CHERITERA KAMI...: Menarik di Swiss Garden Hotel & Residences Melaka

Feb 6, 2015

Menarik di Swiss Garden Hotel & Residences Melaka

Sambungan cerita dari sini,  malam dah plan nak g klebang. Tak pernah lagi makan kat kedai bas tu. Otw turun, N ajak cik B singgah Level 9. MasyaAllah, Level 9 pun angin kuat jugak. Ape yg menarik nye di sini?

 Keluar je dari lift, akan nampak infinity pool ni. Kalau air die suam2 memang nak celup2 kaki je pun jadilah. Sangat relaxing tempat ni.Dekat area ni pun ada bilik sauna untuk lelaki dan perempuan.

Sebelah luar pula ada kids pool, adult pool+jacuzzi, gym dan tenis court.

Ni pula pagi lepas breakfast, singgah lagi sini. Pukul 9pagi start keluar air macam waterfall tu. Ada 2 sesi air tu. Pukul 9am-12pm dan 4pm-7pm kalau tak silap.Tengok orang tu tak boleh nak mandi sebab air sejuk ya amat, angin kuar giler mcm tepi pantai betul. Should be kene ade heater/warmer dlm pool ni baru la selesa budak2 nak mandi.


Tengokkk tu, tak menahan jadi la dapat celup kaki pun. Masa ni belum pukul 9am tu yang takde lagi waterfallnye.

Eh..sori bercampur dah siang dengan malam gambarnye. Layankan aje la yea. Malam cantik view dengan lampu2 camni. Ni belah adult pool.Jacuzzi pun sebelah sini.

Actually dekat sini ade 4 tower. 2 hotel dengan 2 residence.Kalau tak silap N la yea.Yg residences tu rasenye tak bukak lagi untuk guest. Yang tu ala apartment conceptnye. Yang gambar atas ni 2 tower residences.

View dari residences lagi meriah.

Suka dengan landskap dan design dia. Memang cantik. Pendapat N Swiss Hotel memang bagus part ni. Macam yang N pernah pergi dekat Damai Laut dulu.Cantik!

Price room include breakfast. Cafe di Level 3A. Hari isnin weekdays memang tak ramai la orang. Selamat pagi Kampung Morten:)

Walaupun hari biasa, pilihan makan banyak juga. Sedap2 juga makanannya.


Harga bilik utk weekdays RM243.28 include breakfast. kalau weekend RM278 tak silap. N buat reservation thru email ke pihak hotel.Ni ialah harga promo, bila dah complete semua mesti lagi mahal la.Level 30 ade skygarden tapi belum bukak lagi.

Kami puas hati sepanjang 1 malam di sini. Staff dan servis semua tip top.Kalau ade rezeki, boleh check in lagi.Or mana tau kalau Swiss Garden nak bagi free stay ke kan.Hehehe...


Swiss Garden Hotel & Residences Malacca
T2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300 Malacca



3 comments:

Eny Abdullah said...

wah mcm hotel luar negara.. cantik!!

Azhafizah Md Nor said...

Suasana memang menarik..Fiza pun teringin nak makan kat kedai bas tu..aritu xsempat pg pun..

maizatul emi taserip said...

menarik... baca blog u terus tertarik nak g juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah