CHERITERA KAMI...: Sketsa Pagi

Mar 24, 2015

Sketsa Pagi

Last weekend kami ke Ipoh. Demimu anak buah ku..tak sanggup nak hampakan. Ada program sekolah di perkarangan Stadium Indera Mulia Ipoh. So, kami stay la 1 nite area situ. Yang ni kite cerita lain entry.

Nak cerita pasal pagi Ahad tu, lepas Subuh pukul 6lebih hari pun belum terang lagi.Keluarlah kami berdua suami isteri nak pergi breakfast. Nak tapaukan sekali la untuk yg lain. Yakin ni keluar dari pintu hotel dua-dua terus ke arah yang sama, ke kereta kami la kononye. Sekali N tengok kereta tu bercalar dan bumper senget. Dada dah dup dap dup dap. Dah nak nangis, cuak , sedih semua lah perasan mula timbul. Sesambil betulkan bumper tu tertengok la dekat no.plat kereta,

Aiyyyyoooo...salah kereta daaaaa...tak tergerak lansung nak tekan alarm dulu ke ape. Terus sibukkan yg calar, yg senget. Bantai gelak laki bini. Terus blah pusing pergi ke kereta kami yg sebetulnya. Tengok jugak kiri kanan ade orang nampak tak.Hahahaha.Kang tak pasal-pasal  ingat kite nak pedajal kereta orang ke ape kan. Ni betul-betul punya mamai ni. Beza kereta kami dengan yang salah tu selang 3 lot camtu sebab mungkin kereta tu lebih ketara nampak dari kereta kami agak tersorok sikit parkingnye. Tu yang terus je yakin pergi kat kereta tu. Sampai sekarang kalau ingat memang geleng kepala...Hhahah..



Pagi yang indah....

~Korang pernah mengalami macam kitaorang x???Baik mengaku wehhh..:p

3 comments:

Azhafizah Md Nor said...

mesti rasa nak nangis tengok kereta camtu kan..belum pernah jadi lagi kat diri sendiri ni..hihi

FiZ aka Miss Pija said...

Macam pernah jadi je tapi dah lama. Ingat-ingat lupa. Cuma yang paling tak boleh lupa bila parking tempat lain, cari tempat lain. Dahla sorang2. Rasa nak menangis je. Ingat kereta hilang. Macam apa je bila ingat balik.Haha

FiZ aka Miss Pija said...

Macam pernah jadi je tapi dah lama. Ingat-ingat lupa. Cuma yang paling tak boleh lupa bila parking tempat lain, cari tempat lain. Dahla sorang2. Rasa nak menangis je. Ingat kereta hilang. Macam apa je bila ingat balik.Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah