CHERITERA KAMI...: June 2014

Jun 30, 2014

Tudung chiffon boleh customized dan cantik

Sekarang mesti ramai tengah prepare untuk raya kan. Selalu time camni baju dah ready, lepastu nak cari tudung pulak. tang tudung ni selalu problem. Ni untuk N la. Nak cari yg agak-agak match lepastu nak fesyen camne. Sekarang ni dah banyak sangat fesyen tudung. Ni nak pakai raya mesti la nak cecantik macam baju raya kan. Tapi kalau raya pertama tu N pakai simple or tak heavy sangat sebab raya pertama tu la yang renyah sebenarnya. Betul x?

Meh nak share dengan korang yang mencari tudung yang lain cantik tapi simple dan akan kelihatan manis. Wahh..kaw kaw punya promo. Ni promo tak berbayar sebab N sendiri dah beli dan pakai dan memang puas hati dengan hasilnya. Service tuan punya online shop, kak awa ni pun memang terbaik. Dah jadi macam kawan-kawan pulak.

Ni one of tudung yang N beli. N beli 2 tapi baru pakai 1 ni la. Pkai 1 ni pun dah jatuh cinta. Sehari sebelum ni dapat parcel, esok tu pakai terus bawak g bercuti. Walaupun chiffon, kain jenis yang ringan senang bentuk tak yah nak iron sangat. Ni bidang 50, labuh dia just nice!Owh..confirm tak jarang:)

Sebelum meleret lebih panjang, nama online shop ni ialah FB: awatifey_scarves atau IG : awatifey. Yang buat lagi best sebab boleh customized bidang berapa kita nak. 45 ke 50 ke 55 ke 60 ke semua ada.

Tudung-tudung ni semua pre-order basis. So, dalam 2 minggu confirm order korang dapat la tudung cantik ini. Yang plain pun ada, macam-macam warna. Boleh tengok dekat FB atau IG ada katalog kain warna.Kain yg plain ni tebal(chiffon jojet)sikit dari printed.

See...see...bukan tudung ala bawal tu je nak buat as wide shawl pun boleh. Eh..senang cerita semua boleh la. Tinggal pilih dan bayar je. Untung-untung dapat pulak free gift.Alhamdulillahhh...

Ni antara koleksi chiffon printed yang ada. Banyak dah Sold Out, memang tak boleh nak tunggu lama-lama. Cepat place your order now at @awatifey_scarves / @awatifey / 0135925589 diorang tengah tunggu masa je nak closed order ni.

Selamat shopping kawan-kawan. N pun tengah pikir ni warna apa nak order lagi;)

Jun 29, 2014

Ayam Golek Sedap


Kalau ikutkan masa bulan Ramadhan tahun-tahun yang lepas memang N takde pos entry. Blog akan senyap sunyi sampai lah ke raya. Tapii tahun ni InsyaAllah akan cuba post tiap-tiap hari. Harapnya adala sudi jengah sini. Macam taktau nak post ape pun yea jugak, sebab blog ni kalau tak pasal jalan mesti pasal makan. Tapi korang tak kisah kot kan siang-siang hari baca entry makan time pose ni kan??kan??Heheheh...

Ni nak share lama dah tau pasal ayam golek sedap ni . SEDAP dan MURAH. RM16 je seekor! Tu masa N beli sebulan lepas la kot tak silap kalau sekarang dah up harga tak sure. 

Ni ayam golek ke ayam pusing ke ape nak panggi namanye ni. Senang panggil ayam golek la kan.

Sedap rempah dan sos die. Dah 2 kali N beli. Memula beli seekor tak cukup. Kali kedua beli 2 ekor. Kali ketiga nak beli asyik la tutup. Tapi time tak rasa nak beli bukak pulak.Takde rezeki la tu namanye. Takpe, pose ni ingat nak beli jugak la nanti. Bukak punye ni.

Di sinilah lokasi ayam golek sedap dan murah itu. Bobby Burger ni pun sedap jugak. Pernah rasa sekali buat sahur haritu. Patty die buat sendiri kan. Not bad la. Menu western yang lain pun ada.

Korang area keramat, setiawangsa mencari idea berbuka ape, boleh la singgah di Bobby Burger ni.Sebarang keraguan call je No tertera itu:)

Salam Ramadhan


Alhamdulillah tahun ni dapat berpuasa bersama-sama. Semoga peluang dan kesempatan berharga ini dapat digunakan sebaiknya. Salam Ramadhan kawan-kawan semua. Mohon maaf salah dan silap. Moga kita lebih bersemangat , bertenaga dan berusaha untuk tingkatkan ibadat. InsyaAllah...

Jun 27, 2014

Ikan Bakar Jalan Bellamy


Akhirnya sampai juga kami ke sini. Selalu tengok Nana pos makan kat sini, teringin juga. Macam-macam bakar ada. Ikan bakar, sotong bakar, kerang bakar, udang bakar. Pilih je nak mana.Cendol Bakar je takde;p

Nasib baik pergi haritu senang nak parking dan kedai pun tak penuh sangat. Ada 3 ke 4 kedai kat situ.Lupa nak tanya Nana dia selalu pergi kedai yang mana. Kami masuk je kedai yang berdepan dengan orang jual bakul-bakul anyam tu. Lepas tu amik port depan kipas. Lega!

Ikan pari bakar. Pari bakar ambil bahagian yang ni baru sedap nak meratah. Kalay belah badan tu tebal sangat isi.

Sotong bakar. Besar!!

Ni deretan kedai-kedai tu. Berdepan dengan masjid. 

Bagi kami rasa dia..ok la. Kene try kedai sebelah pulak la tengok ramai jugak kedai sebelah tu.

Bahagian yang wajib dilonggarkan


Tak share lagi rupanya cerita pergi KL International Hijab Fair haritu. Dalm cuci-cuci mata sempat la kami luangkan masa 1jam bersama Ustaz DOn, tak exactly 1jam pun ada la dalam 40minit macam tu.



Antara ilmu yang mungkin kita boleh kongsi bersama ialah mengenai menutup aurat dan berfesyen.

Menutup aurat adalah WAJIB ( seperti yang kita sedia maklum tapi yang WAJIB ni yang kita selalu pandang ringan)  manakala berfesyen atau bergaya sangat digalakkan selagi tidak menyalahi dan mengundang pandangan 'pelik' masyarakat. Pelik di situ bermaksud , bila orang tengok ada yang tak kene dengan fesyen atau gaya kita. 

Perkara paling utama perlu dititiberatkan dalam berpakaian - Pastikan pakaian yang dipakai LONGGAR di bahagian DADA, PINGGANG dan PINGGUL kerana bahagian-bahagian ini yang menyebabkan kaum adam tertarik melihat ke kita.

Ini antara ilmu yang N rasa penting untuk kita audit diri kita semula.  Jom kawan-kawan, kita sama-sama. Kata sayang ayah dan suami, jangan biarkan mereka tanggung kekhilafan kita hari demi hari.

Jun 26, 2014

My Mom Chicken Rice

Awal-awal masa baru bukak kedai My Mom Chicken Rice dekat area Ampang Point tu pernah la rasa. Tapi lama sangat lupa dah rasa camne. Lepastu ada 1 lagi bukak dalam Tesco Ampang. Tesco Ampang tu jarang pergi sebab jaranggg beli barang dekat Tesco. Dekat area rumah dah ada Giant, Jusco dan Carefour dah, Tesco tu bile nak ubah angin sekali skala boleh la.

Macam few weeks ago hari Ahad, lepas pos barang rasa nak g somewhere la ada 2 3 barang nak beli. Sebab pos barang dekat PosLaju Batu Caves, nak try la pergi Giant Batu Caves tu tengok ape yang menarik. Sekali ramai giler orang, cari parking pun jenuh, terus keluar balik pergi Tesco Ampang. Dri Batu Caves ke Ampang nasib baik tak jem. Cari barang lepastu nak lunch.

Jom la try My Mom Chicken Rice ni ramai jugak orang masa tu kebetulan tengah lunch time.

Ada few pilihan Nasi Ayam.Harga standard restoran la kan.

Taknak makan nasi nak yang berkuah pun ada. Tengok gambar semua menggoda tekak.

Giant Bandung Soda ni menggoda juga. Tapi minum air bandung dengan makan nasi jadi perut cepat sebu,so N tak order tapi next time ingat nak try jugak la. Eh..cop.. My Mom Chicken Rice ni Linda Onn punya. 

 Ni menu yang kami. SEDAPPP!Sup tu ada rasa. Senang je nak tau Nasi Ayam tu sedap ke tak, rasa supnye. Kalau rasa macam air je tak sedap la tu.Kikiki..Padan la ramai je orang datang makan. Siapa yang belum try, boleh try makan dekat sini.

Next time boleh try Asam Pedas Linda Onn pulak:)


Jun 25, 2014

CPUV lagi

Alhamdulillah...ade 4 Campaign tengah berdendang dekat blog ni. Bila rasa malas-malas nak update, tengok CPUV gini terus semangat datang. Gitu! Tq Nuffnang...Bagi lagi dan lagi yea:)

Kurangkan bill elektrik


Haritu terbaca 1 info dekat paper The Star . Info tentang Fenomena El Nino dan perkaitannya dengan electricity.

Panas leting kan sekarang ni. Walaupun tiap tiap tahun nak dekat bulan Ramadhan memang kita akan mengalami cuaca panas tapi kali ni panas yang membahang. Dah start la kot yea Fenomena El Nino ni. Jadi bila panas, memasing nak sejuk dalam office dan rumah. Kalau boleh jalan kat luar tu pun nak ada econ keliling kan??Jenis macam N ni yang cepat berpeluh, lagi la. Dugaannnn.

Ni 4 Tips yang dikongsi supaya kita dapat kurangkan bill elektrik. Untuk yang bekerja takde masalah kot kan. Sebab Iron baju dah tentu waktu malam, econ pun N kalau pasang dalam 24C,basuh baju tu pagi time orang pergi keje ( peak hours kat situ agak2 pukul berapa yea??) dan yang industri tu bergantung la pada pengurusan masing-masing.

Jun 24, 2014

Lewat 3 minit


Rumah dengan office dgn kereta berkelajuan biase dalam 15minit dah sampai. Harini keluar rumah pukul 735pagi. Jalan ok sampai la dekat bukit nak ke carefour wangsa maju tu. Memang parah kalau traffic light rosak situ. Memasing xnak mengalah.


Dekat pukul 8 baru lepas simpang tu. Punch card harini pkul 8.03. First time tahun ni punch card merah. Baru nak rekod bersih gitu.

Traffic light tu selang seminggu 2 ni kerap rosak. Pada yg berkenaan cubalah buat apa yg patut yea.

Jun 23, 2014

Jumpa Kupukupukecik


Masa event YES yang lepas, mata ni dok scan jugak mana tau ade blogger atau kawan yang dikenali. Sekali ternampak, blogger famous Yuyu Zulaikha & hasben, Onejet. Masa ni tengah sesi makan-makan macam segan la nak tegur. Lepastu perasan diorang lalu dekat kami, dalam hati ni teragak-agak nak tegur ke tak.

Masa tengah event tu, N bagitau la kat cik B tu blogger famous tu. Cik B kate nanti sebelum balik amik la gambar dengan die. Segan la kiteeeee..Masa nak balik dekat lift tunggu la Yuyu dan hasben. Peramah sangat orangnye. Cepat je masuk. Jadi kita pun takdela rasa awkward ke segan kan. Yuyu dapat Grand Lucky Draw- Ipad Mini tau. Murah rezeki dia.

Setiap kali ada update entry dari kupukupukecik.blogspot.com , mesti N baca. Jadi silent reader je. Blog Yuyu santai. Cerita pasal life die as student, pergi event2 Nuffnang or sponsored, kisah kawin dia yang sweet dan sekarang bakal jadi mama dah bulan Oct nanti. Alhamdulillah...

Kecik comel je Yuyu ni. Semoga dipermudahkan perjalanan mengandung ni dan selamat melahirkan nanti. Take care Yuyu.

Jun 19, 2014

Final Showdown YES


Cik B dapat jemputan ke event YES, Final Showdown. Sebab dapat jemputan??Katanya antara pengguna yang banyak point lebih kurang camtu la. Event bertempat di Hotel Vistana Kuala Lumpur bemula pukul 630petang.

Sebelum event bermula, kita isi perut dulu. Sedap sedap sedap makanannya. Alhamdulillah...dinner free kami haritu.

Sesambil dinner tu , ada soklan yang perlu dijawap untuk tetamu.

Ini antara contoh soalannya. Total ada 5station bermaksud ada 5 soalan untuk dijawab. Diorang bagi borang soalan. Setiap penjuru dekat tempat makan tu ade board yang macam atas ni untuk kita cari jawapannya.

Ini ialah 30 peserta yang berjaya ke peringkat akhir. Sebelum ni YES ada buka penyertaan online game kalau tak salah. Dan mereka 30 ini adalah yang mendapat high score.

Game ini untuk tentukan top 20. Idea yang menarik untuk Indoor Game. Fan the Can! Kipas tin air tu sampai masuk goal, siapa masuk goal banyak, die menang.

Ini untuk pemilihan top 10. Bawa dan kumpul seberapa banyak spgahetti yang boleh guna mulut.

Pemilihan Top 5. Masukkan bola pingpong dalam gelas guna pita ukur.

Ini game terkahir untuk menentukan juara. Siapa paling cepat score 5 kertas dalam balang tu.

Happy to share - 2 pemenang utama ialah 2 orang jejaka Melayu. hadiah best ok, dapat tiket ke Brazil tengok World Cup. Memang seronok sakan mereka.

Yang datang pun tak pulang tangan kosong, dapat goodie bag ada  Tshirt, Flask, keychain dan Voucher StarHill.

Alhamdulillah...dapat Lucky Draw. Wireless Mouse, Pendrive & external memory. Aim jugak Ipad mini or Ipod Nano tapi takde rezeki.Hehhe.


Jun 18, 2014

Review CEO The Movie

Masa tau CEO The Movie nak keluar tayang, N memang dah mark kalender nak tengok  movie ni. Takdelah letak high expectation pada movie ni tapi sebab ada Beto Khusairy tu yang menggoda untuk pergi juga tengok kt wayang. Nasib baik la cik B pun layankan aje.

Movie yang ringan, takde serabut kepala nak fikir ape. Memang kita paham jalan cerita dia. Banyak juga adegan lawak bagi kami. Kisah seorang Tan Sri empunya sebuah syarikat yang manakal Remy Ishak seorang yang berdedikasi menjawat jawatan CEO. Ada konspirasi yang dilakukan oleh Tan Sri tersebut menyebabkan Remy Ishak hilang jawatan dan segala harta. Muncul pula watak Beto ni. Nak tau kisah lanjut, kene la tengok sendiri. ;)

Kami bagi 3.678 bintang:)

Makan Sundae Choc sambil layan movie di GSC Pavillion.

Jun 17, 2014

Floria Putrajaya 2014


Korang pergi tak Floria Putrajaya minggu lepas??Tahun-tahun sebelum ni, kami ade juga pergi Floria ni tapi tahun ni punya bagi N lagi meriah lagi selesa. Sekolah, Universiti dan syarikat yang masuk bertanding untuk landskap pun cantik-cantik dan kreatif belaka. Kalau tak ramai orang, memang sakan la posing-posing. susah nak amik angle yang tak nampak orang.Heheh.

Landskap dari company mana, tak ingat. Tapi semua dari pallet. Memang menarik perhatian orang untuk masuk.

Macam Vintage Pelamin gitu kan. Pun tak ingat jugak dari company mana.Kekeke

Landskap dari Alam Flora. Simple tapi menang Silver ke ape tak ingat. Brother tu tengah prepare nak wat show.Ketuk guna tong cat pun boleh kan.Teringin nak duduk kat sofa merah tu tapi staff mereka je conquer situ,lagu mana cek nak posing2;p

Idea DIY - lampu dari bahan terbuang. Ni dari kategori kolej/universiti klu tak silap.

Cantik kan 'bumbung' tu dibuat dari botol air plastik. 

Ni antara terpaling suka. Vintage sangat. Kalau ada betul-betul  port macam ni, memang jadi favourite la. Ni tak silap dari DBKL.

Sangat rekemen kalau korang tengah mencari idea untuk DIY landskap. Next time ada Floria lagi, silalah pergi.




Jun 16, 2014

Tudung online shop yang terbesar di Malaysia

STICKY POST. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY

Perniagaan online makin hangat sekarang. Segala macam benda kita beli hanya dengan duduk sahaja, klik klik, bayar dan tunggu barang sampai. Tak perlu nak bersesak ke kedai lebih-lebih lagi sekarang dah ramai yang mula buat persiapan untuk raya kan. Hujung minggu je penuh sesak segala mall, jalan TAR tu semestinya.

Jadi untuk memudahkan korang semua untuk mencari tudung yang tanpa perlu berpanas, berasak-asak korang boleh layari Tudung2U.com.my . Tudung2U merupakan online shop terbesar di Malaysia.
Ada pelbagai pilihan tudung dari jenama-jenama yang terkemuka dan juga yang direka khas.

Koleksi dari Radiusite yang cantik belaka

Peminat-peminat AJ@aidijuma yang suka mengumpul koleksi AJ, boleh dapatkan di Tudung2U laku macam goreng pisang panas.

Tudung bawal bermacam corak pun ada juga.

Ada juga koleksi tudung awning untuk anda pilih. 

Selain dari tudung, terdapat juga aksesori wanita seperti rantai, gelang dan keronsang. Cantik-cantik semuanya.

Di bahagian tepi kiri web Tudung2U ada diterangkan cara-cara untuk order. Kalau tiada online banking masih boleh teruskan pembelian. Ada diterangkan caranya di situ. Sangat mudah.


Sekarang tengah ada SALE untuk selected item di Tudung2U. Pembelian RM70 ke atas FREE postage. Berita baik untuk pembaca blog kami, anda akan dapat diskaun 15% tambahan untuk kesemua item di Tudung2U. Hanya copy kod di bawah ini semasa pengesahan order di buat.

ADR2014

Jangan tunggu lama-lama. Cepat buat pembelian sekarang di Tudung2U.com.my. Kod sah sehingga 16 Jun 2014.

Happy shopping!!!

The 39 Restaurant PNB Darby Park

Masuk bulan 6 je mula la terlebih giat survey dan google Tempat Romantik Sambut Birthday. Apa kaitan tempat birthday dengan romantik?Mestilahhhh..dah sambut berdua. Kalau sambut reramai kita search Tempat Happening Sambut Birthday, kan?

Time hari-hari penting macam ni lah nak merasa ruang privacy yang lebih berdua, pergi makan tempat yang kalau hari biasa macam takde alasan yang kukuh nak makan situ.Heheh. Mencari tempat yang istimewa yang lain dari kebiasaan lagi-lagi nak menyambut antara hari penting teman sehidup semati kita memang mencabar. Ada orang cakap, buat apa pening kepala masak la sesedap kat rumah tu. Memanggg teringinnn sangat tapi tunggu la duduk rumah sendiri. Ni duduk dengan family celah mana nak bercandle light nak bersexy mexy berdua. Kahkah...

Susah mencari restoran yang 'exclusive' tapi yakin dengan keHALALan nye. Ada la few restoran yang dalam list. Tapi akhirnya N decide ke The 39 restaurant di PNB Darby Park.

At a rooftop ..Main reason kenapa pilih The 39 Restaurant sebab view dari restuarant ni romantik. Walaupun dekat dengan rumah tapi tak sangka la pulak Jalan Binjai nak masuk ke hotel ni sesak. Stuck dalam 5-10minit juga. Nak naik ke atas ni menunggu reception yang ramai orang servis macam slow pulak di situ. Terlajak juga masa berbuka kami. 

Alhamdulillah..sampai je tingkat 39 ni lega tengok view malap-malap gini. Sementara nak order, mintak staff tu bawa plain water untuk berbuka, dan diorang bagi kuih pau ni sekali. Rejeki!!

Sangat cosy atas ni cuma bila malam dengan cuaca sekarang yang panas tu hangat sikit la walaupun tingkat 39. Tengah fikir nak order apa ni. N memang tak order siap-siap bagi chance birthday boy pilih. restaurant ni menyediakan Malay Cuisine. N buat reservation sehari sebelum. Diorang tak sediakan perkhidmatan deco tapi kita boleh hired orang atau buat sendiri. Ada juga pakej by course. Senang kata, mudah la berurusan dengan person incharged En.Mirul. Tanya je la ape2, dia boleh suggestkan itu ini.

Menu kami malam tu - Udang galah sambal petai & Nasi Ulam Ayam Percik. Sedappp!!Nampak sikit portion dia, tapi alhamdulillah kenyang. 

Bersama yang dirai. Awal-awal dah suruh cik B kosongkan jadual dia malam tu. Lepas tu suruh siap hensem-hensem nak bawak makan special.Dia neves, kita lagi neves. 

Ni la En.Mirul yang N ceritakan tu. Just call 03-7490 3939 untuk buat reservation. Surau ada disediakan di Tingkat 5. Besar dan selesa suraunya.

Dalam sejam lebih kat atas tu, masa untuk pulang. Kalau nak dapat best view, datang time senja. So dapat tengok view petang dan malam.

Happy Birthday dear husband!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah