CHERITERA KAMI...: Hotel Murah dan Selesa di Ipoh

Mar 30, 2015

Hotel Murah dan Selesa di Ipoh

Last week boleh dikatakan last minute plan jugak la kami 2 kereta ke Ipoh. Demi menjenguk anak buah ada  event sekolah die dekat Stadium Indera Mulia Ipoh. Dok tanya datang ke tak, tak sampai hati pulak nak cakap tak kan. Baik sangat makciknye ni. Nanti korang dah keje, pls jangan lupa makcik korang ni yea.Heheheh...

Mission mencari hotel yang paling dekat dengan Stadium. mencabar jugak sebab tak banyak, ada tapi macam hotel lama macam bagi N even kite nak stay 1 nite pun dah drive jejauh at least mesti nak tempat menginap yang selesa.Betul x??

Memula dah jumpa 1 hotel ni dalam 10minit walking distance ke stadium katenye. Dekat hotel tu pun senang nak cari kedai makan Melayu. Tapi yang N tak berapa kenan tu sebab tengok review dan gambar bilik nye tak berapa ok. Agak old sikit.

Cari punya cari jumpa lagi 1 hotel ni yang lagi dekat sikit dengan stadium, around 5minit walking distance je katenye. Tapi  bile tengok ritu kalau jalan laju boleh la 5minit tu pun mau berpeluh menitik jugak.Tengok gambar menarik, review pun ok. Harga pun masih dalam bajet. So, terusla kita proceed.

Suka cara diorang provide catalog di reception counter complete dengan harga dan gambar bilik yang ada. Senang untuk kita sebagai customer nak tengok. GooD!

Hotel ni 3 tingkat tapi jarang risau, ada disediakan lift. Dan security pun bagus sebab yang ada room card sahaja boleh access the lift. So, tak risau la klu ade outsider tetbe terjah naik ke kan.Hotel room semuanya di level 2.

Bilik kami berdua, Deluxe Room with queen bed room no. 340.Sangat selesa , cantik dan kemas. Queen bed tu besar juga boleh muat 3 orang.

Tv with few channel, kettle, mineral water + 3 in 1 instant nescafe, mini fridge


Takde almari tapi cukup la ada ruang nak letak beg dan gantung pakaian. Hair dryer pun ada.

Bathroom yang seksi. Nak nampak luas kan full cermin tapi jangan risau ada langsir tu boleh tarik. So, tengah membuang tu takde la orang nampak.;p


Ni bilik depan kami yang mana bilik parents kami la.Deluxe Room with 2 single bed room no. 398. 

Bilik kakak N anak-beranak 4 orang. Junior Room room no.304.

Actually dekat sini masa kita nak buat reservation die akan mintak kita confirmkan berapa pax. Exactly berapa orang setiap orang untuk setiap bilik yang kita nak book tu. Sebabnya dia tak allow kita sumbat reramai dalam 1 bilik.Misal kata macam Deluxe Room accomodate for 2 person kan, so kalau lebih dari 2 orang dia akan tanya berapa umur yang extra person tu. Kalau child lepas la, tapi kalau dewasa ke ape die akan suggest ambil extra mattress RM30 or dia akan suggest type room yang sesuai dengan jumlah pax kita. Macam haritu bilik parents N tu 2 orang+ dengan anak buah sorang umur 16tahun. Dia suggest ambil mattress. So, ok la. Tapi bila dah masuk mattress, bilik agak sesak tak selesa untuk solat. So, pulangkan balik extra mattress tu tapi dia still akan charge extra person tu RM20. Reason die buat macam ni sebab nak bagi keselesaan untuk guest dan untuk security juga.

List harga bilik-bilik yang ada. Wifi provided. Laju jugak line dia.Takde breakfast disediakan di sini. Deretan kedai ada di seberang hotel ni.KFC, kedai mamak, kedai runcit macam2 la. Tapi haritu kami naik kereta je nak pergi kedai2 ni. Tak kuasa pulak nak jalan kaki. Dekat area stadium Ipoh ada medan selera dan kedai makan jual macam2 makanan yang sedap2.

Iron pun disediakan. Nak steam iron ke nak iron biase ke. Pilih mana nak.

Kalau korang mencari tempat menginap yang bajet dan selesa di Ipoh boleh lah singgah di  De Hotel Ipoh ni. Servis bagus.Parking tak perlu risau, banyak disediakan depan hotel.



De Hotel Ipoh (landmark bersebelah Courts Mammorth Ipoh)
86, Jalan Dato' Lau Pak Khuan Ipoh Garden
05-545 2222
Tiada website sendiri, boleh refer booking.com agoda.com dll


4 comments:

Lynn Hamzah said...

tq for sharing...

Azhafizah Md Nor said...

selesa juga ni and harga pun okay jugak :)

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
santek la bilik dia
extra matress tu murah laaaaaaa
cuma sempit la kan3 :)

::EIDA:: said...

boleh laaaaa..... kan. tapi ida ke perak salu ade umah kakak ipar, nan hado dapat tryy duk hotel mana mana hahahhahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah