CHERITERA KAMI...: Thistle Port Dickson

Feb 15, 2015

Thistle Port Dickson

Sejak menjejakkan kaki ke sini tahun 2011 dan dah mention pun dlm entry dulu kalau tak jadi gathering cik B tu memang klu ade rezeki lebih nak stay dkt sini.So, gathering tu memang tak jadi dan tak tahu la bilenye nak buat. Dulu memasing sibuk posting dan kahwin, sekarang memasing sibuk dengan anak2 pulak. Every year kot survey promo sini, setiap kali Matta Fair memang ambil pamplet die tapi tak pernah tergerak nak beli.

Dari Melaka haritu, terus kami singgah PD dan stay 1 nite di sini. Yea, selalu yg tak plan tu yg menjadi. Yea tak??Thanks to encik suami kerana melayan kerenah sang isteri ini. Ada 2 je rangkaian hotel thistle di Malaysia. 1 di Johor Bahru dan 1 di Port Dickson. Konsep dan tema die lebih kurang.Tapi kalau nak compare mana yg best, N vote Thistle Johor Bahru dari segi keselesaan bilik. Tapi kalau view cantik tepi laut memang PD la.

Book direct hotel thru phone guna gov. rate weekdays 1 nite include breakfast RM335(kalau tak silap) deluxe room seaview tapiiiiiiiii deposit die giler pny banyak RM300 ok. First time dalam sejarah stay hotel even hotel yang many star  pun takde deposit more than RM100 dan selalunye kalau gov rate jaranggg mintak deposit.

Kami cek in hari Isnin, normal rate around RM500++  so, jangan lupe guna gov. rate bagi yg ada tu yea.Jimatt!Kalau time Matta Fair tak silap promo harga dalam RM300++ cmtu.

Masuk bilik jumpa toilet dulu. No bathtub.Complete toiletries.

Super king bed N rasa katil ni. Memang besar boleh muat 3 4 beranak. 

Ada day bed boleh membaca dan santai, boleh buat ruang tidur juga kalau tak cukup katil tu.Kalau perasan, bilik dekat Thistle PD ni not carpeted, which bagi N look tak berapa nice tapi ada logiknye sebab hotel ni ada private beach. Kalau guest masuk bilik berpasir dan bilik carpeted satu hal pulak nnti tak selesa.Yea dak??

Complete tea/coffee making facility dgn mini fridge.

Ni yang buat teruja , masuk je bilik terus bukak sliding door.Balkoni ni xberapa bersih ada few taik burung.;(


Cantik kan view dia?Seaview + poolview. Luas mata memandang. Cik B cakap, die memang request nak high floor.So, kami dapat bilik tingkat paling atas, tingkat 6 bilik 648.

Actually, ada 2 type of room dekat Thistle PD ni. 1 seaview, 1 lagi garden view. Kalau garden tu harga murah sikit. Pemandangan menghijau la nampak pokok or padang golf die. Sebab kita sukakan laut confirm la nak seaview kan;)

Tukang tengok je orang tu mandi, geram jugak nak berendam tapi kene pakai swimming attire. Tak rela kite nak tunjuk lelemak.Kids pool boleh pakai pakain bebas.

Layan remang senja. SubhanaAllah...

Breakfast macam biase, walaupun hari weekdays tapi penuh juga sebab ade few agensi tengah training dekat sini. Class u, training/seminar dekat Thistle.

Lepas breaksfat, aktiviti wajib ialah mengeluarkan peluh manja dan ambil gambar.;)

Buai ni kalau tak pikir sakit bon*** duduk, memang nak lelama. Sekejap pun jadi la fefeeling princess. Sayang pantai dekat sini tak berapa cantik dan lautnye macam tak bersih airnye. Rasa dulu tahun 2011 datang tu macam ok lagi.Potong mood nak mandi laut.*sob3*

Kalau ingin pemandangan yg cantik, tempat rehat yang tenang dan tak jauh dari KL boleh la cuba menginap di sini.Servis tak mengecewakan, selesa semestinya dan ada macam-macam kemudahan untuk sekeluarga terutamanya kids.

Boleh tengok gambar lain dekat entry 2011 ni.



3 comments:

idzwa kamaruddin said...

haritu kiter pegi deposit rm100 je..eli promo kat groupon murah wak..hari biase dapat RM180 je 1 mlm..

Azhafizah Md Nor said...

selalu pergi PD memang balik hari je sebab dekat je dengan Seremban..tapi teringin juga stay kat mana² hotel kat sana..boleh feeling² bercuti even dekat pun..heee..tapi nak stay hotel thistle ni ntah bile.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
bapok mahai deposit
kan3 :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah