CHERITERA KAMI...: November 2014

Nov 28, 2014

Si Ciku

Harini lunch dekat foodcourt Setiawangsa. Nak balik tadi singgah kedai buah, nampak si ciku ni. Kemain suke kite sebab kite peminat ciku. Siapa suka ciku??Give me 5!Seingat N first time makan ciku ni masa zaman-zaman naik turun bas dekat Pudu. Memang buat bekalan dalam bas la ni otw balik Johor. Tapi sekali makan tu xblh mkn byk sgt.Nnti tekak rs lain. Setakat seplastik 2 ok la.

2 biji ciku RM1. Jadilah buat lepas rindu. Sok-sok boleh beli lagi.



Happy Weekend korang...ape plan cuti ni??

Nov 25, 2014

Dinner date di Flora Kafe Ampwalk

Flora Kafe ni bagi N antara tempat makan yang dah well known dekat KL ni. Kalau google memang ramai blogger yang dah review pasal tempat ni. Kalau tengok dekat FB dan IG Flora Kafe ni pun hari-hari ada je orang buat event dekat sini. Satu idea yang bagus bagi pengusaha Melayu buat tempat makan camni. Susah sebenarnye nak cari tempat makan yang romantik, cozy dan tak crowded macam dekat Flora Kafe ni.

N suggest dekat cik B nak try dinner dekat sini. Dari review pun ramai yang cakap tempat ni best. Bolehlah fefeeling romantik sekali. Kami main terjah je tanpa buat reservation bajet malam bekerja tak ramai la orang. No..No..No.. Masa kami sampai around 8malam, meja dekat bahagian dalam semua dah fully reserved. Dah 3 meja orang dok romantik dinner tau.Sweet je tengok malap-malap camtu kan. Nasib baik dekat bahagian luar ada kosong.

Tengok deco je boleh naikkan mood romantik


Antara pilihan menu yang ada. Nasib baik dah kosongkan perut awal-awal.
Mostly menu Malay Cuisine.

Kami order Daily Set - Nasi Putih, Telur dan Ikan Masin, Ulam, Sambal Terung + Ayam Masak Cili+ Asam Pedas Johor Ikan Jenahak. Dalam set ni include buah-buah sebagai pencuci mulut dan air.

Memula sampai makanan tengok banyak confirm tak habis la ni. Sekali dah start 1 suap laju kemain bersuap-suap lepastu takde nak romantiknye. Siap mintak nasi tambah sepinggan. Sedappppppp!!!

Sebab tadi ingat xcukup dah order la dessert ni awal-awal. Kami siap makan baru die hantar. So, takdela cair eskrem tu kan. Nak taknak makan le pelan-pelan sebab dah kekenyangan nasi tadi. Pisang sira with eskrem ni antara dessert yang korang kene try. Bagi N sedappp!

Ada 1 menu yang orang rekemen Mee Bandung.. Next time pergi boleh try pulak.

Total dinner RM53. Puas hatiii! Sedappp!!Berapa banyak kali sedap ha..Hari Jumaat diorang ada buat Buffet Lunch RM20++ seorang. Sebaik la ofis lunch break sejam je kalau tak mau jugak rasa nak terjah.

❤Dinner Date


Lot G.02-G.05, Ground Floor, The Ampwalk 218 Jalan Ampang 
Untuk tempahan 0321618010 / 0122070166
FB : Flora Kafe   IG : @florakafe



Nov 19, 2014

Nasi Lemak Sedap Wangsa Maju

Lama dah nak share ni tapi asyik lupa je.Lupa nak mabil gambar. Bile cerita pasal makan, ada gambar baru la syokkan. Siapa tak makan nasi lemak?Ada ke??Rugii rugii..Kalau tengah diet pun nampak nasi lemak boleh mengundang. Mengundang lupa terus tengah nak berdiet. Kan??

Port nasi lemak yang N nak share ni pun dari akak opis ni la. Sebab port ni memang N tak lalu pun kalau pergi kerja. Pandai betul akak ni meracun kami dekat opis ni try nasi lemak sini. Bau die memang wallah. Naik tangga opis ni walaupun pintu bertutup pun boleh bau. Kat sini jugak la first time N try nasi lemak kerang. Sebelum2 ni N kalau makan nasi lemak pun dengan paru je. Terbaik yop!!

Bile dah jadi kegemaran kami kt opis ni, siapa yang rajin singgah kedai tu akan wassap la yang lain tanya nak x. Amik order. Selalunye tak pernah la ada yang menolak order. Semua pakat nakkk!!N kalau nak beli sini, keluar rumah awal sikit lepastu punch card dulu baru pergi beli. Sebab kenkadang beratur panjang woo. Nak pulak sorang2 tu order sampai 5 6 7 bungkus.

Gigih beratur demi nasi lemak sedap

Kuih muih pun ada, sebiji 40sen tak silap

Slain nasi lemak, bihun mee kuetiau goreng pun ada. Lauk selain kerang, ada ayam goreng, sambal ayam, paru, sotong. Tapi kerang tu memang laku keras la. Cepat je habis.

Nasi lemak separuh kerang sambal lebih. Selalu N order camni la. Sambal die meletop weh. Silalah mintak lebih. RM2.50,murah la kan??Kenkadang tambah telur mata.Ni kenyang sampai ke petang.

Lokasi die dekat seksyen 4 Wangsa Maju. Lepas sek rendah sek4 tu, memang nampak la kedai ni. Sabtu pun bukak jugak kenkadang.


Update 2017 : since ramaiii juga yang berminat dan bertanya pasal kedai ni..sorrryyy kedai ni dah lama tutup sejak 2015 tak silap. masa hujung-hujung haritu pun akak owner dah tak berapa sihat sangat lepas tu on off bukak tutup kedai last2 tutup terus. Sayang!memang sedapppp sangat samdal dia sampai sekarang teringat2 kalau mengidam teruk ni memang leleh air liur.Huhuh.
So, sorry yeaa dah buat terliur kt korang..:)

Nov 14, 2014

Keluarga Iskandar Musim Ke2

Siapa layan cerita ni??N layan dari musim 1 lagi itupun kebetulan macam mana ntah tengah boring-boring google sekali tertengok cerita ni layan la sampai habis. Drama ni berepisode dan bagi pendapat N, N suke tengok sebabnya lakonan diorang tu macam real macam kita tonton kehidupan harian. Bukan macam drama biasa dekat tv tu. Dah nama tajuk pun Keluarga Iskandar kan. Opkos la cerita kekeluargaan. Iskandar tu sebab drama ni kisah sebuah keluarga di Iskandar, Johor. Tue yang ada preview antara tempat-tempat yang menarik di Iskandar.

Menceritakan keluarga Mak Jah bersama 5 orang anaknya bersama cucu-cucunya. Setiap sorang ada ragam memasing termasuk la Mak Jah yang suka gelak psycho tu.Hehhe. Kalau korang nak layan, better layan dari Musim 1 sebab Musim 1 semua watak ada dan cerita lebih best. Yang Musim ke2 ni ada watak yang takde dan slow sikit tapi still terhibur. Unsur kekeluargaan yang mesti bila tengok tu nanti senyum sensorang sebab macam terkena je.Heheheh. Tak puas tengok 20minit je slot dia.

Tayangan Astro Warna dan Mustika HD setiap Isnin pukul 1030malam

Klik SINI untuk tonton online

Nov 12, 2014

Lawatan ke Muzium Negara

Lawatan la sangat. Cerita cuti Deepavali haritu bila dah takde idea ke mana lagipun orang tu memang dah lama ajak nak pergi sini. Ok..ok..jom la kite pergi. Eh..ingatkan tak ramai orang datang Muzium Negara. Rupenya ramai jugak. Orang yg sambut Deepavali pun datang berkumpulan.

Bila sebut Muzium Negara ni, teringat la kisah masa kecik kecik dulu. Mak N pun selalu ulang cerita ni. Dia cakap dulu time kecik mak ayah bawak kami 4 beradik gi Muzium Negara. Dah masuk sikit, N dok ajak keluar balik lepastu dok cakap takuttt takutt.Terpaksa la mak teman N kat luar sementara tunggu ayah dengan yang lain jalan kt dalam tu. Takut tengok patung-patung dan keadaan yang gelap dan malap kot dalam tu kan.Lepas-lepastu memang N takde jejak Muzium. N pun tak berapa minat pasal sejarah ni. Hahha.Maapkan saya!

Inilah orang yang suka Sejarah dan tak sabar-sabar nak pergi Muzium;p

Ada 4 hall kalau tak silap dalam ni. Ditingkat atas dan bawah.

Hall ni cerita tentang zaman batu, monumen dan artifak yang dijumpai. 

Orang ni dia tau ambil gambar je lepastu ada la baca sikit2 nota dalam tu.Tak senonoh betul orang ni kan;p

Lancang kuning lancang kuning belayar malam belayar malam...Automatik tengok lancang kuning ni terus nyanyi lagu abang Jamal kita. Nyanyi dalam hati je. Sekali ada sorang brother ni lalu kat sini pun N dengar die nyanyi lagu tu. Hahahha.


Sampai Februari 2015 kalau tak silap, ada Pameran Senjata dekat Muzium negara ni. So, tiket masuk tu sekalilah dengan tiket ke pameran ni. Dalam ni pamer alat senjata zaman perang.


Kalau up gambar banyak-banyak tak surprise la kan. Hehhe.
Tiket masuk RM2 (dewasa) PERCUMA (kanak-kanak). Parking RM2.

Nov 11, 2014

3 bedroom apartment Gold Coast Morib

Lama dah mak dok cakap nak g cuti-cuti tepi laut tapi taknak jauh-jauh katenye, nak yg dekat je 1 malam pun jadilah. Gigihla si anak ni mencari tempat yang menepati citarasa mem besar kan.Setelah di tolak darab bahagi, Gold Coast Morib menjadi pilihan. Walaupun tau ada review yang tak bagus pasal tempat ni tapi dah mem kate takpe la pergi je la. Lagipun sini yang ada jenis apartment senang nak pergi reramai. Ok mem..we ols follow je;)

Seperti yang dijangka, memang full tempat ni walaupun bukan musim cuti sekolah. Yang buat family day, yang buat event bergroup-group.Parking pun penuh. Kami sampai dalam pukul 230petang. Terus N pergi uruskan cek in, isi borang semua tapi still kene ambil kunci pukul 3petang. Masa ni memang laju je urusannye. Tapi yang panasnye tang ambil kunci tu. Memang tak tersusun sistemnye. Kita paham nak suruh ambil kunci tu mungkin sebab bilik tak ready lagi ke ape kan tapi sepatutnya kunci tu susun la ikut abjad ke supaya senang cari. Ini kene selak 1-1. Kalau 1 unit je xpe. macam orang depan N 5 unit. Dah ko nak cek sana sini. Dah la lobbynye panas dengan orang yang sesak. Bertambah panas hati i ok.Masa beratur menunggu ni sempat la N dok bergossip dengan guest lain tu. Semua tak puas hati pasal ni. Dah la kaunter kejap sini lepastu tukar sinun pulak.

To pihak hotel silalah ambil berat pasal urusan cek in ni

Kami pergi seramai 11orang tu yang ambil 3 bedroom apartment supaya lebih selesa untuk semua.

Dining hall kalau takde partition kayu tu , lagi nampak luas sikit:)

Living hall

Dapur complete kettle dan fridge 2 pintu yang besar tu. Ok la kalau bawak makanan byk2 macam kitaorang haritu.Hehhe.

Ada 2 bilik air . Katil selesa.Bantal jela kurang. Kalau datang reramai, jangan lupa bawak bantak extra yea.

Pemandangan dari balkoni bilik tingkat 5 bilik 4515. Yang depan ni studio unit yang view waterpark.

Hampir penuh parking. Construction depan ni katenye nak buat small mall tapi terbengkalai nengoknye.

 Untuk 3 bedroom ni dapat 5 tag waterpark dengan 5 voucher breakfast.

Harga masuk waterpark RM35(dewasa) dan RM20(kanak-kanak). Dari 8am-7pm.

Yang kosong takde orang tu N ambil masa tengah breakfast dari dalam cafe pukul 7lebih. Kalau takde tag boleh la tengok dari luar macam kat gambar yang ada net tu. Memang penuh waterparknye. N tak masuk pun. Bagi kat anak-anak buah la mandi.

Petang jalan-jalan tepi laut tengok sunset. Sayang laut sini takboleh mandi sebab kotor airnye memang keruh sangat tapi ada jugak tengok sorang 2 yang mandi. Yang pondok-pondok belakang tu kedai cina. Kalaulah kedai Melayu kan best.

Malam pulak saja berjalan ke Pantai Morib dalam 10minit dari hotel.

Kalau nak mencari makan memalam, boleh la datang ke sini.Macam-macam ada - King Seafood yang femes tu, sate, goreng2, playground.

Breakfast start dari 7am till 10am. Kul 7 kami dah pergi dah takut ramai orang kang kene beratur bagai, Ada nasi lemak, bihun mee goreng, salad, buah, pastri.

Komen :
1. Urusan cek in yang tak sistematik.
2. Bau busuk yang orang dok cakap memalam tu memang ada. Kami lepas balik dari pantai morib malam tu dekat parking keluar je dari kereta dah bau. Memang busuk bau die. Nasib baik dekat dalam apartment takde bau tu. Angin dah sedap sepoi-sepoi bahasa tapi bau tu yang out.
3. Kedekut plug.Hahha. Dekat bilik takde plug point. Yang ada bawah tv dan lampu dekat living hall. Nasib baik kami selalu bawak extension plug, kalau tak mau berebut nak guna plug.
4. Disarankan turun breakfast awal. Pukul 8 lebih orang dah start beratur nak masuk cafe.
5. Bilik no.3 ( katil single), dekat tingkap berhabuk. Lupa nak kemas ke ape.
6. Sesuai untuk family yg ada anak kecil. Itu pun kalau tak kisah la tempat crowded. Kalau nak honeymoon, g la cari tempat lain eh.

 Cost 3 bedroom apartment 1 malam weekend RM638 include 5 breakfast + 5 tag waterpark 
( direct booking dengan hotel)


Nov 5, 2014

Jalan 1 Malaysia

Siapa yang tak suka berjalan ke tempat orang dan bercutian kan??Bermusafir itu sunnah Rasullah dan doa ketika bermusafir adalah mustajab. ..

Perjalanan cuti-cuti kami bermula dari kami kahwin pada 2010 our first honeymoon. Yeayyy!! Sekarang kami tinggal dengan family. So, ada masa mmm..boleh dikatakan selalunya rasa nak ada masa berdua yang lebih privasi dan tenang. Itu yang membuatkan kami prefer untuk spend time bercuti walaupun hanya 1 malam sahaja. Janji nakkan kualiti time bersama. 

Percutian pertama yang jauh dan lama (lebih 2 hari tu kira lama la kan??) ialah bercuti ke Utara. Masa ni stay dekat rumah kawan dekat Sungai Petani, Kedah. So, kami berjalan Perlis, Kedah, Penang sekaligus. Tapi sorry la yea dulu-duluuu entry N xberapa complete ringkas dan biasa je;p

2011 - Perlis - Padang Besar & Gua Kelam...Klik SINI untuk cerita penuh


2011 - Dari Kedah berjalan ke Penang 1 hari je. Ada plan nak repeat ke Penang lagi ni. Sekarang dah banyak lagi tempat yang best kan. Klik SINI cerita penuh.

2011 - 2 ke 3 malam kami kt Sungai Petani. Makan Ikan Bakar di Tanjung Dawai, Nasi lemak Cinta Sayang . Cerita penuh di SINI dan tak lupa 2013 kami sekeluarga seramai 18 orang ke Langkawi.

Perak kampung halaman mertua. Kalau nak cerita ringkas pun boleh jadi panjang juga. 
So, korang Klik je SINI yea:)

Sawah padi di Sekinchan, Selangor. Rumah family N duduk sekarang ni pun sempadan KL- Selangor. Heheh.Aci la kan dalam seminit je dah sampai Kl dah sampai Selangor gitu;)

Hotel yang kami pernah menginap untuk short vacay. Klik SINI SINI SINI

Dari tingkat 86 KLCC.  Cerita menarik di SINI

Port Dickson, Negeri Sembilan - antara tempat pilihan untuk lari sebentar dari kesibukan kota.

Melaka ialah kampung halaman parents N dan kami memang suka sangat berjalan ke Melaka.
 Klik SINI antara cerita yang N kongsikan.

Johor - tempat N menuntut ilmu masa spm dan juga universiti. Lepas tu tahun 2013 encik suami berkhidmat di JB selama setahun. Rasa dah puas dah berjalan di Johor.

2012 - Kami ke Kelantan 2 hari 1 malam kebetulan ada kenduri kawan. Sekali la berjalan. 
Cerita di SINI

Dari Kelantan kami lajak ke Terengganu selama 2 malam. Memang jatuh cinta dengan Terengganu. Termasuk dalam list untuk repeat jugak ni. Kisah Terengganu di SINI.

2011 kami ke Cherating dan 2012 ke Cameron
Pengalaman menarik ke Gunung Brinchang awal pagi;)

2013 - Dejavu di Kundasang . Keinginan ke sini lagi sangat tinggi. Ceria Sabah di SINI

2014 - Kami di SINI. Entry yang baru habis semalam;)


Banyak giler kan gambar dalam entry ni. Harapnye korang tak jemu eh.Hehehhe.. 

Kalau nak tengok complete semua list boleh klik dekat menu bar VACATIONS kat atas nun. 

So....mana next????!!

Nov 4, 2014

Bye Kuching!!

Sebelum menutup cerita Kuching, kami nak share info pasal kereta sewa kami semasa di sana. Kami sewa kereta 3 hari sahaja dari 5 hari keseluruhan kami di sana. Ada yang suggest sewa sekali dengan driver untuk melancarkan perjalanan supaya takde sesat ke ape. Tapi bila N tanya kawan yang ada di sana Aqiesh , dia cakap tak susah nak drive kalau guna gps tu. Mengenangkan masa gi Sabah dulu pun kami selfdrive so kami decide untuk sewa kereta dan self drive.

Alhamdulillah dengan bantuan gps senang jugak la nak mencari jalan. Kat sana banyak roundabout ok. Kalau jem pun dekat aroundabout tu je. Kami sewa kereta Viva Automatik RM90 sehari. Boleh contact Encik Agus 0194360079. Klik huffaztransport  atau Mujahiddin Car Rental untuk info lanjut. Ada macam-macam jenis kereta, bus dan van pun ada serta homestay.

Rasanya dah cerita semua 5 hari 4 malam kami di Kuching, Sarawak. Pengalaman yang menarik sepanjang di sana dan tempat yang mewah dengan makanan. Memang bajet kami ke makan je yang banyak. Hehhe.

Alhamdulillah dengan tamatnya kisah Kuching ni, kami dah berjaya jejakkan kaki kesemua negeri di Malaysia. Syukur rezeki dan kesempatan yang DIA berikan.

Kisah kami di Kuching di SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah