CHERITERA KAMI...: ABC tersedap

Feb 12, 2015

ABC tersedap

Tempat mengimbau kenangan ni. Dah lama nak cari, akhirnye ketemu juga. Secara kebetulan malam  dari Klebang nak balik ke hotel lalu Jalan Bunga Raya ni. Terus cakap dekat cik B..

Eh...dekat sini la kedai ABC tu. Jalan Bunga Raya. Tapi tak ingat yang mana sebab malam kedai banyak tutup. Nama kedai confirm-confirm la lupa.
Ok...esok lepas check out kita cari kate sang suami.

Nampak tak misi lepas check out terus kami ke Jalan Bunga Raya ni. Walaupun hari bekerja tapi sebab tengah lunch hour atau mungkin jalan tu sentiasa sibuk gamaknye memang susah la nak cari parking. Nasib baik la kereta jalan perlahan-lahan, so sempat la mata ni mencari kedai emas ( landmark pada kedai ABC tu). Tengok punya tengok, terus stop kereta tepi jalan atas line kuning.Hahahha.

Sebab dah jumpa kedai yang di cari. Redah je la parking situ depan kedai ABC tu boleh makan lelaju pastu kita cabut.Kereta lain lalu pandang slack je kt kereta comel kite. Mesti dalam hati sumpah seranah . Siapa la makhluk yang tak reti parking ni. Lantak! Janji misi mencari kedai ABC berjaya.

Ni la kedainya. Kedai cina lama. Walaupun tak ingat nama kedai tapi dekorasi kedai kerusi meja dia memang sebijik macam masa kecik-kecik N datang dulu. 

Menu ni pun dari dulu juga. Menu memang sebijik camni, harga je of course tak sama. 

Alhamdulillah..DIA bagi daya ingatan yang kuat untuk kenal dan ingat kenangan dan memori dekat kedai ABC ni. Apa kenangan tu?Kenangan N kecik-kecik pergi sini dengan arwah awo(nenek) dan arwah atok. Boleh dikatakan selalu jugak la. Awo ajak p kedai emas dekat deret situ. Ingat dulu tindik telinga pun kat kedai tu la. Lepas pergi kedai emas, singgah layan ABC dekat sini. Selang 2 3 buah kedai je.

Ni la rupa ABC tu. halusssss sangat ais kisar tu. Ada ke jumpa kt Kl ni??Sedapppp aih terliur tengok gambar ni pulak.Sambil makan sambil tengok kereta parking kot la polis datang saman. Macam tak tahu Melaka kan polis rerajin semua.Hhhehe..

cik B order cendol. Dia pun cakap sedap.

Ni sedap dari tekak kami la. rasa bagi N yg sama macam dulu-dulu. Nostalgia sungguh!Terus rasa bertambah rindu dekat arwah atok dengan awo.Al-Fatihah untuk mereka.

Total RM6.50. Masa bayar tu cakap la dengan tokey kedai kata pernah datang kecik-kecik dulu.Dia cakap memang sini ramai datang bawak itu family mak ayah masa dulu-dulu.Ini meja menu mana tukar.Nanti u datang lagi ha.

Mesti datang nyonya. Tak puas makan. balik rumah cerita dekat mak dgn kakak.Semua jeles.Dah teringat2 kesedapan ABC bunga raya.Hehehe.

Korangg..try la sini. Pergi Jalan Bunga Raya. Jalan tu one way. Deret kedai belah kanan jalan. Opposite Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

6 comments:

idzwa kamaruddin said...

amboiiii pagi-pagi dah buat org teliur..

Falsya said...

lagi sedap abc gini kan...xde meriah sgt..yg penting hanya gula merah dan susu cair..kat kl ade satu..kat uptown..sedapppppp...

Azhafizah Md Nor said...

panas² dah penat jalan memang sedap pekena cendol atau ABC kan Ann :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann, wahh sedapnya makan time panas2 kan. hehehe

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
ooohoiiiiiiiiiiiiii
sedapnya nampak lahaaaaaaaaaiiiii

tinta merah said...

Nama kedai tu, kedai ais krim thai chong... Hehhehe.. Dpn tu, ada kedai buku dia,kan? Thai chong gak namanya...org zaman dulu2 aje yg tau kisah kedai tu... Dulu, sebelah kdai tu ada kedai jual jam.. Skrg dah lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah