CHERITERA KAMI...: 2 minggu

Feb 28, 2015

2 minggu

2 minggu tanpa entry tanpa update di blog kesayangan. Ada yang rindu kite x?????Mekaseh pada yang mengangguk itu.Hehehhe...Setiap hari bukak view blog, tgk list blog kt tepi. Tapi tak sempat nak blogwalking apetah lagi nak update blog sendiri.Yang entry sebelum ni pun N draft sesiap  time weekend.

Sekaranag ni betul2 istilah masa sangat mencemburui kita. Alhamdulillah..hampir sebulan N kerja di tempat baru. Dalam proses nak adapt persekitaran dan everything new to me. Lagi2, sekarang tengah work load yang super duper. Semua mengejar dateline dan perlukan update. Sampai kenkadang tak tahu nak buat keje yang mana 1.Serius memang stress!Hahha..Baru keje sebulan dan stress. Doakan N dipermudahkan urusan dan boleh sesuai dengan kerja baru ni dengan cepat. InsyaAllah...Amin~~Chayookkk!!

Anyway, tengah fikir ni cerita ape eh nak share dengan korang...Hurmmm....

Last week cuti CNY kan.N tak g cuti jauh mana pun. Dekat2 sini je. Malas pulak nak mengharung jem. Tengok update status kt facebook memasing post pasal jem. Tapi dalam pada tu iols jeles la jugak tgk uols g cuti2.Kuikuiukui..

Fikir punya fikir nak pergi mana, atas sebab nak berjalan jugak punya pasal. Kalau tak g bercuti, kita ukur mall la kan. Malas nak g mall yang besar dan crowded yang susah nak mencari parking bagai. So, lets kite ke NU Sentral. First time ni. Sahaja la tengok ape menarik. Kononnya nak mencari kasut. Tapi macam biase la lain yang di cari, lain yang di beli. Lagipun tak jumpa kasut yang sesuai. Iols memang susahhhh nak jumpa kasut/selipar/sandal yang berkenan di kaki.Kaki debab kan lepastu nak yang selesa sedap pakai takmo yang keras kang melecet. Kang jadi la tukun dalam kereta sebab tak pakai.Hoohoh..Eh..nak cerita pasal Nu Sentral kan tadi??

CNY ada few la kedai yang tutup. Tapi dalam banyak2 kedai tu ada 1 yang menarik perhatian. Spent masa ada la dalam 45minit jugak dalam tu.Kedai ape??MPH Bookstore!!Yeyy!Besar..Masuk je terus waaa...Pastu tadi pegang tangan kan, dah masuk MPH ni terus lepas pastue memasing membawa diri.Heheh. Sorang pergi cari Novel. N la tu.Hasben pulak g cari buku business economy property english novel die tu.

Seksyen novel melayu. Bangku untuk duduk pun banyak jugakla.Boleh la baca sesambil.

Total tak silap 5 ke 6 tingkat semuanya. Atas sekali ada GSC, KFC..Bawah dia 1 floor tu semua kedai makan.Bawah tu baru ada foodcourt.Foodcourt level 4 kalau tak silap.Menarik jugak foodcourt dia. Ada banyak pilihan makanan. Makanan jepun n korea pun ada.Dekat sini ada Parkson.Kalau nak save, boleh nak train je datang sini sebab die connecting dengan KL Sentral.

Port mesti ambil tepi cermin. Sambil makan tengok pemandangan bandar yang penuh dengan construction.Sob3...Haritu N beli rojak buah dengan yong tau fu. Sedap!Next time la try korean dish pulak.




2 comments:

ummi_khalish said...

wah..mcm best je...:-)

Azhafizah Md Nor said...

rindu nak baca entry jalan² ann..welcome back..btw, belum sempat ke NU sentral ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah