@owg.com.my with your details. Thank you

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah