CHERITERA KAMI...: April pelbagai kisah

Apr 17, 2015

April pelbagai kisah

Fuhhh...fuhhhh..sapu sawang 2minggu tak update blog.Bulan April bulan yg banyak kisah baru bagi kami, lembaran baru walaupun baru 2minggu tapi dah pelbagai kisah disebaliknya.

Kalau ikutkan perancangan kami, awal bulan haritu sepatutnya dah terbang cuci mata melihat Fujisan, melayan sakura yang cantik dan ditunggu-tunggu itu dan menyibuk diri di Shibuya. Tapi DIA sebaik-baik perancang, terpaksa melepaskan percutian selama seminggu tu.Walaupun berat sangat hati, ralat pun ada. Tapi bila difikirkan semula..Alhamdulillah..DIA tahu apa yg terbaik untuk hambaNya.

Minggu yang sama sepatutnya kami terbang ke Osaka, kami tengah sibuk mengemas barang untuk pindah ke Shah Alam. So, setahun 2 ni kita lambai-lambai orang Shah Alam la pulak. Lepas ni cari port JJCM dekat Shah Alam.

Pemandangan indah kami setiap hari..Syukur tak terkira..Rezeki lain ditarik, rezeki yang lebih bagus lagi yang datang. Walaupun rumah sewa sahaja tapi kami dah jatuh cinta pandang pertama dekat tempat ni Semoga segala urusan kami berdua selepas in dipermudahkan.

Pertama kali duduk berjauhan dengan family. Jauh tak jauh, kalau dari rumah family N tu dalam 45minit je. Tapi of course suasana tu lain. Tapi ini antara keinginan kami yang telah lama tersimpan. Nak hidup sendiri dan berdikari. Kebetulan N dapat kerja di Shah Alam, memang tak berapa nak gigih berulang-alik setiap hari. Dalam tak sampai sebulan decide nak sewa rumah ni.Dah few tempat kami survey tapi tak kene dengan jiwa. Rupanya jiwa dan hati kami di sini.

Tak habis penat mengemas, hujung minggu baru ni ada program 'team building' pulak under jabatan. Berat hati nak pergi tapi dah staff baru berani ke tak nak pergi kan.Pengalaman menarik lagi2 team N bolot menang untuk persembahan dan permainan.

Dapat biskut Famos Amos yg sedap tu dengan duit sumbangan boss sendiri RM150.Alhamdulillah!

Ada orang Shah Alam sini??Hiiiii!!!;)

8 comments:

mama tisya said...

oh dh pindah shah alam...sana byk tmpt mkn

ummi_khalish said...

hi..sy org klang..tpi dgn dgn shah alam je..kakak dil keje kat shah alam..blh kita jmpa bila dil balik mesia...jd geng makan2 ..hehehehe

FiZ aka Miss Pija said...

Allah adalah sebaik-baik perancang.
In shaa Allah, ada lagi rezeki yang lebih baik. Mana tau dapat pergi tempat lagi best lepas ni. Jangan lupa blog out k :)

MiZie SaRaH said...

Selamat ber'team building'.. saya pernah jugak join team building, tapi di Port Dickson :) memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.. jemput baca entry saya..

http://miaqaisarah.com/2015/04/21/team-building-supermom-di-port-dickson-day-2-of-2/

~~AzaLea~~ said...

Hai! sy org seksyen 28, Shah Alam.. :)

Eny said...

bebeh!!arened dok seksyen bape. mana la tau kite lajak p sana boleh ajak aling sekali bergathering khenn

Azhafizah Md Nor said...

Allah sebaik² perancang..mungkin ada sesuatu yang lebih baik untuk Ann n husband :)

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
waaaaaaaaaa
alhamdulillah
rezeki dok umah sendiri :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah