CHERITERA KAMI...: August 2014

Aug 29, 2014

Doa Pembuka 12 Pintu


Doa yang lengkap untuk kita amalkan bagi yang mohon ditemukan jodoh, yang dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan dan sebagainya. Semoga dapat jadikan amalan harian kita terutamanya selepas solat Semoga DIA memperkenankannya..Amin...InsyaAllah:)

Aug 28, 2014

Matta Fair September 2014


Antara event tahunan yang dinanti, Matta fair Mac 2014 kami dah pergi haritu. Boleh klik Sini untuk tips. Kali ni InsyaAllah terjah jugak sebab dah ada target untuk tahun depan. Mudah-mudahan dipermudahkanNya.

So, korang bolehlah block date mana tau nak plan g cuti2 cuti sekolah nanti ke kan.

Aug 27, 2014

30 Syawal

Tamatlah bulan Syawal semalam. Harini dpt khabar gembira kemenangan Gaza.Alhamdulillah....AllahuAkhbar!!!

Semalam juga dekat office buat Jamuan Raya. Selalu order siap2 dari Restoran yang berdekatan  lepastu tunggu je diorang hantar siap2 dengan bekas dan hidang. Dah habis makan, suruh diorang dtg ambil bekas semua. memandangkan dah 2 tahun kot guna servis yang sama, so kami decide order dekat tempat2 lain pulak. Memang banyak keje sebab kene pergi ambil sendiri kene sediakan bekas sendiri tapi Alhamdulillah semua puas hati sedap2 belaka menu semalam.

Nasi Dagang , Nasi Mandy Kambing, Mee Rebus, Laksa, Satay, Pecal, Rojak Buah, Dessert, Cendol. Makannye sikit tapau bawak balik yang banyak.Hahhaha;p



~ Berjaya juga buat entri dalam bulan Ramadhan & Syawal walaupun tak banyak post. tapi ok la kan dari dibiarkan blog sunyi sepi bersawang.Heeheh..So, habis jugak la kot cerita raya.;)

Aug 25, 2014

Membakar lemak raya


Risau pulak sejak menjak ni rasa baju eh apsal cam ketat je kat sini kt situ..masa puasa haritu boleh senyum gembira sebab rasa la lost weight. Pfftt...ni tak leh jadi mengundang kerisauan betul. Last weekend pergi la ke taman. Tak nak taman yang dekat2, nak g yang jauh. Tapi memang suka pun pergi Taman Metropolitan Kepong ni sebab cantik dan luas. Tak sangka berjaya habiskan 1 pusingan yang besar tu. Sejam jugak tapi takdela jogging pun walking je. Lame kot tak bersenam. Kalau jogging ni confirm suku je dah pancit. Kita ikut saranan 20ribu langkah tu yea.Jadila kan.heheh...


Sport shoes tu baru pakai 2 kali. Harapnye lepas ni penggunaanye adalah lebih kerap lagi.Semoga kerajinan sentiasa ada dalam diri. Chayookkk!!

SubhanaAllah..ni sambil walking sambil ambil gambar. Maunye tak rasa fresh dengan pemandangan yang camni kan. Terus rasa nak pergi Royal Belum.Eh..tetbe...ada kaitan ke..Ehem3;p



Aug 21, 2014

Excercise naik train

Malam raya ke5, sampai Kl dari Melaka pukul8malam camtu. Singgah la kampung baru mencari dinner. Pilihan kami ke Satay Station. Sejak 5 hari raya tu belum lagi jumpa satay kononnya.



Bila dah kekenyangan, kalau balik rumah terus confirm nanti terus baring dan tidur macam panda yang comel.Hahha. Jadinya, ada orang tu mengutarakan idea yang bernas mungkin dan menarik yang terus dipersetujui oleh puan isteri.

Apa ideanya??Jom kita naik train nak??Disebabkan lama jugak la N tak naik train almost 1 year last. Kita pun On je. Park kereta dekat LRT Setiawangsa. Masa tu dah pukul 10malam.



Bila tengok gambo ni rasa tengah bercinta pulak sedangkan dah nak masuk 4thn dah kawin.Kami naik train dari Setiawangsa ke Pasar Seni je. Memula ingat nak sampai Kelana Jaya ke tapi kang kot lambat sampai kang LRT dah tutup 1 hal la pulak.

Pengalaman yang menarik. Kalau korang boring2 ke dah lama tak naik train atau tak pernah bawa anak-anak naik train, ce try. Naik reramai dengan anak-anak lagi seronok kan.

Aug 15, 2014

Tips Meremajakan Rumah Tangga


1. Jangan sia-siakan hidup yang hanya sekali ini dengan bertengkar/bergaduh suami isteri.Konflik selalu terjadi disebabkan kita tidak bersyukur. Sentiasa jaga lidah dan mulut.

2. Bangun setiap hari jangan lupa bersyukur kerana kita masih hidup dan jangan lupa berdoa mohon kesejahteraan dan kegembiraan sekeluarga.

3. Jaga hubungan kita dengan Allah,insyaAllah hubungan suami isteri akan terjaga.

4. Walau penat kerja macam mana pun pastikan balik rumah dengan senyuman, bismillah dan langkah masuk rumah dengan kaki kanan.InsyaAllah keluarga dan jiran kita akan dilindungi.

5. Sentiasa bermesyuarah antara suami isteri kerana sesungguhnya Allah akan kirim atau beri petunjuk,jalan atau ikhtiar ketika itu. 

Ni antara ilmu yang diperolehi semasa mengikuti program bersama Dr.Fadzilah Kamsah. Ada yang sebenarnya kita tahu dan kita tahu itu silap tapi yang itu jugak kita selalu buat atau pun kita tahu itu yang baik tapi kita tak lakukannya. Betul x??



~ Kebahagiaan bukan satu destinasi tapi suatu perjalanan. Pupuklah kasih sayang dalam rumah tangga jangan dibiarkan suram~


Aug 14, 2014

Kedai bas- tarikan baru Klebang


Masa g Melaka haritu beraya rumah kawan cik B dekat Tj.Kling.Kita ni memang kalau jalan Melaka rasa semua tempat nak singgah tapi sebab 1 malam je sane mane cukup. Dah lalu Klebang tu singgah la kejap.Konon nak gedik2 la tepi pantai tu kejap kan.Tapi cuaca sangatlah panas ya amat. Terus cancel. Lalu jela dalam kereta. Makin banyak perubahan dekat Klebang tu. Start dari adanye kapal selam tu dah makin tambak pantainya dengan Dataran 1Malaysia, dah naik shop lot baru dekat situ.

Yang menarik perhatian kami haritu ialah kedai bas. Memula ingat Klebang dah jadi tempat perhentian bas rupenye itu ialah kedai bas. Ok..terus macam...waaa..kreatifnye. Bila N google baru jugak la start bende ni. Menggunakan bas-bas lama.

Deretan kedai bas sepanjang Pantai Klebang.Banyak tak bukak lagi mungkin malam meriah la kot sini kan. Tak pernah lagi pergi waktu malam.

Kreatif kan??Ada yang dah bukak tu, kami nampak orang makan dalam bas ade jugak yang makan tepi pantai. Kalau nak rasa new experience kenela try makan dalam bas tapi klu crowded sangat pun tak best jugak kan.

Tandas dalam bas pun ada disediakan. Tak pasti kene bayar berapa dan tahap kebersihan dalam tu macam mana. Hopefully menyelesakan lah.

So, siapa yang ke Melaka boleh la ke sini. Next time g Melaka nak datang lagi try lepak kedai bas ni camne pulak.

Aug 13, 2014

Hari kelahiran

Ni cerita sebelum raya. Birthday N pada 25/7 haritu. Sebelum dari tarikh kejadian cik b dah cakap takde apa-apa yang special sebab die cakap hari birthday tu pun dah sedia special sebab jatuh pada malam 27 Ramadhan dan jumaat terkakhir bulan Ramadhan.

Pagi tu dah sampai dekat office dah nak keluar kereta ni baru perasan ada something dekat seat bawah co-pilot. Terus gelak sensorang. Alaa..suke buat kite terkejut gini tau.


Pandai lak tu konon macam dipos kan dari Jepun lagi tu;p

Ape isinya??Telekung...Dulu masa hantaran kahwin telekung tak termasuk dalam list lepastu baru perasan telekung yang ada banyak yang orang bagi dan dah lama. Memang dah lama mencari telekung yang baru. Alih-alih dapat telekung lagi.TQ B:)

Malam pulak, orang tu belanja iftar dekat Impiana KLCC. Full ok orang. Sesak. N bila makan tempat sesak ni mula la rasa serabut. Memula dapat tempat kt dalam, kami tukar dekat luar lega sikit cuma tak beraircond la sebaik tak panas.

Pilihan makanan banyaakkkk. So, kalau nak rasa semua kene la plan makan rasa itu ini sikit2 kan. Nasi pun memula tak amik tapi sebab nak rasa. Ambil la sikit. So far sedap jugak la menu2nya. Dah hujung-hujung tu ada pulak diorang bawak durian. Tapi kene makan kat luar, tak boleh bawak masuk dalam restaurant.

Tengok semua dah aim dah kat booth durian tu. N amik jugak tapi dapat yang tak sedap. Tak habis kite makan. 

Kebab ni tak rasa tapi lamb, chicken yang grill semua sedap2!

Ni suasana dalam. Ada persembahan hiburan sampingan.Sebab dah nak raya, lagu raya la die nyanyi. Yang dekat bawah tu ada nasi ayam, goreng2, icecream, air kelapa, dessert.

Surau yang selesa disediakan. Memang cukup selesa:)

Ni menu pertama yang kami ambil.Tengok sup gear box die. Memang terbaik!Ni kalau g makan sendiri kat kedai mau puluh2 ringgit harga kan.

Berapa harga buffet?Kalau tak silap dalam RM100++ kot. N pun tak pasti, lupa tanya cik B atau pun N ada tanya tapi dia tak jawab.Kuikui. Sekali je merasa buffet cenggini.Kasi can la kan kan;)

To my B...thanks so much fo all your effort and hadiah itu.Love u much3...

Kuih Lidah Buaya


Antara kuih yang di cari setiap kali raya tapi rasanye kat kampung je kot jumpa. Tu yg tahun ni order siap2 dekat makcik. Kuih ni bersalut gula tak leh nak makan byk2 sgt sekali ngap tu. Tapi once dah start lyn mmg xleh control.

Ni lah rupenye kuih lidah buaya tu. Korang panggil kuih ape??

Ada yg versi popia jugak tapi tu rasa die lain. Kalau nak cepat buat guna kulit popia tu je. Tahun ni tak buat pulak popia nestum.Kuikui..

Oh..kuih ros pun xjumpa lagi setakat ni g beraya. Tu pun kalau layan krup krap.

Aug 12, 2014

Zoo Melaka Night Safari


Raya ke 4 & 5 kami kat Melaka. Disebabkan tak banyak rumah nak beraya, ada orang tu mengajak pergi Zoo. Ni first time masuk Zoo Melaka. Selalo kalau lalu mesti confirm penuh je Zoo tu tengok pada kereta yang parking dengan bas yang berduyun-duyun. So, kami assume mesti best la kan dalam tu. Untuk tidak menghampakan encik somi, N pun follow je la. Tapi pergi malam tak mo pergi siang-siang sebab tengah panas leting kan.

Ramai jugak rupanye orang masuk Night Safari memalam raya ni. Ingatkan kami je sanggup raya dalam Zoo;p

Harga Tiket. Kalau Night Safari naik tram adalah PERCUMA. Memang kene naik tram pun celah mana nak jalan kaki gelap dalam tu. Kang sat gi tak jumpa jalan keluar tak pun termasuk kandang mana ntah kang. Masa Night Safari dari 8pm-11pm.

Ni tempat tunggu tram. 

Ni rupe tramnye.Panjang jugak. Nasib baik kami naik tram yang kedua. Tram yang first tadi memang penuh sesak. Yang naik tenang tak ramai orang. Setiap tram ada staff yang akan bagi penerangan sikit bila kita melepasi setiap kandang haiwan dalam tu. Memang gelap tapi diorang ada torch light. Dia akan suluh la dalam kandang tu bagi kita nampak. 

Burung kakaktua ni memula skali jumpa otw nak ke tempat tunggu tram.

Tengok Zirafah teringat dekat Kwang Soo;p

Ada certain tmpat macam kandang harimau, singa, buaya. Dia suruh kita turun dari tram untuk tengok lebih dekat. Jalan kaki je la antara kandang-kandang tu. Lepastu nanti sambung lagi naik tram.

Jinak lak leopard ni kan.

Sang harimau tengah berjalan-jalan. Ni teringat Jong Kook lak;p

Cik Singa baik punya duduk atas tu like a King betul. Nasib baik die tak mengaum.Dia tengok je dari jauh.

Boleh pulak masa lalu kat tempat gajah ni die kencing. Staff tu panggil ape ntah nama die lupe lak kite die tak tengok pun.Malu la tu.Hahha.

Ada la lagi spesies2 burung , rusa, kura-kura, binatang reptilia kalau nak tengok ada tempatnya boleh masuk sendiri. N takdela nak pergi nasib baik cik B pun tak cakap nak pergi tengok.Kehkeh.

Adala dalam 30minit kot dalam tu. Kejap je dan rasanya takdela best dan menarik mana macam sikit je binatang yang ada dalam tu. Tapi kalau nak rasa experience Night Safari boleh la. N survey dekat fb Night Safari dekat Taiping pun kawan-kawan cakap tak best.Jadinye,cukuplah sekali ni je kte berNight Safari. Nak yang paling best kene g Singapore - world best Night Safari.


Aug 11, 2014

Cerita Raya 6 hari

Pagi raya kedua kami berjalan ke rumah kengkawan. 

Ni rumah kawan cik b masa study dekat Ukraine dulu. 3 orang doktor, yag sorang baju ceklat tu dokti.Kui3;p

Memula pergi rumah yang baju biru tu lepastu kami saing ke rumah yang baju merah tu pulak. Ni kengkawan sek. menengah cik B. Yang baju merah tu kwn N juga masa dekat MRSM Muar. Memang kecik dunia ni kan;)

Petang sambung raya dengar mertua pergi rumah sedara mara lagi. Maghrib baru balik rumah. Plannye nak blk KL malam tu tapi memasing dah xcukup energy nak balik dengan jem. So, tukar plan balik Rabu pagi nasib baik bawak baju spare nak beraya.

Lepas breakfast dah siap2 gerak balik KL. Otw tu singgah rumah kawan kami dekat Sg.Besar

Ni roomate N masa dekat Matrik Melaka merangkap bff cik B kawan ms sek men dia. Dari dia la kami kenal. Hehhe..

Malam tu pulak melawat rumah baru kawan cik B dekat Selayang. Ni raya 1 Malaysia sebab kawannya India tapi yang bestnye diorang hidangkan menu sambal ikan bilis sedap macam masakan kita orang Melayu bertambah la jugak nasi.

Raya ke 4 dan ke 5 turn raya Melaka pulak. Tapi tak banyak rumah sebab kengkawan masih cuti beraya lagi. Singgah kampung kejap jumpa makcik. Hoi..balik kampung kalau tak makan bertambah tak sah. Rendang paru + sup tulang kaw!


Raya ke 6 beraya di KL. Ada la dalam 5 buah rumah dari pagi sampai ke malam.

Seronok pulak anak-anak buah amik gambar dengan monopod;)

Raya ke 7 ada 3 buah rumah dekat2 area rumah je. 

Jom plan jalan raya minggu ni pulak.Ada buat open house ke yang nak jemput kami dtg beraya, roger2 eh...hehehe;)

Aug 9, 2014

1 Syawal 1435H


Tahun ni raya tema kami Merah. Ni adik ipar la ngajak bertema sama. Kite pun ikutkan je. Ramai jugak tgk kt FB yg tema merah. Siapa yang sama tema ngn kami, geng la!Heheh..

1 Syawal dengan mertua pun lain suasananye atau caranye dengan cara N dgn family N beraya. Lepas solat raya, sesi bermaafan. Memang semua la serentak dari yang tua sampai la yg kecik. Klu family N pagiiii raya dah siap pakai baju raya tu dh terus salam-salam dah. Tak yang tunggu semua org serentak. Siapa dulu siap, blh salam2.Gitu. Lepas tu baru sesi photo beramai-ramai. Sesi salam kami suami isteri takde gambo sebab salam dalam bilik;p

MIL dan anaknya:)

Dah salam..sesi kutip duit raya lak. Siapa nak duit raya dengan achik??Meh beratur..

Family photo..Ni gambar yg keberapa baru jadi sebab ada budak2 kecik tu kejap2 kang gerak  kang itu ini kan. Ini gambar yang terpaling jadi la ni walaupun yang si comel depan tu pkai tudung oren tak pandang kamera.Total 7 beradik, 10 anak buah.

Ni family photo rumah abang long. Rumah BIL ni bebetul sebelah je rumah mertua.

Gambar berdua yang elok cantik moel tak banyak. Memang tiap kali first raya gambar berdua tak banyak. Suke lak kte tengok gambar ni;)

Ini gambar selfie guna monopod. First time ni ni guna monopod. Gigih sebelum balik kampung haritu singgah uptown Danau Kota beli monopod. Monopod sekali shutter RM40. Tapi sekarang shutter tu dah hilang tak tau tercicir mana. 

Biasa N dengan family lepas salam2 terus g jalan raya. memang dah ada la antara rumah wajib pergi tiap pagi raya tu dah hafal dah rumah mana turn no berapa. By zohor dah habis dah pusing. Sebab nak take turn dengan makcik. Kang takde orang lak kat rumah. Petang tu makcik lak jalan raya, ktorg jaga rumah. Tapi dengan mertua ni petang lepas asar baru gerak jalan raya. Dari pagi ke petang tu melangut la dok umah. Elok jugak jalan petang sebab cuaca redup sikit. Rumah2 sedara mertua jauh skit dari kampung dengan jem lagi masa banyak makan dekat jalan la. Tapi tu la suasana raya kan. Kte follow je. Asal ada berjalan raya tu.Heheh...

Ni rumah pertama kami terjah dekat Teluk Intan

Ni rumah terakhir dah nak ke Tanjung Malim dah ha. Tengok muke memasing pun dah berminyak2.Kul11 malam baru sampai rumah. 



Aug 8, 2014

Cerita Sehari Sebelum Raya


Dah nak 2 minggu raya dah baru nak start enjin cerita sebelum raya kan. Memula rasa macam tak nak cerita tapi rasa macam nak cerita la buat kenangan sebab pengalaman ni bukan selalu belum tentu tahun2 depan akan alami perkara yang sama. betul x?

Tahun ni giliran raya dengan mertua pulak. Ni kali kedua la pengalaman raya bersama-sama beramai-ramai. Memang giliran ktorg seragam la dengan ipar-ipar yang lain. Semua turn raya Perak tahun ni. So, ramai dan meriah la berkumpul. Tahun ni juga first time dapat balik raya awal. Sebelum ni tak malam raya, pagi raya baru sampai kampung. Takdela merasa persiapan raya tu macam mana. Kali ni dapat balik awal sehari.

Hari Ahad tu pagi lagi dah busy dah dekat dapur. Anyam ketupat, potong itu ini, masak rendang la ape la.Macam-macam la MIL buat. N tukang tolong dan tukang nyibuk je. Bila dah tak tau nak buat ape, kita tolong kemas2 lak. Kuikuikui...

FIL ada bela ayam memang nak buat utk raya katenye. Dapatlah tengok camne proses ayam tu dari sembelih, cabut bulu bagai. Malam raya tu buka puasa sesama lepastu layan anak-anak buah main bunga api, makan durian lepastu SIL beli kek sempena yang lahir bulan 7 termasuk lah N. Heheh..

First time tengok proses mencabut bulu ayam ni. tengok je la, tak buat pun. Hohoh..

Cake Choc Indulgence dari SR..4 orang ipar dan anak buah saing birthday bulan 7. Mekaseh SIL blnje kek birthday ni:)


Aug 7, 2014

Nafsu menggila


Cerita semalam..Kononnye nak tgk wayang tapi tiket habis tinggal seat depan tak sanggup lak nk mendongak kan. Cancel wayang layan Steamboat Ketam Village. Dari bulan puasa orang tu dok sebut nak makan steamboat tapi tak pergi-pergi jugak.

Selalu order 1 bekas je. Taknak mengah sangat makan nanti ada banyak lagi ngidam yang kene redeem lepas ni. 

Lepas makan solat, lepastu confirm la singgah Popular dulu dapat la 2 buah novel.hehehe..Sebelum keluar dari KL Festival tu beli Gelato Fruity ( jadi la walaupun bukan Gelatissimo) dengan Pappa Roti caramel. Ada orang tu sebut lak pasal Mali's Corner . Singgah la ape lagi. Nasib baik dapat parking dan belum ramai orang lagi masa tu. rejeki!

Surrender la ikutkan nak order Char Kue Teow die. Takpe..esok2 la pulak.

Menggila tak menggila nafsu makan ni. Tapi portion semua 1 share 2 orang ok. Bukan sorang 1. Kalau tak, confirm la meletop perut kene minum Eno la jawapnye.

Cerita hari raya belum story lagi kan...Ok..next!:)

Aug 5, 2014

Penangan beraya


Tak pernah pernah rasa mengah yang nak duduk pin xselesa.kene pos menegak je sebab perut sy menegang.Haha.Eh..g beraya mana makan banyak sgt pun setakat rasa-rasa je tapi minum air yang banyak.Tu yang mengah ya amat tu.

Sabtu lepas g beraya 4 ke 5 buah rumah. Dari pagi sampai ke malam. Cik b siap buatkan air teh halia utk isteri die ni kesian tgk mengah semacam je.Sebelum tu dah urut tapi angin macam tersekat taknak keluar.

Lepas je minum teh halia tu lega la ckit.Hehehe..

Tq cik B utk Teh Halia ini. Sebaik tak pekat sangat halianye. Kalau yang pekat dan pedas tu mmg tak minum la kite;p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah