CHERITERA KAMI...: July 2014

Jul 23, 2014

Rezeki nak raya

Alhamdulillah..dalam berteka teki ada ke takde ke sekali semalam dapat 1 envelope ni. Tersenyum tgk isinya.Boleh lah topup apa yang perlu.


Sampul raya pulak macam banyak je dapat tahun ni.Yang tahun lepas punya pun ada lagi lebih. Selalu akan standby sepeket sampul kosong dalam kereta, sgt membantu kalau pergi kenduri kawin kiye bagi salam berisi je.



Jul 22, 2014

Buffet Ramadhan Penang Village Great Eastern

First time berbuka di luar ramadhan kali ni.Nafsu nak berlebih-lebih masa berbuka macam tak berapa.Tapi teringin juga sekali sekala merasa berbuka kat luar berdua.Hehe..

So,last Sunday kami ada program dekat Bangi lepas tu nak COD inner magic dekat Putrajaya. Asalnya nak berbuka 1 tmpt ni tapi dah fully reserved.Tula lambat beno.Belum ada rezeki lagi la nak merasa makan kt situ.Last -last sampai lah kami kat Great Eastern Mall Ampang.

Suke kt sini sebab senang parking,tak crowded. Kami pilih berbuka di Penang Village. Dah few times jugak makan sini. Baru perasan tak pernah review lagi pasal tempat ni.Harga untuk Buffet Ramadhan bagi dewasa RM62.50 ( kalau tak silap)

Ada pilihan nasi putih dan nasi minyak. Lauk yang pelbagai pilihan.

Ikan sweet sour, sotong, udang. Paling favourite ayam. Ayam goreng tapi macam basah2 sikit.Lupa pulak nama dia.

Ulam-ulaman, kerabu, acar sarawak, laksa, bubur lambuk. Yang topup banyak kali ialah dumpling. Dumpling die comel dan rangup dan sedap:)


Dessert section. Kurma, buah-buahan, puding, air. Kek lapis terpaling sedap sebab moist je;)

Ni dah sibuk dah nak amik lauk sebelum masuk waktu berbuka. Tenang je beratur. Tak payah nak sesak dan tunggu lama. Boleh pergi banyak kali dengan senang hati.

Kalau mencari tempat berbuka yang tak sesak, yang tenang dan selesa memang N recommend kan lah Penang Village Greast Eastern Mall ni. Kami terus datang je haritu takde buat booking awal. Sebaik ada kosong lagi. Pilihan makanan tak sebanyak yang dekat hotel ke mana kan tapi ok la tak perlu nak berlebih-lebih bukan nak mentekedarah pun masa berbuka. Sesuai la dengan harga dia.Tapi kalau korang target buffet ramadhan yang ada kambing golek, kat sini takde tau.Hehehe...

Jul 21, 2014

Malas nak pergi shopping


Amboi tajuk..Macam tipu je..macam tak caye je..Giler kalau dah nama perempuan celah mana yang malas nak pergi shopping. Hoi...shopping tu terapi terbaik ok selain dari pergi spa dan bercuti.Kekek...
Setuju x??

Ni ha sebenarnya malas nak pergi shopping mall yang besar-besar kekdahnya. Contoh macam One Utama. Sebab One Utama tu kan banyak wing lepas tu ntah la rasa macam serabut otak sikit pergi situ. Tu yang kalau takde kepentingan or takde rasa nak beli apa or kalau boleh memang nak elakkan la dari pergi situ.

Kalau macam Mid Valley tu besar jugak tapi sebab susunan die sistematik plus macam lapang sikit kan tempat tu so takdela rasa serabut. Lagipun Midvalley tu ada macam-macam. So, acceptable la.Itu pun kalau sekali sekala nak tukar angin shopping situ ok la.

Mana lagi mall yang besar2?Owh...dekat JB ada Jusco Tebrau tu kan tu pun kecik sikit dari Midvalley tu. Tu zaman study dulu pergi jugak sebab kt JB dulu tak banyak mall yg meriah2..sekrang dah berlambak dah Jusco kat sane.

Ini cerita weekend minggu lepas. Setelah sekian lama barulah menjejakkan kaki kt OU. Ada orang tu beria nak pergi. Pusing habis la kot semua rasanya. Tapi yang beli ada la sehelai shawl dekat booth tengah2 tu. Kuikui...

Korang suka shopping kt mall mana??

Jul 18, 2014

Vendeur Festival Matrade


Last weekend sempat terjah Matrade untuk Vendeur Festival ni. Masa dekat Shah Alam haritu tak pergi sebab tengok update memang sesak gile. So kali ni dah aim nak pergi awal.Kul 10lebih dah sampai dekat Matrade.Alhamdulillah parking tu dapat dekat je.

Ada 2 hall. Kami start hall 1 yang sebelah kiri dulu. Walaupun baru pukul 10lebih, baru start tapi crowded dah mula ramai. Tak sesak sangat.Itu yang best!

Ada macam-macam jual tudung, shawl, baju, blouse, memang untuk kelengkapan raya tu complete la boleh cari dekat sini dari butik ternama dan online seller.

Misi kali ni mencari shawl atau tudung untuk raya. Siap bawak baju raya sekali senang nak tengok match ke tak. 

Kalau tak silap, ni first time Ariani join event macam ni. Memang pack booth die.N lalu je la. Tak sanggup nak memeriahkan suasana.

Ni booth abang kawasan Ashh&Annas. Panjang giler ok beratur org nk membeli kt sini. Sale kaw kaw punya padan ramai orang serbu. N pun mampu lalu je:)

Nampak cik lofa dekat booth #lofalense. Orang tak rama lagi masa ni, terus ajak amik ga,bar sesama. Sweet bangat dah berhijab ni. Alhamdulillah~~

Ni masa try pinafore by @mayadelaila_byms. Masa #klihf haritu pernah amik gambar dengan memey.So, kali ni konon kasi can dekat orang lain. Sekali memey yang tegur kita ajak amik gambar sesama. Segan la kite.Owh..pinafore tu berjaya jugak la N beli 1 setelah mendapat sokongan dari cik B. Boleh pakai as skirt. Kembang sangattt macam princess.

Kain pelikat #walisongo ni memang sedap material die.Sejuk! 

Orang tu beria nak selfie dengan AA ni ha sampai naik atas pentas. Kite perati je dari jauh.Hahahha..Kau hado~~;p

Sebelum balik, selfie dulu.Berjaya membeli 2 helai shawl dari #onulaa, 1 shawl dari #Don&dona, pin shawl, biskut raya yang dah habis pun makan;p & pinafore dari @mayadelaila. Settle la kot untuk raya. Tapi selagi belum raya ni ada je la nak menambahkan;p




Jul 17, 2014

Pin shawl klasik


Lama dah nak share pasal pin ni tapi asyik lupa plus lupa lupa lupa nak ambil gambar pin-pin tersebut.

3pcs shawl pin ni nak beli dari Sister Sister Hijabista. Bagi N bentuk ni unik dan klasik gitu kan. 3 pcs ni RM14.

Sekarang diorang dah ada butik dekat Bangi The Sister Boutique. Boleh follow IG @TheSisterBoutique dan Fb Sister Sister Hijabista. Klik Sini , N pernah terjah butik dia.

Ada banyak lagi koleksi pin ni.

Fast selling

Pin betuk LOVE ni favourite N. Bajet2 comel sangat;p

Jul 16, 2014

Rezeki Ramadhan


Setiap tahun Ramadhan mesti ade company atau personel yang bagi buah tangan. macam tart nenas dengan serunding ni memang wajib la tiap tahun tak miss dapat.Alhamdulillah rezeki. Ada jugak yang sponsor sebekas rendang daging dinding dengan sekotak kurma.

Serunding makan dengan roti time sahur pun jadi.

Tart Nenas ni favourite..Memang sedap!tak sempat tunggu raya dah tinggal berapa ketul je.

~~Pejam celik tinggal seminggu lebih je bulan puasa~

Jul 14, 2014

Avillion Port Dickson

Awal-awallll dulu confius antara Avillion PD ni dengan Avillion Admiral Cove. Kalau borak dengan kawan pun ada kawan yang konfius antara 2 hotel ni. Diorang ni adik beradik. Dulu dalam tahun 2008 tak silap, company penuh buat Family Day dekat Avillion PD tapi masa Malam Annual Dinner ktorg ke Avillion Admiral Cove. Both hotel ada keunikan tersendiri dan best semestinya!

Sebelum puasa haritu kami pergi short vacay 2D1N dekat Avillion PD. Kami beli promo masa Matta fair haritu RM360 (jimat RM100) untuk weekdays for water chalet. Dulu masa Family Day dah merasa duduk kat Garden Chalet time tu pun bujang lagi. Ni first time la merasa duk atas air pulak berdua.

Kalau baca review ramai suggest bilik 818 or 816 untuk Water Chalet. Rupanye sekarang bilik tu dah diupgradekan menjadi Premium Water Chalet. Semua view yang best adalah Premium Water Chalet. N lupe tny haritu bilik 812 water chalet ke tak. Korang nanti try la tanya. Best view jugak bilik tu.N dapat bilik 808.

1 King bed + day bed yang boleh muat 2 orang jugak. Bilik yang selesa untuk 1 family.

Suka concept toilet. More privacy macam ala bali ala kampung gitu. Shower open concept beratapkan langit berlantaikan laut;)

Traditional look sangat kan. teringat kat kampugn tingkap gitu.

Child and family pool. Tepi sana cafe untuk breakfast. Ingatkan datang time weekdays tak ramai orang.Rupanya ramai orang plan bercuti sebelum puasa agaknya.memang meriah macam cuti sekolah nengoknye. Lagipun hotel ni pun memang ramai yang suka stay sini kan.

Cik merak ni hari-hari post die kat sini. Menjadi tumpuan. tapi tak pernah lagi nampak die kembangkan ekor tu.Kesian kaki die sakit jalan tempang. Dekat tepi ni ada swimming pool untuk adult. More privacy dan relax.

Ada jugak rabbit, ayam, turtle dekat sini. Kalau lalu je panggil bit..bitt...comel tengok rabbit tu manja je. Tapi ada yang macam tak terjaga. Attraction untuk kanak-kanak ni sebab kul10am boleh bagi makan dekat haiwan-haiwan ni.

Ingatkan nak layan pasir , laut dan sunset dekat Tumasek Beach ni tapi dah tutup sebab under private property di tulis situ. Dulu ada kerusi deret2 tepi pantai tu boleh baring-baring layan view. Ni dah kosong. Sayang!

Pergi la dekat beach lagi 1 dekat dengan Garden Chalet. Laut surut. Boleh jalan sampai tengah tu nampak banyak baby ketam.SubhanAllah...

Masa untuk pulang. Barulah air pasang, nampak air hijau tu. Saja menggoda kasi hati bertambah berat nak check out. InsyaAllah ada rezeki kami datang lagi:)

Jul 11, 2014

Jualan Gudang The Store

Semalam malam kakak ajak p Jualan Gudang The Store dekat Dewan AU2 Taman Keramat. Tak tau pulak ada juala gudang situ sebab dah lama tak lalu jalan situ walaupun dekat dengan rumah tapi pergi balik keje ikut jalan lain. Tapi Jualan Gudang ni N dah p dah masa dia buat dekat Dewan AU5 Lembah Keramat haritu. Masa tu pergi dengan mak saja cuci mata sesambil tunggu order take away Satey Sri Keramat tu.

Ni dah orang ajak, kite On je la. Rupanya Warehouse Sale ni start hari ni 11 Julai sampai 20 Julai. Semalam kan 10 Julai padan la diorang tengah kemas-kemas lagi tapi ramai la jugak orang datang. Elok datang awal-awal ni sebab barang banyak lagi dan kemas lagi.Masa pergi yang dekat Lembah Keramat tu dah hujung-hujung barang tak banyak dan dan serabut-serabut sikit.

Orang kedua yang datang. Bestnye dewan ni sebab aircond kuat, sejuk;)

View dari atas stage. Sepenuh-penuh dewan ada memacam barang. Handbag, pakaian lelaki perempuan, kasut, sabun, cadar, langsir. 


Cadar , langsir, bantal dan sarung bantal cecantik jugak coraknye. Brand biasa tapi ok la kualitinye dengan harga.

Baju budak-budak RM10 pun ada. Jeans elok-elok lagi. Kalau tshirt tu kene tengok bebetul kot ada yang kotor ke ape.

Trend sekarang suar warna-warni gitu kan. Harga RM35. 

N tak beli ape cuci mata je. Anak-anak buah la membeli tshirt.Boleh lah kalau nak topup barang raya tu. Tempat pun selesa, parking pun senang. Sale dari 11 Julai sampai 20 Julai ni dari 10pagi-10malam bertempat di Dewan Au2 Taman Keramat.


Sumbangan untuk GAZA

Sekarang kalau scroll news feed FB macam-macam gambar, video dan info tentang apa yang terjadi dekat Gaza sekarang sampai tak sanggup rasanye nak tengok.Scroll laju-laju sebab tak mampu nak tengok.Kecil besar tua muda yang berdarah, luka teruk, yang terseksa yang meninggal. Dari gambar dan nampak macam mana deritanye mereka ni kan pula nak tengok video tu.Ya Allah...

Nak pergi ikut sama berjihad di sana diluar kemampuan kita tapi ada banyak lagi cara untuk kita sama-sama membantu.

Salurkan sumbangan melalui Muslim Care Malaysia


Sumbangan melalui Aqsa Syarif

Boleh juga melalui Aman Pelastin
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
BMuamalat:12070005133717 
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

Bulan puasa  bulan yang mulia penuh barakah moga bantuan kita lebih bermakna untuk mereka.
 Jangan lupa DOA untuk mereka~#PrayforGAZA

Jul 9, 2014

Top Steak House Sri Rampai


Siapa nak mencuba western food boleh try dekat Top Steak House Sri Rampai ni. Kedai ni sederet dengan Wahab Cendol. Dibuka pada bulan Oktober 2013 dan merupakan cawangan kedua. Setiap kali lalu nampak ramai je orang dekat kedai ni. Tu yang tertarik nak try jugak.

Pilihan menu yang ada. Harga bagi N reasonable dengan presentation dan protion makanan dia. 

Sizzling Seafood ni memang terbaik!Cik b punya menu ni tapi N yang nyaris-nyaris nak habiskan sebab sedap. Korang try la order ni nanti yea

Menu N chicken combo, ada chicken, lamb dan udang.Mmm..kurengla mungkin kombinasi udang tu tak berapa kene. Untuk air..silalh order Mango Juice die memang pure buah. Pekat mangga.Like!

Bulan puasa Top Steak House beroperasi dari 4petang-12tengah malam.Surau disediakan.Parking pun senang. Lepas makan western boleh pekena cendol pulak.Hehehe.

Jul 7, 2014

Best cendol in town

Lama dah tak makan cendol @Wahab Cendol ni. Kedai yang baru bukak lagi cantik, lagi selesa, lagi senang parking lagi macam memanggil untuk singgah. Siapa biasa lalu Sri Rampai area Rampai Business Park tu mesti perasan kedai ni.

Order Cendol Aiskrim RM5. Share berdua. Sedappp!! Tengah menaip ni pun terasa pulak keenakan dia. Puasaa..puassaa...Sori yea korang kalau ada yang tergoda. Balik kang boleh singgah Cendol Wahab ni yea.

Yang belakang tu N order rojak sotong+paru. Kureng!Yang macam tauhu ke kentang tu liat. Ada banyak lagi menu lain, goreng2 mee2 ada. Boleh la try nanti.

Sistem layan diri. Order di kaunter.Nanti dekat receipt ade no.order.Bila order dah siap, nanti no.order tu keluar kt tepi kanan nun.Lupa lak ambil gambar.Hehhe.

Jul 5, 2014

Karnival Teratak Glam Raya 2014

Petang tadi sebelum bertolak meet in law sempat singgah ke Karnival Teratak Glam Raya ini. Asalnya macam takde nak sangat pergi, tapi bile dah gtau cik B die pulak yang On. Harusla kite pun On sama. Tak pernah lagi pergi mana2 event yg buat dekat Stadium Tertutup Melawati Shah Alam ni. Pasar pagi ahad dekat situ pun dah lama tak pergi.

Kitaorang sampai pukul 1pm. Memang tengah peak hour tapi bagusnye dekat sini parking InsyaAllah takde masalah sebab perkarangan stadium tu memang banyak je ruang cuma panas dengan dekat or jauh je lah.
Crowd pulak tadi memang tengah agak peak. Nak masuk je dah berlaga badan. 

Padatkan entrance?Rasanye next time kene asingkan entrance dengan exit. Ni bile sekali yang nak keluar yang nak masuk bertembung lepastu yang berhenti dekat booth tepi-tepi tu, tu yang buat sesak. Kalau diuruskan betul2, insyaAllah lebih selesa.


Ni suasana dalam, ada certain tempat sesak ada yang dapatlah bernafas. Rasanya mana booth yang ada celebriti tu kene bagi ruang lebih kot sebab bile ade celebriti dekat booth tu orang ramai yang stop nak amik gambar la bagai jadinye dah stuck kat situ. Booth yang agak ramai crowd/follower pun should be diberikan ruang yg besar.Rasanya kene kecikkan sikit kapasiti booth/vendor die bagi keadaan lebih selesa. Selesa ni bukan sahaja untuk pengunjung malah untuk vendor jugak.

Kebetulan tadi masa pergi, nampak dania danielle.Huish..sesak orang dekat sini.

Bile tengok IG, dah petang2 baru ramai celebriti yang turun padang. So, esok siapa yang nak meet and greet celebriti boleh la datang petang2.Heheheh. Banyak pilihan shawl, blouse, aksesori, skirt, telekung, bag,kasut,phone casing, baju kanak-kanak pun comel2 belaka. Tapi N nasihatkan kalau yang bawak baby tu takyah la bawak stroller. Tempat gini better pakai baby carier tu. Senang sikit nak nyelit cecelah ramai orang tu.

Celebriti yang terlibat dalam Karnival Teratak Glam Raya

Senarai vendor yang menjayakan karnival

Esok last day dari 10pagi hingga 10malam. Sempat lagi nak cuci mata shopping. N tadi ada la beli brooch cecomel dengan maruku sedap!Heheh.Esok mesti lagi kaw kaw punya sale/ promo diorang buat.

Happpy Shopping!!!

Jul 4, 2014

Isu Hukum Semasa Berpuasa

Korek Telinga Batal Puasa??
Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).
‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.


Sahkah Puasa orang terlewat mandi wajib?
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).
Maka, sesiapa yang terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu subuh masih sah puasanya pada hari berkenaan.

Hukum berus gigi masa puasa?
Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari.

Antara soalan yang selalu berlegar dari zaman dulu. Boleh ke korek telinga time puasa??Berus gigi camne?Kalau korang pun masih tertanya-tanya hukumnya, boleh baca lanjut di drmaza.com (kredit info)

Jul 3, 2014

Keyword awal bulan Ramadhan


Termenung kejap bile tengok keyword yang orang search ni. Selalu Ramadhan ni orang cari tempat best untuk berbuka, menu buka puasa kan tapi yang buat N tergelak dan termenung bila tengok keyword yang hits dari blog ini adalah.......


Mengeluarkan air manu saa2 puasa???Apakahhhh???Walaupun typo di situ tapi boleh agak la kot kan apa yang di cari. Hoiiii...celah mananye kt sini takde pulak la N pernah share ape2 pasal hal berkaitan. Puasa tahun ni baru berazam nak aktif post entry, so xtau la entry puasa yang mana pulak la sampai korang boleh jumpa keyword tu.Aiyyyooo...

Koleksi Tshirt Plus Size

Untuk yang 1 geng dengan N badan yang comel2 macam kita ni kan bukan nak kate takde pilihan pakaian yang sesuai untuk kita tapi cuma kepelbagaian atau ada tapi tak banyak. Betul x? Macam Tshirt long sleeve memang N takde banyak Tshirt long sleeve. Pergi je la mall ke memane tempat lagi2 time sale tu berlambak small and medium size. Tapi untuk PLUS SIZE agak terhad dan pricey.

Sejak menjak aktif dengan Instagram ni memang tangan ni jadi gatal je nak beli itu ini. Banyakkkk rupanya online seller yang jual untuk Plus Size. Banyakkk, cantik dan harga pun reasonable. Sebab online jadinye tak dapat la nak  mencuba tapi still kita boleh refer pada measurement yang diberikan. Nak atau tak je.

N pun dah terjebak membeli Tshirt secara online.

1st tshirt yang N beli secara online. Memang puas hati. Dah few times pakai.Sebab 1st time beli, so beli lah sehelai je. Bile dah suke, nak beli lagi dah habis stok. Memang menunggu jugak ni bile ada stok baru dari Plus Size Elegant. Korang boleh usha FB Plus Size Elegant ni banyak stok Plus Size dan normal size juga. Sekarang tengah stok untuk baju raya pulak.

Tshirt baru dapat ni terus pakai g bercuti. Material macam knitted cotton tapi tak panas. Ni pun best jugak sebab bawah die kembang so tak nampak la bentuk badan comel kita kan. Boleh tengok di IG @aimi53. Ada banyak tshirt macam-macam warna dan tulisan, skirt , dress cecantik.

Ini pun tshirt baru dapat. Saja pilih warna merah, nampak ceria. Selalu hitam je kan. Ni tshirt shape biase tapi yang best ada cuff getah kt lengan tu dan kain die pun best. Ni pun ada few design and warna. Terjah IG @plusplusup. Seluar pun ada jual.

So far ni antara yang N pernah beli thru online dan semuanya N berpuas hati dengan kualiti dan servis mereka.Korang boleh la try terjah FB dan IG diorang ok. Happy shopping!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah