CHERITERA KAMI...: Menara Telekomunikasi Kedua Tertinggi di Malaysia

Jun 23, 2015

Menara Telekomunikasi Kedua Tertinggi di Malaysia

Salam Ramadhan kawan2!! Dah hari yang keenam. Alhamdulillah masih penuh lagi Harap2 dapat penuh sebulan, rezekiiiii...


Ni nak tanya korang ni..Apakah menara telekomunikasi kedua tertinggi di Malaysia??


Dapat tak jawab??Jawapnyeeee...Menara Alor Star!!!

Pertama kali jejak kaki ke Alor Star kalau tak sebab ade kenduri memang tak sampai la kami ke sini. Cuti pun hanya 2 hari 1 malam. So, memang tak jalan jauh mana la. Pusing sekitar Alor Star.

One of tempat wajib pergi ialah Menara Alor Star ni. Ketinggi 165.5 meter. Tiket masuk berharga RM9(dewasa) dan RM5(kanak-kanak). Boleh la kalau nak menguji tahap ketakutan pada ketinggian tu. Naik lif tu transparent pulak boleh nampak luar. Tak mbil pulak gambar dalam lift sebab ramai orang. Kalau tak, terniat jugak kita nak bergedik dalam tu.

Observation deck ketinggian 88meter yang untuk public ni pun bukan yang paling tinggi.  Deck yg paling rendah  di menara tu. Atas observation deck tu ade pulak restoran tapi tu by reservation tau. Ada lagi 1 open deck tapi tak dibuka untuk public.

Sayup-sayup kelihatan tempat yang dituju. Kalau dah masuk Alor Star ni confirmla akan nampak Menara tu.

Dah dekat dah ni..Dah nak sampai dah..

Nasib baik senang cari parking. Banyak parking tepi-tepi jalan tu. Tak sabar kita nak naik ke atas nun.

Kalau tak paham, ape yang N cuba terang kan tadi ade observation deck la, open deck la, restaurant la. Ha ni ha...ce baca dekat sign ni. Cerita detail siap dengan map Alor Star lagi:)

Masa ni tengah cuti sekolah tapi tak ramai sangat pun orang. Kawasan lobby dan kaunter pun takde la besar mana. Cuma nak menunggu lift yang satu tu la kene bersabar sekejap. 

Harga tiket yang bagi N reasonable sekali seumur hidup nak merasa naik Menara Alor Star ni.


Yang menari lagi, lift die versi transparent tau. Boleh nampak pemandangan luar. N suggest kan korang naik lift tu terus amik port tepi lift baru feel kecut perut ke tak. Kami haritu tak merasa dok tepi. Kene tinjau2 nak tengok ke luar. Nak ambil gambo pun tak dapat. Bila dah sampai observation deck ni, angin sepoi-sepoi bahasa kt atas ni. yealah, 88 meter kan ketinggian die. 

Boleh nampak pattern pembangunan dekat Alor Star ni. Pekan Alor Star yang semakin membangun di 1 kawasan dikelilingi dengan sawah padi dan perkampungan. Dekat atas ni ade kedai serbeneka , sempat la kami makan aiskrim scoop kt atas ni. Hilangkan dahaga katenye. Tak lama pun dalam 15minit camtu la pusing2, lepak kejap lepasu turun semula.

So, orang Alor Star atau yang berdekatan atau sesape bercuti ke Alor Star nanti boleh la pergi ke Menara Telekomunikasi  Kedua Tertinggi di Malaysia ni yea.

Phewww...berjaya jugak post 1 entry lepas hampir sebulan lepas orang tu sound bila la blog fav die nak update cerita ni;p

1 comment:

Azhafizah Md Nor said...

Selamat berpuasa Ann..tak pernah lagi Fiza jejak sini..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah