CHERITERA KAMI...: December 2014

Dec 30, 2014

3 bedroom apartment Glory Beach Resort Port Dickson

Check out hari Ahad dari Bayou Lagoon Resort Melaka , percutian diteruskan ke Glory Beach Resort Port Dickson pula. Ni pun purchase promo di Matta Fair haritu. Mencari tempat yg dekat dan ada laut, semestinye PD menjadi pilihan. N beli voucher untuk 2 unit. Untuk keselasaan semua. Masa booking tu request la nak unit sebelah-menyebelah.

Sampai di Glory dalam pukul 2petang, memang strict dekat sini kene check in pukul 3 petang jugak. Tanya blok yang mana pun die xnak gtau. Baiklah, jom kite lunch dulu.Lapar sangat dah memasing time ni.Pukul 3 petang dah terpacak balik dekat lobby tu untuk check in. Dapat seperti yg direquest.Unit sebelah-menyebelah dan sea view.

Master bedroom 2 single bed+bathroom, 2nd room 2 single bed dan 3rd room 1 single bed.
Bilik no3 tu agak sempit sikit.Ada 1 lagi bathroom dekat pantry. So far, ok je bilik and katil.

Ada mini kitchen dan fridge. Resort lama kan, nampak la kuning-kuning sikit tapi ikut kata abang N compare tu die datang 1 or 2 tahun lepas yg ni banyak la dah improved. Masa N purchased promo ni pun N tanya jugak kt salesperson tu samaada dah upgrade ke accomodation di sini.
Pintu tu boleh bukak ada ruang nak sidai baju, dan penyapu disediakan.

Dining table and living hall. Perabot baru semuanya, lebih selesa.

View dari balcony apartment no D607. Dekat sini ada 2 bedroom apartment dan 3 bedroom apartment sahaja.Bangunan putih tu Lexis.Betul-betul sebelah.

Kids pool ada gelongsor tu yg ramai kat belah sini. Yang nampak khemah tu tempat breakfast.

Ni yang lebih excitednya ni. Nak mandi laut!Dah lama tak mandi laut. Seronok memasing tak lepas peluang mandi dah la air pun suam-suam je. 

Malam tu makan malam dekat Sri Tanjung. Kedai ni di simpang nak ke Glory. Deret tu memang banyak kedai makan. So, tak payah nak g jauh cari makan. Dalam 2minit sampai dah. 

Breakfast time untuk 3bedroom dapat 5kupon. Pilihan makanan biasa je.

Aktiviti lain dekat sini selain bermandi-manda, ada jugak tempat kura-kura dan arnab dan juga turtle sanctuary. Yang tu N tak pergi lak tengok:)

Lepas breakfast jalan sepanjang pantai sampai la ke sini. Nice port untuk ambil gambar;)

Anyway, harga untuk 3bedroom apartment include breakfast for 5 person RM280 net. Takde cas tambahan for public or school holiday. Normal price RM398. Jimatt!! So kalau korang mencari tempat pecutian in group yg berdekatan dan tepi pantai dan harga yang affordable, bolehlah datang sini. 

Dec 24, 2014

Bayou Lagoon Resort Melaka

Dah few times pergi sini tapi baru sekarang nak buat entry.Actually, kami ada own 1 unit studio room di sini. Sebagai 1 of unit owner, every year kami entittle utk dapat free stay di Bayou Lagoon ni tapi slalo tak berhabis.Ada yg bagi kt family, sedara dan kawan2. Macam haritu N buat contest kan,  insyaAllah next year akan ada lagi contest utk hadiah free voucher ni.So, tunggguuu!!Heheh..

Ni nak cerita pasal weekend yg baru lepas ni bercuti bersama family seramai 12 dewasa 4 kanak-kanak. N purchase promo kat Matta Fair haritu utk 3 bedroom apartment RM338 include breakfast utk 6orang dan 6tag water park (normal price RM670++). Tapi sebab pergi time cuti sekolah kene add RM90. Still jimat banyak lagi di situ.

Seperti yang dijangka, memang ramai orang tapi urusan kaunter adalah sistem bernombor.Takde la kene menunggu beratur panjang. Ada tempat duduk disediakan.

3bedroom apartment - dari atas kiri master bedroom queen bed + bathroom), 2nd room queen bed dan 3rd room 2 single bed. Ada 1 bathroom dekat hall.Small pantry with mini fridge.

Hall dan pantry. Luas boleh bentang toto reramai tidur.Malam tu riuh kumpul tengok final bola Malaysia vs Thailand.

Ni view dr balkoni bilik.Request nk view water park.

Kami pulak stay dekat studio room. Request sesiap nak level yg sama dengan 3 bedroom tadi. Dah ada voucher free kan.Baik gunakan. Boleh la bg yg lain tu selesa skit nak tdo dekat 3 bedroom tadi.Kali ni dapat unit yg ada jacuzzi. Ikutkan normal price untuk type room studio room with jacuzzi ni RM400++. Kalau stay di studio room ni akan dapat 2 tag waterpark tapi sebab kami own unit xdela voucher breakfast. It's ok. Ada je kedai2 makan dekat luar2 tu.Studio room ni utk 1 family pn selesa sebab ada small hall depan katil.

Ni yg buat budak2 tak sabar ni. Nak main air.Gambar2 ni bercampur N ambil ms datang sebelum2 ni. Yang latest ialah gambar yg ada waterball tu.Waterball tu kene bayar RM5 utk seorang.Seronok tengok diorang main gelongsor.N naik sekali je.Hahha...Dekat waterpark ni air sejuk.Yang swimming pool biase tu best sikit mandi sebab air die suam-suam.

Ade mini rollercoaster dgn bump rider RM5 per ride. Mak kite naik rollercoaster tu kemain lagi die.

Biasa mana-mana waterpark ke theme park mana bagi bawak makanan dari luarkan.Kalau lepas tu rezeki la.Hehhe.Kat dalam ni ada kiosk jual makanan dan minuman. Datang sini sediakan je la duitnya.

Waterpark ni dibuka untuk public jugak RM20 (dewasa) dan RM15(kanak-kanak) dari pukul 9am-7pm. Kalau taknak stay tapi saja nak bermandi-manda boleh la datang.Parking RM3.

Sebab cuti sekolah memang ramai orang, time breakfast die buat convention center resort.So, tak crowded cuma pilihan makanan tu xmeriah la. Kalau tak, die buat dekat cafe resort je.

Bila ramai guest, parking agak bermasalah. Ada parking bertingkat disediakan di hujung resort. Ada 2 bangunan resort di sini Amari dan Tahiti. Kalau dapat yg Amari tu jauh skit la nak menapak.Agak crowded sikit kawasan depan lobby.

N pernah juga stay dekat 2bedroom apartment.Tapi tak ambil pulak gambar.Ada masterbedroom with queen bed + bathroom, 1 room with queen bed dan 1bathroom dekat hall with pantry.Normal price RM500++.

Kenkadang ada promo dekat Groupon ke Mydeal.Kalau rajin, boleh la terjah Matta Fair bln 3 nnti.

Bayou Lagoon Resort Melaka Bukit Katil Tel 06-2330 888

Dec 17, 2014

IOI Mall City Putrajaya

Last week kami menjejakkan kaki di sini. Saja nk meramaikan lagi umat manusia.Hoho.Memang ramai. Parking almost full dan masih lagi FREE.

Masa sampai tu memasing kelaparan tapi nak mencari toilet dulu. Pendapat N, toilet especially floor area tempat makan tu kene ade cleaner yg sentiasa standby. Sebab orang ramai, dan berlecak sikit dalam tu. Tisu pun habis??Sepatutnya dah few weeks open, piha management dah boleh tahu mana bahagian yg perlukan perhatian yg lebih. Toilet antara tempat penting, biarlah wangi, bersih, selesa.

Part mencari kedai makan pulak, almost semua kedai penuh beratur panjang. Memang area LG (lower ground tu) half of it ialah tempat makan. End up kami makan dekat Ochid Bistro. N pernah makan dekat cawangan AEON Big Wangsa Maju. Sedap dan servis diorang memang cepat. So, siapa yg tak tahan lapar dan nak servis cepat, bolehlah try Ochid Bistro.

Perut dan kenyang, masa untuk cuci mata sesambil mencari surau. Terjumpa kedai AEON Index Living.Lupa pulak nak ambil gambar sebab sibuk cuci mata konon cari ilham untuk 'rumah kami' nanti.InsyaAllah.Boleh tahan jugak idea deco dan barang-barang yg ada dekat sini. N dah mark dah kedai ni. Lagi satu kedai utk home appliances and deco ialah Home Pro. Yang ni N tak masuk sebab ramai orang. Malas lak nak sesak2. Next time maybe kita terjah yea. Both kedai ni dekat LG yea.

Total IOI City Mall ada 4 floor. LG , G, 1st and 2nd floor. Mall yang memanjang. Bila berjalan bersesak tak terasa kot jauh atau besarnya mall ni plus masih ada few kedai yg belum bukak lagi.Soon akan ada GSC di sini.Parkson dah bukak nun di bahagian tepi.Kedai buku ada Borders je. Hari pergi tu Magnum Cafe belum stat bukak, kalau tak nak jugak try.Huhuh..Directory lain boleh tengok di bawah ni.



Siapa minat or nak try ice skating boleh la datang sini. Haritu tengok diorg tengah bersihkan tempatnye. Baru nak fefeling tengok orang main. Lagi 1 tempat yg menjadi tumpuan ialah 21 District.

Ice skating Icescape

RM55 include all games. Ni harga masa kami pergi haritu. Tapi tak masuk pun, tengok je dari atas itu pun tak nampak sangat. Total ada 11 games - climbing, jumping, flying, riding and sliding. 
Kredit pic Tiancad.


Akhirnya jumpa juga surau, 2nd floor hujung berdekatan Parkson. Kecewa dengan surau dia. Ventilation tak bagus. Walaupun tak bercarpet tapi still berbau dan bagi N tak berapa selesa.

Dekat situ pun yg N perasan takde disediakan area menunggu or kerusi ke bench. kesian la N tengok orang dok je atas lantai.Dah penat, kata mall besar kan. Jenuh nak pusing 1 mall tapi tak disediakan bench ke ape yg mencukupi.

N menunggu restoran Chef Wan nak bukak nanti. Dah lama teringin nak rasa dishes dari beliau;)

Komen-komen N ni mungkin sebab pergi weekend dan waktu cuti sekolah kan. Sesak tu macam berjalan dekat street bukan dekat mall dah gayanye. So, kalau korang teringin nak pergi boleh la tunda niat tu tunggu reda sikit kot.


Dec 15, 2014

Paddington vs Cappadocia

Dalam masa 3 hari, 2 kali tengok wayang. Catat sejarah ni betul2 balas dendam. Dari bulan2 lepas lagi nak tengok wayang tapi asyik la tunda sebab takde cerita yg best.

Jumaat malam, cik b ajak tengok wayang. Ingatkan die taknak keluar sebab Sabtu die kene keje pagi hingga malam so mestilah perlukan rehat yg cukup nanti camne nak rawat pesakit. Movie Paddington menjadi pilihan, sebab nak cerita yg chill2 je. Dan memang tak salah pilihan. Ni bukan versi kartun tau. Walaupun macam tak logik orang tak terkejut pun nampak bear kt tengah2 city tu.Hahah. Comel dan kelakar cerita ni. Sesuai bawa anak-anak tengok sekali.Kami bagi 4 bintang!!



Semalam malam pula layan Manisnya Cinta di Cappadocia. Ini memang dah ingatkan cik b awal2 nak g tengok. Cerita yang ringan ada kelakar, sedih, kekeluargaan dan sweet opkos. Giler tak sweet berlakon dekat Cappadocia naik belon panas, dinner tepi bukit layan sunset.Lokasi2 die semua cantik2. Dari segi pelakon pulak, semua hebat2 so takkan mengecewakan korang.3.5 bintang;)

Ok..dah masukkan Turki dalam wishlist;p

Dec 11, 2014

Idea Hadiah Kahwin

Start je cuti sekolah confirm banyak jemputan kahwin kan??Orang kate musim mengawan dah sampai eh..Hehhehe..Tapi sekarang tak payah tunggu cuti sekolah pun ada je jemputan kahwin. N suke pergi kenduri kahwin ni sebab bile kite pergi kenduri ni happy je tengok pengantin bersanding terkenang kite 4tahun yang lepas . Flashback gitu;)

Tapi yang menjadi peningnye bile memikirkan hadiah nak bagi kt pengantin.N prefer bagi hadiah lagi2 untuk yg kite rapat. Sebab tahu kegunaan hadiah2 yg kite bagi tu nanti memang membantu sangat. Macam hadiah kahwin kami dulu, time cik B stay kt JB mostly guna barang dari hadiah kahwin. So, jimat la kan:)Ni pun masih ada lagi yg simpan tak guna lagi.Tunggu ada rumah sendiri.

So, N listkan antara idea hadiah kahwin :

1. Pinggan mangkuk, cawan, set sudip, sudu grafu dan yang seangkatannye. Bile kering idea or last minute memang hadiah ni je la yang bagi walaupun tuan yg bagi pun rasa boring. Sebab kita tau confirm ramai bg hadiah ni.

2. Barang elektrik - Rice cooker, iron, induction cooker, kipas , lampu etc. Depends pada bajet. Bajet besar or share reramai dengan kawan2 boleh beli yang brand bagus dan berkualiti. Kalau bajet tak berapa iron or rice cooker yg kecik pun ok sangat dah.

3. Cadar / comforter - Sekarang banyak option comforter yg cecantik silap2 nak beli utk org, beli utk diri sendiri pulak kan.Hehhe.Harga pun kalau time promo utk king/queen size boleh la dapat less RM100. Kalau nak banyak pilihan, cari dekat Sogo.Sogo kan selalu Sale;)

4. Pakaian - Dah 2 kali tak silap N bagi hadiah ni. Belikan Tshirt & kain pasang.Tshirt tu kene pandai la agak2 sizenye.

5. Voucher shopping - Ni utk officemate memang bagi yang ni. Beli voucher Aeon je senang sebab takde expired. Terpulang la kat pengantin nanti nak beli apa nanti kan.N pun dapat jugak masa kahwin dulu:)

6. Lingerie - Hahahha yang ni selalu utk kawan perempuan yg rapat. Sekali je pun N pernah bagi dan N perasan kawan-kawan lain pun ada buat camni jugak. Saja mengusik kan. Tapi kene pesan awal-awal. Jangan bukak hadiah ni depan orang.Kekekek.

7. Lain- lain - frame (ayat alquran / khufi) , jam, aksesori perhiasan rumah boleh cari dekat Kaison ke Romantika

8. Duit - N panggil salam kaut or salam berisi. Ni selalu bile g kenduri jiran ke sdara mara jauh or yg tak berapa rapat. Dekat dashboard kereta kami memang ada spare sampul duit raya. Senang!

Weekend baru ni N pergi kenduri kahwin close friend masa asrama dulu. Bilik dia memang port lepak N utk study ke mkn2 lepak2. Seminggu sebelum kenduri pening fikir nak beli hadiah ape. Saja la google dan cari kt IG kot la ada dapat ilham. Terpikat lak kite dengan bantal handmade. Nasib baik jumpa akak ni sanggup buat dalam 4hari camtu.

Sweet tak??Kene jawap yea;p     Boleh tengok dekat FB/IG Nerdlessart 

So, ini antara idea yang N terfikir.Korang ada idea yg lebih menarik???Meh la kongsi..


Dec 8, 2014

Cafe Jiran Wangsa Maju

Lama dah nak menyinggah sini tapi baru sempat. Sempat or ade mood ke camne. Nak makan pun kene ikut mood kan??Kalau ikut sempat ke x, memang tipu la tak sempat sebab doket yo dengan rumah. Kite pun kene follow orang yg nak belanja tu, klu die On, kite lagi la On. Gitu la konsepnye;p

Siapa biase area Wangsa Maju ni mesti tau la Cafe Jiran ni satu deret dengan Pasaraya Hero. Kedainye betul2 depan rumah. Untungla rumah depan tu nak makan pizza depan rumah je kot die pun dah muak x. Tapi pizza dekat Cafe Jiran ni sedap jugak.Tengok orang take away sampai 3 4 kotak. Buat depan mata kite terbukti kebersihan dan kefreshannye. Dan yang paling patut dipuji servis kt sini memang terbaik sebab pantas tuntas. Sama la macam review2 yg N pernah baca yg lain. Dalam 10minit camtu dah sampai makanan korang. Tak sempat nak mogok lapar.

Tu nampak chef kat belakang tu tengah uli pizza. Masuk-masuk kedai dah bau pizza.Nyumm3!

Boleh nampak camne kesibukan dapurnye. Biase tengok Masterchef ke cerita Korea Pasta tu??Ketua Chef tanya berapa lama lagi nak siap menu ni..ha..camtu la kirang tengok. Masa kami datang hari Khamis malam kedia fullhouse. Tapi kul9lebih tu dah beransur kurang la.

Beef Lasagna sedap kate cik B. Macam rasa kuah Bolognese tu masam2 gitu.

Blackpepper Chicken Chop RM15 sedap ditekak kami. Portion besar:)

Pepperoni Pizza pun sedappp.Lembut je tak tebal sangat crush die. Ada la option lain slain Pizza Hut. RM19++ tak silap.

Mushroom soup ni yang tak sedap. Pekat sangat macam rasa instant punya je.

Tengahari pun ada pakej lunch. Boleh la try nanti.

Business Hour Cafe Jiran

No.23 Jalan 3/27D Seksyen 6 Wangsa Maju
 (Berdekatan Pasaraya Hero dan Restoran Al-Kadeer)


Dec 4, 2014

Adira Signature Cafe

Berjiran dengan kedai makan artis rupenye kite.Takdela berjiran bebetul sebelah tapi dalam deretan yang sama la. Memula tak tahu pun ni kedai makan Adira penyanyi tu. Saja la try lunch ritu dgn opismate , sekali tengok Adira tu ada. Dah berhijab makin comel.Memang putih betul dia. Masuk ni dah 3 kali pergi.

Kat Adira Cafe ni menu ala carte . So far pergi boleh tahan la rasa makanan die. Sedap jugak. Cumanye kali ke3 pergi hari Selasa baru ni, servis lambat ya amat sebab kekurangan pekerja gamaknye. Sampai ada pelanggan yang keluar balik tak menahan menunggu. Yeala time lunch sejam je kalau servis lambat confirm orang angkat kaki. Hopefully cepat2 la recover masalah ni, kalau tak sayang la. Cafe pun baru bukak dalam 2 bulan camtu.

Konsep ala boutique cafe gitu. Ada Adira Scraft dijual dengan produk kecantikan die tu.

Ni menu kali ke2 Nasi Ayam Penyet RM6. Ok la portion dan sambal pun sedap juga.
Kali pertama makan Kuetiau goreng lupa nak ambil gambar:p

Menu kali ke3 Nasi Goreng Ayam Paprik RM7.50. Sedap juga.

Bagi N harga tu reasonable dengan konsep cafe die. Sekali sekala boleh la nak lunch sini;)


Adira Signature Cafe dibuka dari pukul 9pagi - 9malam. Ada lagi 1 kedai die dekat Jalan Wangsa Delima 5 Restoran Steamboat RM20 seorang. Tu tak try lagi.Baru je bukak hujung bulan lepas.


Update: Tadi lunch date dengab cik B sebab orang tu cuti tapi locum dkt klinik sini. Ajak la try sini first time untuk die. Servis tadi ok pulak. harapnye servis bagus berterusan:)

Tomyam Campur RM6.50. Sedapp!


Anyra meet Adira. Comel kan??Peramah sangat die ni.Anyway, Jemputlah datang ke cafe kami. 
Korang klu datang, roger N yea, nnti belanja la kami sekali;p


Adira Signature Cafe  Jalan Wangsa Delima 2A ( bersebelahan Restoran Sugar N Spice)

Dec 1, 2014

MAHA 2014

First time menjejakkan kaki ke MAHA ni. Kami pergi hari Sabtu lepas, pukul 930pagi dah sampai sana. Orang dah start ramai. Mau pukul 8 ke 9pagi orang dah sampai kot. Nasib baik la dah baca review sikit. So, tau la ade disediakan shuttle bagai. Kebetulan masa sampai kat parking tu shuttle bus tengah tunggu. Terus parking dekat-dekat situ dan naik. Dari tempat turun shuttle tu pulak kene naik shuttle bus yang lain untuk ke lokasi-lokasi pameran. Kami terus beratur bahagian nak ke lokasi A (ternakan/jentera) B pulak bahagian laman padi dan pavilion negeri.

Beratur memang panjang tapi 1 kepujian untuk pihak pengurusan sebab sistematik dan kemudahan cukup. Shuttle sentiasa ada. Tak perlu tunggu lama. Pekerja pun ramai ada di mana-mana untuk membantu dan bertanya.Tahniahhh!!Cuma korang kene sediakan payung , kipas tangan dan air mineral sebab cuaca panas.

Tengah beratur tunggu shuttle bus ke lokasi A.

Ni la tempat pertama yang kami terjah. Nak tengok lembu kambing. Besar-besar hoi baka dia.

Dekat sini tumpuan ibu bapa yang bawa anak-anak kecil sebab ada rabbit dekat bawah khemah tu, boleh naik kereta lembu dan tunggang kuda. Tak pasti harga berapa. Dekat tempat N berdiri ambil gambar ni kawasan orang jual makanan/ barangan utk pets dan baja untuk tanaman.

Bangunan atap biru itu ialah Main Hall ada pameran dari agensi kerajaan dan juga IKS. N beli sate kebab ( RM15 , 20cucuk) dengan makanan frozen ( 3 RM10). Yang bahagian bawah kuning ada khemah tu tempat jual buah , bunga dan sayur.

Share dekat group wassap ofc N pergi sini, terus diorg order buah. Memborong buah la kami. Belimbing tu 3kg RM10, jagung 1 ketul RM1, betik 1 RM3, tembikai pun murah, mangga RM6 1kg. N beli belimbing, betik dan jagung je. Tu pun dah penuh tangan. Terus balik je lepas tu dah tak larat nak berjalan ke tempat lain.Nasib baik dekat la jugak dengan tempat shuttle ke parking.

Hasil tangkapan haritu. Beli belimbing tu siap dapat bakul sekali:)

Tips : 
1. Stanby payung, kipas tangan dan air mineral.
2. Makesure pergi awal. Sebab petang2 jenuh la cari parking. Ada tu sampai keluar gate nun parking.Gigih!
3. N tak galakkan bawak anak-anak kecil baby datang sebab kesian tengok bersesak dan berpeluh-peluh tapi terpulang la mak ayah nak bawak make sure pakaikan baju yang selesa dan guna baby carrier je kot senang nak naik turun shuttle.
4. Amik map yang disediakan supaya korang tau mana target korang nak pergi.
5. Parking RM5 bayar di kaunter info.Jangan lupa bayar sebab sebelum keluar gate nanti kene bagi resit

Tengok la lagi 2 tahun MAHA kita pergi ke x.Heheh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah