CHERITERA KAMI...: Kegilaan Instant Shawl

Mar 17, 2015

Kegilaan Instant Shawl

Sekaran trend kan Instant Shawl ni?Awal-awal dulu takut nak try dan pakai sebab rasa tak sesuai dengan muka. Dah la bulat nanti pkai lagi bertambah bulat.Buat sakit hati je.ahhaha...So, memang malas la nak ambil port tudung nealofar la ape la.

Sampai la 1 day, akak dekat ofc lama jual dan bawak stok instant shawl die dekat ofc. Saja la gatal nak try kan. Sekali try macam ok je. So, terbeli la sehelai. Sesuai warna gelap, kalau warna terang rasa makin bulat.

Tada...instant shawl pertama saya. Ok la kan??Boleh buat muncung, so takdela nampak bulat sangat. Akak tu share gambar N ni dekat page die, die cakap terus banyak masuk order lepas tu.Alhamdulillahhh..;)

Ni instant shawl kedua dan yg terbaru. Sementara tunggu encik suami habis seminat, kite selfie la. Beli dengan akak yg sama. Harga RM45. Labuh sikit dari yg plain dulu.Kain ringan so tang muke tu die xbape nak muncung tapi ok je la.

Yang bestnye instant shawl ni tak perlu nak jaga sangat. Nak gosok, nak pakai pun senang. Belit sekali. Tak payah risau jarang ke ape. Cuma nak adjust labuh ke tak je la kan. Senang nak bersiap kalau pkai instant shawl ni.

Semalam juga dah terbeli lagi 2 helai instant shawl. Singgah dekat Hajra Shah Alam ada sale. 2 helai RM100 die bg kurang RM20.

Bila ambil gambar ni, baru perasan eh lebih kurang sama je warna dedua ni.Heheh..Yang hitam corak tu ada soft awning tau instant shawl die. Tapi kene tgk jugak ade soft awaning yg lembuttt susah nak bentuk ada tu yg just nice.

Tak silap cloverush pun ade keluarkan instant shawl baru jugak.Nanti la nak try terjah butik die dekat sini Wangsa Maju ni je.

***So, korang pakai instant shawl??Beli kat mana??

***Mood malas nak pakai shawl belit2 sekarang ni..saya yg pemalas:p

6 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann, wahh famous skrg instant shawl. sheila belum pernah beli lagi. ekkekee. ingat nak grab selai, boleh pakai pergi pantai. hihiiii ann nampak manis ~~~

Falsya said...

anyonyonyo..chumel sgt ann..hehe..skang nie instant shawl senang..sarung jer..nak2 pulak kalau dh lambat nak gie opis..hehe

::EIDA:: said...

lawa je pakai!!! ida suka sbb aku malas nk gosok tdung ahhahahahha

Azhafizah Md Nor said...

Setakat ni takde lagi instant shawl dalam koleksi..nak beli kene try dulu sesuai ke tak..tapi Ann pakai ni cantik tak nampak bulat mukanya kan :)

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
haaaaaaaaaaa
iols dah lama teringin
tapi tak terbeli lagik he3

FiZ aka Miss Pija said...

Senang kan instant shawl ni. Kite pun dah terjebak beli satu, Qaira Hijab punya. So far puas hati. Cloverush duk usha2 jugak ni. Tapi sekrang ni suka tengok instant hijab by elya shazleen. Yang tu cepat je sold out. Belum berkesempatan nak try lagi. Cuba lah N.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah