CHERITERA KAMI...: Lepas mengidam makan durian

May 20, 2015

Lepas mengidam makan durian

Sejak menjak ni macam ramai je macam banyak je gambo pasal durian keluar dekat news feed. Bertambah-tambah ngidam kite. Dari beberapa minggu dah ni dok cakap nak makan durian.Tapi tak pergi2 juga cari.

Last weekend hari Ahad, by hook or by crook kate omputih nak jugak makan durian.Tak kire!!

Area Shah Alam ni tak jumpa la plak kedai jual duriannye.Oh..ade dekat seksyen 7 dekat2 dengan ICity.Tapi kali ni teringin nak merasa tempat durian yang glemer disebut ramai, dekat ss2 petaling jaya.

Berjaya juga sampai akhirnya, nasib baik la tak tutup.Main terjah je ni.Tak susah pun nak cari.Korang search je BALAI POLIS SEA PARK..dekat dah tu, depan je.Memang berderet tepi tu kedai durian.Yang lain tutup, nasib la rezeki ada 1 bukak.Kalau tak, mau kempunan menjejeh air liur.Hehehe...


Welcome to syurga durian..durianss2..siap complete ade webpage dengan no.tel lagi..

Masa ni ngam2 waktu lunch.Ramai orang cina datang sini.Dah macam makan besar gamaknye.Kami pun kalau ikutkan nafsu mau berbiji-biji jugak.

lai lai pilih..ada pelbagai jenis durian.dari yang sekilo rm75 sampai la sekilo rm25.

Udang merah tu menggoda tau isi die..Terpaksa tambah lagi sebiji.

Total 3 biji duriaN je kami ngap.Alhamdulillahhh lepas juga ngidam. Katenye bulan depan baru musim durian.Nanti kat sini baru ade buffet yg rm30 tu tak silap.So, bulan depan boleh terjah lagi.

Parking agak limited, kawasan selesa dan bersih,servis bagus, makan durian dgn air kelapa mengancam juga.

4 comments:

Azhafizah Md Nor said...

First time dengar durian raja kunyit tu..Alhamdulillah rezeki Ann dapat merasa durian kan..lepas jugak mengidam nak makan tu

idzwa kamaruddin said...

lama tak singgah sini..hai dik!

Falsya said...

Kalau tetibe ngidam nak maka durian mmg selalu akan gie kat ss2..hehe

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
alaaaaahaaiiii penggemor derian :)

psttt: penang sekarang ni melambak derian uols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah