CHERITERA KAMI...: September 2014

Sep 26, 2014

Gangguan Elektrik di Wangsa Maju

Siapa yang rumah atau office di area Wangsa Maju? Rujuk notis dari TNB ni, ada gangguan bekalan elektrik Isnin depan dari 8 pagi sampai 6 petang.

Antara kawasan yang terlibat. Office M dekat seksyen 5 so memang kene la. Nasib baik keluar notis awal kalau tak, ada datang office kepanasan kegelapan. Jadinye, boss dah istihar cuti on that day..yeahh sambung cuti la kite.


Sep 18, 2014

Cruise Tasik Putrajaya


Ahad 2minggu lepas bawak mak ayah kakak dan anak2 buah naik Cruise Tasik Putrajaya. Asalnya mak yang teringin nak naik katenye . Kami pun tak pernah lagi bwak jalan-jalan kat Putrajaya. Setakat lalu camtu je. Kebetulan masa Matta Fair Mac 2014 ada promo half price. Beli la 4 tiket. Valid sampai hujung september ni. Lepas tu saja la tanya kakak nak ikut ke sebab masa tu minggu Matta Fair September 2014 pun ada promo yang sama. So beli la lagi tambahan tiket jadi total semua 8 Adult, 2 children RM140.Memang berbaloi sebab normal price RM30 tapi dekat matta RM15 sahaja. Tu yang beli tu kalau harga RM30 memang pikir banyak kali.

Ahad tu petang kami decide nak naik trip pukul 6 petang. Kalau nak lawa view pukul 715malam lampu-lampu jambatan dah on macam cantik lagi kan. Tapi bawak family reramai jalan time Maghrib ni macam tak sesuai lak. So, amik la trip pukul 6 petang. Pepaham je la dekat Dataran Putra tu time weekend nak mencari parkingnye 1 hal. Nasib baik tak lewat dari masa. Tak penuh pun cruise yang naik sama kami haritu.

Cruise akan pusing 1 tasik tu dalam masa 45minit. Nak kata menarik sangat tu takde la sebab tepi-tepi tasik tu bangunan yang kita selalu nampak kt Putrajaya. Boleh lah nak isi masa kalau tak tau nak pergi mana hujung minggu dengan family. Angin pun boleh tahan kuat. Start je cruise tu gerak semua dah sibuk nak keluar ke depan. Ada yang awal-awal dah naik atas terus tapi sebelah atas tu limited tempatnya. Bila penuh jadi crowded. Better dok bawah lepastu keluar ke depan boat.

Waktu operasi dan harga tiket serta pakej yang ada.

Ini di kawasan menunggu. Budak-budak tengok burung kakaktua dan ada ular sawa dalam sangkar tu. Boleh la nak hilangkan bosan menunggu diorang main dengan burung tu. Tapi boleh tahan kuat bunyi burung tu bila kene kacau.

Jom beratur. Belakang tu ada kedai jual souvenirs , air dan kudapan. Makanan minuman boleh bawa naik kecuali aiskrim je tak boleh.

Kami amik seat depan sekali. Macam ni rupanya dalam cruise Putrajaya tu.Yang tangga belakang tu untuk naik ke tingkat atas.


Tengok tudung tu terbang-terbang bukti betapa kuatnya angin petang tu. 

Pastikan ada pengawasan ibubapa yea kalau anak-anak nak duduk dekat deck macam ni. Kang tak pasal-pasal ada yang terjatuh dalam tasik. Kalau takde orang, teringin juga kita nak duduk kat situ.

Panorama area PICC

Family photo sebelum balik. Semua muka happy tu seronok la yea. Amik angin petang naik cruise.Hehhe..

So, kalau teringin nak naik cruise ni dan nak dapatkan harga promo boleh lah tunggu next Matta Fair Mac 2015;)



Klik Cruise Tasik Putrajaya

Sep 15, 2014

CPUV September 2014

Sebulan menunggu CPUV dari Nuffnang, akhirnye muncul juga. Alhamdulillah ni total 70 CPUV setakat ni. Tahun ni baru rancak masuk. Belum pernah cashout lagi, biar menabung dulu di situ.

Sep 12, 2014

Havoc Bistro Kampung Baru

Haritu ade blogwalking (sorry..lupe blog mana) cerita pasal makan2 kt Havoc Bistro ni. Nampak macam sedap je. Ada sekali tu pergi Kampung Baru memang nak singgah dah tapi tutup la pulak. Jadinye baru-baru ni lepas pergi Matta Fair , kononnye nak singgah la minum-minum je.

Bila tengok menu tergoda terus. Dari rasa nak minum-minum nak rasa-rasa, sampai 3 menu kami order. Masa tu dah pukul 10malam dah. Haa...rosak diet I.Diet la sangat;p

Ni suasana kedainye bersih dan selasa. Ada bilik beraircon / non smoking juga.

Antara menu yang ada. Harga reasonable. 

Minuman yang menarik nama pun menarik RM6 segelas. Nak I Love You , I Miss You, Be Happy macam2 ada campurannye.


N order I Love You ( soda+ribena+ laici+lemon). Cik b order tembikai.

Menu pertama Spaghetti Bolognese. Kate xmo makan berat-berat. Beli 1 kongsi 2 orang bajet macam cukup je kan. Sekali ternampak pulak menu yang teringin nak rasa.

Sizzling Steak - kuahnye sedap tapi steak nye kecik rasa tak puas makan. Tu yang tambah menu ketiga.Hahaha.

Direkemenkan oleh pekerja, kami order Roti John Daging ni. Ni paling maveles, sebab sedap ya amat. Tengok macam panjang tak boleh nak habis. Giler tak habis.Rugi laa..sedap wooo!Seyes sedap. Ada daging, chicken or mix. Harga RM8. N pun nak rekemen la dekat korang try Roti John ni.

Ni close up rupa Roti Johnnya. Telur, isi, bawang. First time masuk mulut dah tergoda dengan keenakannya. Amboi kemain promote. Promote tak berbayar ni - tapi sedap kene la share ngan korang. Weekend ni tak tau nak JJCM mana, moh pergi sini.

Eh...diorang ada buat delivery service jugak rupanya. malas nak drive g kampung baru tu kan call je no tu. Sekelip mata dah sampai.Kehkeh. Tu ada detail alamat , FB dan Ig diorang untuk info lanjut. 

Sep 11, 2014

Menarik di Matta Fair September 2014

Tahun ni 2 kali pergi Matta Fair dan kali ni first time sampai 3 hari kami pergi terjah. Walaupun kene bayo Rm4 per entry tu xpe la. Janji dapat promo yang murah-murah yang beza beratus ringgit dari normal rate.

Kali ni juga first time terdetik di hati nak post kat FB dan willingly nak tolong kawan-kawan yang nak beli promo tapi tak dapat pergi atau yang nak survey2 je. Setakat ambilkan pamplet tu small matter. Ada kawan yang mintak tolong belikan pun ada juga. Seriusly harga yang dipromokan kt Matta Fair memang murah dari harga di web ni bab hotel la yea. Macam kawan office ni dah 2 kali dah die buat booking kat web tapi bile kat Matta Fair jumpa lagi murah terus die grab dan cancelkan booking dekat web tu (free cancelation).

Kali ni juga diorang dah upgrade layout lebih selesa dan besar kalau tak dulu lebih mampat dan crowded. Dan mostly buat ikut negeri so senang la nak cari.

Suasana bila dah nak masuk tengahari. Ni bahagian domestic - Sabah, Sarawak, Kedah, Terengganu, Penang, Melaka,pulau2, tiket ke KidZania, Aquaria, Sunway Lagoon, Putrajaya Cruise dan lain-lain.

First time siap ada rumah hantu la kononye kt atas tu. Ni dari Sunway Lagoon. Banyak juga maskot haritu.

PixaJoy ada buat free photobook.

International pulak di hall lain. Kali ni Jepun buat promo besar-besaran. Sebab diroang tengah buat survey tourist dari Malaysia ke Jepun mungkin disebabkan peningkatan bilangan orang Malaysia yang bercuti ke sana. So diorang nak tingkatkan la facilities macam prayrrom, halal rest dan sebagainya yang kita muslim perlukan. 

Singgah dekat Poto Travel sebab diorang ada buat Muslim Cruise dengan Superstar Libra. Ni ada kawan mtk tolong surveykan. Ada promo buy 1 free 1. Harga untuk 2 orang dalam RM2000 tak silap untuk 4D3N. Dalam cruise ni ade halal rest yg disahkan oleh JAKIM so xperlu waswas.

Antara booth yang ramai orang. N ada post ni dekat FB dan ramai yang enquiry. Promo ni boleh beli secara online juga sampai 15 September 2014 ni. Pergi dekat webpage Lexis/Grand Lexis, download form , isi dan email pihak hotel berserta detail card credit. Stay period till 31 Mac 2015, harga room only dan untuk weekdays or normal weekend.So, silalah terjah web mereka dan selamat  bercuti!Hehehe...

Kami beli ape??Berjaya grab 2 voucher untuk cuti2 dengan family nanti:)

Sep 10, 2014

Ayam Penyet Kegilaan Kami


Ayam Penyet Kampung Baru ni satu jalan dengan Sukhumvit. Kedainye betul2 yang dekat simpang tu. Dah lama jugak tak datang sini. Few times dtg tutup, kali ni kene terjah jugak. Ayam tu memang nampak biase je tapi sambal hijau tu yang meletop. Dia pedas yang tak menangkap tau, yang buat kita laju je makan dan menambah. Kami wajib akan add on ayam sepinggan sekali dengan sambal. Mostly masa kami datang haritu, meja keliling tu memang menambah la order.

 Ada pulak set baru tempe goreng dengan kuah cili tu. 

Adehhh..pagi2 dah terliur nengok ni. Rasa nak terjah lagi ni nanti.

Sep 5, 2014

The Coco Hut

Kami giler jugak dengan air kelapa. Pantang kalau nampak coconut shake ke air kelapa ke tapi klu beli air kelapa tu prefer yang ori punya takmo gula. Kalau tengah demam minum tu perghhhh rasa sejuk je tekak kan.

Kami jumpa 1 kedai yang ada macam-macam jenis aie kelapa. Eh...awal-awal dulu jual air kelapa je tau. Tapi memang ramaiiii sangat orang singgah beli. Baru-baru ni pergi dah ada macam-macam pilihan dan tapi basenye tetap kelapa. Dulu ownernye rasa yang bertungkus lumus sensorang sekarang dah ade pekerja dah sampai 3 orang. Masyukkk!Rezeki..Alhamdulillah...

Haritu masa kami singgah beli, cik B siap dapat tips lagi camne nak kenal kelapa tua ke muda. Diorang air ni dia memang amik yg muda je yg tua die xamik. Ada sesetengah kedai kan main balun je semua asal ada kan.

Banyak stok kelapanya. Masa dia nak siapkan order baru pilih kelapa.So, kita nampak la depan-depan kelapa yang diambil tu takde tipu-tipu punya.Hohoh..

First time try Coconut Shake Aiskrim BDC#thecocohut ni tak berapa umphh. Sedap lagi dekat Pak Lebai. Mungkin boleh improvekan lagi resepinye tu;)

Ini pilihan yang ada serta harganya. Air kelapa tu je dah bermacam perisa ada.

Ini rupa kedainya. Kene mendaki sikit. Kalau siapa biasa lalu jalan ni confirm tau punya la. Dari Wangsa Keramat atau AU3 nak ke Sek 6 Wangsa Maju atau Supermarket Hero akan nampak kedia ni dekat selekoh tepi jalan.


Boleh jugak like page diorang BDC#thecocohut

Semoga dipermudahkan


Sep 4, 2014

Tengok pun dah terasa


Tengok apa yang terasa tu??N rasa kalau korang tengok ni pun confirm la menangkap terus rasa die.

Pelam mangga cicah kicap cili. Yang ni masam die tak berapa la. Boleh terima lagi.

Ni pelam telur ni paling termasam semalam rasa. Kakak ipar bawak dari rumah parents die memang ada pokok ni. N tak boleh la makan 1 je dah sebab rasa menangkap ke tekak tengok sakit tekak pulak. Cik B hantu pelam2 ni tengok die makan laju je, kita lak yang terasa kemasamannya.

Amacam ada rasa x??Hehhe..Korang makan ke pelam?

Sep 3, 2014

Menghadiri Jemputan Kawin


Sempena Hari Merdeka haritu jatuh hari Ahad, Isnin pulak cuti lagi. Confirm kalau yang cuti deret camtu mesti ada kenduri punya. Haritu kami ada 3 undangan kenduri kawin untuk 2 hari Ahad dan Isnin. Keramat- Putrajaya-Langat.

Ni kawan masa sekolah rendah bawa ke sek menengah. Start dari darjah 6 kami duduk meja sebelah2 / deskmate. Lepastu Masuk Form 4, dedua berpisah masuk asrama. Mak dia cikgu kelas kami masa darjah 1 dulu. 

Cantik!!SELAMAT PENGANTIN BARU INA & Hubby...

Ni wedding kakak pada kawan cik B dekat Sangkot Villa, Hulu Langat. Nice place untuk buat any event. Sangkot Villa ni ada 2 , 1 nak ke Congkak yang ni dekat dengan Taman Nanding. Selain dari dewan, kita boleh sewa tempat yang macam ni ala2 macam buat kat rumah tapi bukan lepastu konsep garden wedding gitu kan. Dah banyak dah rasanya kt KL ni tempat macam ni tinggal bajet la kan memenuhi ke tak.Hehehe. 

Oh..bila dah balik rumah baru perasan rupanya pengantin ni 1 of senior blogger juge padan la macma terperasan ada blogger yang familir masa kenduri tu. Tapi macam biasa la kite is segan nak tegur gitu.

Yang dekat Putrajaya anak staff cik B, ni tak sempat jumpa pengantin datang pun dah kul3 lebih.Pengantin dah keluar pergi outdoor kot. Kenduri paling sempoi buat kat koridor apartment tu je sebab dewan semua dah penuh. Ok la kan janji majlis berjalan lancar.

So..untuk semua yang baru sudah majlis kahwin..SELAMAT PENGANTIN BARU.Moga bahagia hingga jannah.Aminnnn...

Sep 2, 2014

Hi September!

Pejam celik pejam celik September yg dinanti sudah muncul. Bulan istimewa bagi kami sebab ada tarikh2 kasih sayang dan cinta. Cewahh..romantik la gitu..kasi can la eh eh..hehehe

Siapa geng September is Bulan Cinta?Seppp!!Hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah