CHERITERA KAMI...: Stay buat kali kedua

Mar 4, 2015

Stay buat kali kedua

Percutian 2D1N yang agak last minute. Masa cuti CNY yang 4hari tu memang kami tak plan langsung nak bercuti ke mana. Lagi2 bila cik b keje on Friday tu. Timbul plak plan dari emak kesayangan ajak stay Putrjaya haritu . So, survey punye survey pilih pny pilih The Everly Hotel menjadi pilihan. Nak check in Jumaat, hari Isnin N call utk booking.

Kali kedua untuk kami stay sini. Klik sini untuk pengalaman kali pertama. Kebetulan tengah ada promosi sempena CNY. Lepas tu guna govement rate pulak. Harga 1 bilik deluxe room RM195 xinclude breakfast. Kalau tak RM250++. Murah kan??Sebab pergi 2 keluarga, total dalam 10orang. N just book 2 bilik with connecting door. Sebab dekat hotel ni takde jenis apartment.

Bilik jenis connecting ni, 1 bilik 1 king bed dan 1 bilik lagi 2 single bed. Single bed pun besar, N muat tidur berdua dgn cik B tau.Hehhe. Lepas tu ade day bed. Bilik jenis carpeted. Tak muat katil, boleh tidur bawah je. Alhamdulillah la memang muat untuk 10orang kami haritu. Ala nak tidur 1 malam je pun. 

Dengar nak g cuti je excited memasing

Senyum nenek tengok cucu2 seronok bercuti2. Beginilah lebih kurang rupenye bila connecting door tu di buka.Senang nak makan nak tinjau2 orang sebelah. Tak payah nak ketuk2 pintu.

Request nak lake view dan high floor. Dapat level 5, ok la.

Malam pulak berjalan ke Alamanda. Sebelah doket yo. Tak payah nak naik turun kereta.Dulu masa kami stay sini, tak pergi pun berjalan ke sini. Kali ni bawak la 1 rombongan berjalan. Dinner dekat foodcourt , beli makanan untuk breakfast alas perut esoknye.

Makcik kene pau dengan anak-anak buah nak main bowling. Layankan aje. Lama tak main bowling Ke longkang semua.Hehhe...Pukul 11malam baru balik hotel.

Esok sebelum check out, sempat singgah lagi sekali ke Alamanda. Kemain mak kite menyopping. Tu la bestnye kan hotel dengan shopping mall sebelah menyebelah. Sebaik duduk 1 malam. Kalau 2 malam, memacam dibelinye.

Bile tanya best tak hotel ni??Best tapi kolam kecik katenye. Nak kolam besau tunggu Uuu korek tanah buat kolam besau yea.;p

Lepas check out, singgah rumah makcik dekat Bangi. Lunch merangkap tea dekat situ. Lepas asar jugak la baru gerak dari Bangi.

Tak puas mandi kolam dekat hotel, tengah hari panas terik pun sanggup terjun kolam rumah makcik. 

Sambung main game askar-askar ni. Bagus game ni, 

Lepas dari Bangi ni ada lagi menyinggah rumah abang pulak dekat Wangsa Maju. Sampai ke Isyak jugak la dekat situ. Rasa macam kite pulak beraya sakan.


8 comments:

Nazarith said...

besarnye umah makcik...cantik...

mama tisya said...

wah best umh makcik tu sbb ada kolam beso

Ida Puanstoberi said...

ada 2 swimming pool..best nya..
eh,bkn N kata nanti nak pindah umah area umah akk ke?
Kalau betul.. kat sini pool besar.. olimpik size.. hikhik :D

kehidupan sihat said...

seronok ye ramai-ramai lepak hotel :)

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
pool di laaaaaahhaaaaaaaaaaiii

Azhafizah Md Nor said...

seronoknya bercuti reramai macam ni..happening je kan

ummi_khalish said...

wahhh....besor kolam umh makcikk...

Cik Sara said...

fuiyooo..sakannya ann berjalan.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah