CHERITERA KAMI...: Swiss Garden Hotel & Residences Melaka

Jan 30, 2015

Swiss Garden Hotel & Residences Melaka

Siapa yg follow cerita cuti2 kami, mesti perasan kot suke benau kami p cuti2 Melaka. Melaka dah jatuh all time favourite place utk cuti2 kami. Dekat pun yea. 1jam sampai dah. Ada pantai dan semestinye banyaaakkk tempat makan. Kampung pun kt Melaka.Sentiasa tak pernah menjemukan. Stress tang jem dgn cari parking je. Part lain, enjoice!Masuk ni dah 5 hotel/resort yang kami dah pernah menginap di Melaka.Dah boleh la kot jadi Duta Pelancongan Melaka x??Heheh..

Actually, yang Swiss Garden ni pun kami tau masa Matta Fair haritu. Dah nak balik, baru perasan boothnye terlindung kat hujung. Nak beli promo tapi bajet dah habis beli promo yg lain. So, dah target la nnti klu ade masa nak try 1 nite dekat situ. Ape yg buat kami tertarik?Sebab Swiss Garden Hotel & Residences ni hotel tertinggi di Melaka.Ada 42 tingkat semuanye. Termasuk shopping mall The Shore dekat bawah dah juga parking. Kalau korang jalan2 kt Bandar Melaka or naik river cruise confirm la akan perasan hotel ni.

Asalnya N dah buat reservation with deposit awal December 2014, tapi sebab ade hal N nak cancel tp pihak hotel kate xboleh cancel, boleh tukar tarikh lain sampai Feb2015. Tue yg plan jugak la pergi weekend baru ni hari Ahad.Kebetulan nak habiskan cuti sebelum masuk tempat keje baru next month.Oh, hotel ni baru launch 1 Dec 2014.Baru sesangat lagi.Kami kan memang suka try hotel baru;)

Dari jalan masuk ke Hotel & The Shore. Masih belum complete lagi. Ada kawasan under constuction. Sebelah kiri jalan ni pun ade deret kedai 7E dan kedai makan tak silap.

Memula kami terus naik parking sampai Level 4, then bwk beg semua turun ke lobby di GF.Itu pun memula pergi ke salah pergi Level 3A pulak.Hihih. Urusan check in smooth. Masa check in dah pukul 3 lebih, suruh tunggu dalam 30minit sebab bilik tak siap tapi N cakap la lambatnya nak tunggu. Badan dah berlengas ni.Panas oi Melaka masa tu.Then, die cari2 ada bilik type N book tu. Ada punnnn.Siap bagi welcome drink lagi.Good!Then bellboy ikut hantar barang sampai bilik.

Sebenarnya, depan ni ada lot parking jugak. Malam tu kami keluar, lepastu terus parking dekat sini. Dekat la sikit nak ke lobby. Tak payah turun naik lift.So, kalau korang dtg sini. Terus cari parking depan ni ok tak payah naik parking kat atas tu.

Simple lobby

Sebab hotel baru kan, kasi chance la tepek gambar lebih sikit eh;)

Setiap floor dari lobby, GF hingga ke Level 3A ade connecting door ke mall The Shore. So, takde masalah lah kalau korang nak g cuci mata. Tak haritu N sempat la singgah lepas check out biase2 je dalam tu. Ada 1 Aquarium ala2 Aquaria tu. Tempat2 Ikan. Entry dewasa RM28, kanak RM15. 

Jom kita masuk bilik. Tak sabar ni!

Selamat datang ke Deluxe King Room.:)

Bilik berkonsep moden, carpeted dan lampu malap2 lomantika de amor. Ada pulak see thru ke bathroom. 

Channel tv banyak. Kalau nak lepak dl blk tgk tv, xboring la.

Tea making facilities, kettle, cawan di tempat bertutup. Menjamin kebersihan. Sebelah tu adalah fridge. 

Dalam wardrobe complete dengan slipper, hairdryer, iron & iron board, 2 extra pillow siap dengan weight scale.

Seksi kan mandi disebalik cermin kaca.Hehhe. No bath tub, tak silap dekat residences yg ade bathroom + bathtub. Air pun laju je. Syok mandi lelama.

Suka konsep bathroom die. Towel banyak, toiletries pun complete. design moden, lantai tak licin.


Inilah view dari balcony bilik kami. Tingkat 21, kuat giler angin. Ada tips ni. Kalau korang bukak sliding door die, automatik econ akan off. So, make sure sliding door tutup rapat yea. Nanti econ akan on sendiri.Kejap je die sejuk balik.

This is Kampung Morten yo!Intai kehidupan warga kampung morten dari atas.Gayat x??

Ini pula view malam. Disimbahi dengan lampu. Nampak tu cruise. Korang akan nampak boat cruise ulang alik sepanjang sungai ni. Water taxi pun berhenti depan hotel ni juga.

Sambung next entry, ada lagi yang menarik di sini..Tungguuu tau:)


9 comments:

zarul farhana said...

bestnya

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann, wahh cantiknya hotel ni. okkkk gayat sheila tengok bawah tu hehehhee

Azhafizah Md Nor said...

Ann, cantiknya bilik dia.Best²

ummi_khalish said...

aduh..rndunya melaka...Ann...dil is jeles...hehe

Nabila Syifa said...

bestnye.cuti2 malaysia

Noor Afifah Mohd Baharuddin said...

Assalamualaikum Ann. Selamat berkenalan. Sy Ifa.

Sy ada nak ke sini this coming 3rd of october sempena birthday sy. Masa ann gi matta fair book hotel ni, brp rm ye. Sbb so far sy survey online (agoda, booking, trivago) semua dlm rate rm 220-rm 280.

Harga nya tu dh reasonable ke tu? Thanks for sharing. 😊

Noor Afifah Mohd Baharuddin said...
This comment has been removed by the author.
Akak Kembang said...

mmg best hotel ni kan....

Dhani Tour Bandung said...

Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
WhatsApp : +6282282222896
WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282282222896
Call : +6282214441280
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
Website : www.dhanitourbandung.com

Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL
Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung... Wassalam dan Terima Kasih...

JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah