CHERITERA KAMI...: May 2014

May 30, 2014

Jalan-jalan Cari Makan di Johor Bahru

Bila bercuti tak sah kalau tak JJCM kan. JB antara 1 tempat yang ada macam-macam makanan yang best dan sedap. Tak cukup sehari berjalan kalau nak rasa semua.

Kali ni nak terjah kedai Murtabak area Kampung Majidee. Ada 2 pilihan. Mula-mula kami ke Restoran Rafi, tapi murtabaknya tak start jual lagi pukul 12pm baru mula. Masa kami datang tu pukul 11am. Takde rezeki nampaknya. Nak tengok Restoran Rafi tu macam mana??Klik SINI.

Kita ke pilihan kedua, ada la dalam seminit kot dari Restoran Rafi ni dah sampai ke destinasi kedua Restoran Azo 96.

Pagi sampai ke malam kedai ni. Nasib baik ada, moh la kite try.

Murtabak daging. Suka banyak bawang, tapi bagi N rasa kuah tu tak berapa kick. Cik B kata kuah di Restoran Rafi lagi better. 

Lokasi Restoran Azo 96 ni betul-betul berhadapan Masjid Kampung Majidee. Confirm tak sesat punya. Konsep ala-ala food court, banyak kedai yang bukak sebelah malam.

Lepas cek out dari Thistle Hotel, kami ada lunch date dengan staff klinik tempat cik B selalu locum dulu. Diorang ajak lunch dekat kedai Kopitiam sebelah dengan klinik je.

Fav weols Nasi Ayam Penyet dia sangatlah sedap. First time try ni. Cik B kate dulu takde menu ni. So kalau korang mencari Nasi Ayam Penyet area JB, boleh singgah kedai Kopitiam bersebelahan Klinik Rozikin Taman Bahagia. 

Steambot cucuk- cucuk sebelah Dataran JB ni wajib singgah kalau datang JB. Rambang mata nak pilih yang mana 1. Selain steambot banyak lagi makanan lain yang ada. Jalan kaki je dari Thistle Hotel.


May 29, 2014

Review Sony Xperia Z1 Compact


Sebelum ni memang tak terfikir lansung nak ada smart phone. Lagi suka pakai handphone biase yang ada keypad tu yang tahan lasak yang boleh menaip tanpa tengok sambil drive tu. Macho giler rasanya bila buat camtu. Kan??Lagipun dah ada tab, ok la 1 untuk layan tenet 1 untuk call msg bateri pun tahan lama.

Ntah macam mana haritu handphone ( dirahsiakan identiti..hahah) bila call masuk blank, kalau alarm bunyi pun blank screen dia. Hantar gi servis, cas sampai RM300. Tak kose nak buat, pakai je la asal boleh guna. Cik B kita kesian gamaknya tengok wife dia pakai handphone cenggitu. Dia ajak la survey phone. Dalam hati nak try Iphone tapi kita tak biasa dengan iOs ni. Main kriteria, nak handphone camera pixel cantik. Kata suka selfie, harusla kriteria itu penting.

Survey punya survey. Terjumpa pulak dengan Sony Xperia Z1 Compact ni yang masa tu baru 2 3 bulan launch. Sony mmg takde masuk dalam list. Tapi sekali tengok terus berkenan weh. Kebetulan yang menjual tu pun guna sony xperia Z1. Z1 dengan Z1 compact beza pada size je. Macam-macam la dia tunjuk, lepastu die promote pun kaw kaw punya lah sebab dia guna kan. Harga pulak tengah promo murah RM100 dari asal. Disebabkan tujuan asal hanya nak survey, kita pun ok xpe.Sekali cik B cakap terus beli.Walaupun malu tapi mahu, kita tadah dengan tangan terbuka lapang. Siap cakap nanti bulan-bulan sayang bayar RM50 kat B.Kuikuikui. Thanks B, selamatlah dapat cik pinky ke tangan kita.

Panjang pulak yea mukadimah. Meh nak review pasal Sony Xperia Z1 Compact ni, apa bagus sangat ke??

Yang palinggggg utama, back camera dia 20.7mp. Kualiti yang lebih kurang sama digunakan pada camera compact diapplikasikan pada Z1 compact ni. Antara banyak smartphone, yang ini paling tinggi pixelnya.
Sejak sebulan lebih menggunakan Z1 compact ni, gambar dalam blog ni semua dari Z1 compact. Tab pun dah jarang guna, camera gabak tu lagi la berhabuk dah.

Gambar ni memang takde edit lansung. Cantik kan??Ada banyak jugak camera apps dia.

Z1 juga adalah Waterproof. Yeayyy!!Penggunaan tidak lebih dari 30 minit. Ok la kan??Bukan kita pandai selam, berenang pun tidak.Kahkah.Dalam ragu-ragu nak jugak la try test waterproof tu betul ke idak.Oh...jgn masuk dalam swimming pool berklorin ok. :)

Inilah hasilnya. Lokasi penggambaran di Thistle Hotel Johor Bahru . 


Gambar berdua pulak. Jenuh ni berapa kali cut action, almaklumlah kita tak boleh tahan nafas lelama.Ni guna selftimer 2 saat je. Kalau 10saat tu confirm tak jadi.Hahahha. Sampai pejam-pejam mata orang sebelah tu;p

Cik pinky nama diberi. Ada 4 pilihan warna - putih, hijau, hitam dan pink

Ini menggunakan kamera depan 2MP. Mentang-mentang takde orang kat pool, seronok betul deme kan.;p

Suka jugak dengan front camera dia ni nampak flawless je  muka. Takyah edit dah.Hehhe..

Bateri??So far bertahan jugak dalam sehari. Biaselah smartphone, kalau guna banyak, cepat lah habis baterinya kan.

Ini antara features yang N suka dan selalu guna. Kalau music/audio tu tak perlu disangkal la kan sony memang mantap walkman.Boleh tengok segala features dan specification yang lain di SINI.

Kalau korang tengah survey-survey smartphone, mungkin boleh masukkan Z1 atau Z1 compact dalam list. Z2 pun dah ade kan. Z3 pun dengarnya nak keluar jugak.


May 28, 2014

Breakfast dan swimming di Thistle Hotel Johor Bahru


Bercerita hari kedua di Thistle, hari cek out la ni. Taknak bangun lambat sebab harini plan nak terjah swimming pool dia yang dah memanggil dari semalam. Sebelum tu, kita kene isi perut dulu.

Suka lampu ala2 payung tu kan. Walaupun hari ini hari Isnin, ramai jugak orang yang dah turun breakfast masa ni. Thistle Hotel ni one of tempat fav. agensi untuk buat seminar or training.


Pemilihan makanan memang banyak. Ada 1 bilik penuh dengan croissant, muffin, sandwich, dessert.Dekat bahagian buffet tu bubur, nasi lemak, roti canai, pancake, yogurt, macam-macam dan semuanya sedap belaka.

Dah kenyang moh la kita ke aktiviti seterusnya.

Kolam renang memang besar dan rasanye memang concept Thistle environment kolam renang diorang sangat menenangkan umpama kita bercuti tepi pantai. Gambar ni N ambil di tangga menuju ke kolam, belakang N ialah Gym. Di gym tu korang boleh gunakan toilet dan juga tukar baju di situ.

Dalam toilet gym ni ada jacuzzi uols. Kita ambil gambar je, xde pun masuk dalam tu. 

Kalaulah hari-hari dapat santai camni, seronok beronok ronok gamaknya. Time weekdays kan, takde orang pun masa kami di pool ni. Rasa privacy la gitu:)

Sangat berpuas hati 2H1M di Thistle Hotel Johor Bahru ini. Dapat bilik view yang cantik , location hotel pun strategik,bilik dan hotel of course la suka, foods sedap dan yang penting staff dari main entrance, reception, cafe, gym,pool hingga ke manager semua lah murah senyuman dan sangat welcoming their guest. GooD!!5 bintang!! So, kalau korang datang JB or nak ke Singapore silalah check in sini ok. Ada pakej disediakan untuk ke Legoland, shuttle ke JPO dan macam-macam lagi.


May 27, 2014

Thistle Hotel Johor Bahru

Lepas cek out dari Savanah Hill Resort Ulu Tiram , kami teruskan perjalanan mencari murtabak sedap ( akan dikongsikan entry yang lain) dan singgah ke tempat kerja lama cik B.Almaklumlah orang tu setahun keje dekat JB kan cuma tak sempat merasa kerja hari Ahad. Nasib baik la tak sempat, kalau tak mau huru hara jadual kami kot.

Sempat lunch dengan kawan masa study UTM, pernah setahun jadi roomate. Hampir 4 tahun tak jumpa, orang baru balik France ikut suaminya sambung belajar. Macam-macam cerita keluar. Next, nak pergi cek in next hotel. Ikutkan plan asal , hari Ahad balik KL. Tapi dah alang-alang sampai JB tu mana sempat 1 hari je kat sana. Lepastu plan nak cek in hotel biasa je walau dalam hati ni teringin nak stay kat Thistle Jb nun. Gedik x?? Peluang bukan selalu datang gitu. Thanks cik B, belanja kite;)

Masa cek in cik B request bilik yang tingkat tinggi sikit. Pihak hotel bagi tingkat 7, smoking level katenye. Bila masuk bilik dengar bunyi orang sebelah berborak. Rupanya ada connecting door. Tapi slalu kalau connecting door pun macam takdela obvious sangat kot dengar bunyi orang sebelah kan??Ok..takpela.Ignore je. Kang memalam nak ehem ehem pepandai la control suara.Kahkahkah;p

Deluxe Room no. 726. Bilik carpeted tu. LCD Tv, queen bed dengan bantal yang banyak (ada 2 extra dalam almari) .Suka kerusi baca tu dan yang paling suka tingkap dia sepenuh dinding

Yang tepi N tu la connecting doornye. Tea making facilities, ada macam2, mini fridge, hair dryer pun ada. Meh tengok di sebalik bidai tu ada ape.

Bilik air yang luas tapi hati-hati dengan lantai tu agak licin sedikit. Ada bath tub uols. Boleh suriramram. Complete sabun, ubat gigi,berus gigi, cotton bud, towel je tak cukup ada 2 helai je. Selalo kan ada untuk face towel juga.Ni nan hado.

Shower bertutup. Exclusive tempat letak sabun dan shampoo tu. Dalam blik dan blik air diorang memang banyak cermin. Tak payah gaduh nak berebut cermin ok.


Bila bukak bidai tu, nampak la pemandangan gini. Sambil mandi boleh nampak Singapore gitu.Very cozzy suasana ni kan;)

Antara 1 faktor yang patut dipuji - ada disediakan sejadah dan tafsir. Good!!

Ada disediakan service In-Room Dining. Harga?Confirm sepinggan RM30 ke atas semuanya.

Segala kemusykilan boleh dial ' Knock! Knock!' ok. Haritu kami tanya WIFI, lupa nak tanya masa cek in. Dah masuk bilik, baru teringat. WiFI akan diconnectkan via email. Masa cek in pihak hotel akan mintak email add. Nanti dia aktifkan email tu utk linkkan ke Wifi hotel dan korang boleh guna. 

Iron and iron board per request. Ada syaratnya, lepas guna dalam sejam kene letak semula kat luar bilik. Memula Ann ingat diorang lupa letak iron dalam bilik (kita assume hotel banyak star ni mesti semua well provide) rupanya memang per request.

View waktu malam. Yea..hotel ni berdepan dengan Dataran JB. Ada KFC baru bukak depan tu. Steambot cucuk-cucuk pun depan tu jugak. Kebetulan ada karnival apa ntah. Malas bawak kereta, jalan kaki seberang jalan sahaja.

Bersambung di entry seterusnya;)

May 26, 2014

Savanah Hill Resort Ulu Tiram

Penginapan di sini diuruskan oleh makcik cik B sebab kami stay kt kenduri anak dia pun dah petang.Eh bukan petang, lepas Maghrib jugak la baru kami cek in sini. Duduk je la mana-mana hotel yang berdekatan. 

Pagi esoknya baru ambil gambar ni. Savanah Hill Resort dari cerita makcik katenye sebelum ni rumah VIP mana ntah ( tak berapa pay attention masa makcik cerita;p), lepas tu dijadikan resort. Ktorg ingat Hill la tempatnya sebab nama ada Hill kan, rupanya tidak.Kuikui.

Sempat ambil gambar ni masa datang ambil kunci. Macam rumah agam ala France gitu kan. Club House katenye tu.

Luar ala France, dalam dekorasi ala Bali. Ni umpama lobby , tapi takde orang pun.

Sebelah atas Club House, ada Seminar Hall. Tengok senibina bumbungnya tu. Klassik sangat. Masa kami datang ni ada 1 group dari Jabatan Pertanian kalau tak salah tengah seminar.


Reception area. Ala koboi pulak.Heheh.N tak masuk, cik B je masuk masa nak cek out. Assume macam office je la dalam tu kan. Kereta kuda tu hanya untuk display sahaja. Tak berjaga, kalau well maintain boleh jadi 1 tarikan jugak tu.

Ini bilik menginap kami untuk 1 malam. Chalet no.2. Ada 3 chalet je dekat sini. Sorry lupa ambil gambar dalam bilik. Masuk bilik tak sabar nak mandi bersihkan badan yang melekit seharian. Pada pandangan Ann, biase je la dalam tu. 2 queen bed, almari takde pintu, sejadah disediakan, nasib baik dah iron baju siap-siap ( takde iron), tv lama tergantung, aircond, kipas. Harga 1 malam RM100, takde breaksfast. Bagi Ann, agak mahal kalau pihak management betul-betul maintain tempat ni kasi bilik tu terjaga betul baru rasa berbaloi.

Itu pandangan chalet dari tempat parking. Ada 1 padang yang luas, patutlah ramai agensi datang buat seminar atau program kat sini. Memang sesuai untuk aktiviti riadah.

Kedepan sikit dari resort tadi, ada 1 lagi kawasan yang baru dinaikkan oleh pihak resort. Yang ni banyak bunglow, untuk accomodate ramai orang memang sesuai sangat. Tema ala English. Sayang masa kami datang ni, tutup tempatnya. Kalau tak, boleh la tengok lebih dekat. Makcik kami sewa 1 unit bungalow untuk rombongan pengantin. Bungalow 4 bilik tidur RM600 termasuk few extra bed. 


Info lanjut boleh ke blog Savanah Hill Resort

May 23, 2014

Doorgift kahwin yang unik

Weekend lepas attend kenduri di Ulu Tiram, Johor. Pengantin ada 2 pasang, adik bradik lelaki perempuan buat majlis sekali jalan. Pernah tapi boleh kira la berapa kali je attend wedding yang ada 2 pengantin ni.

Suka tengok pelamin ni. Very the exclusive look kan tapi simple. Kerusi pengantin yang macam sofa tu sesuai la sebab pengantin kecil molek.

Seronok pergi kenduri kahwin sebab tu kalau orang jemput kami insyaAllah kalau takde aral kami pasti datang. Suka suasana, suka tengok detail majlis itu.

Ni nak cerita pasal doorgift atau berkat ( kata orang jawa).

1 untuk U 1 untuk I..Persoalannya apa yang ada dalam ini??



Ada senduk ok. Ni bagi dari pandangan Ann yang first time dapat doorgif SENDUK ni. Tu yang Ann rasa unik sangat. Siap ber'ribbon' lagi senduk tu. Klasik sangat.

Selain senduk , ada 1 plastik coklat Apollo dan 1 air kotak. Doorgift kenduri kt kampung macam ni lagi meriah kan. Setuju? Boleh makan dan guna.


Ini doorgift masa kenduri kami 4 tahun yang lepas. Sibuk jugak nak share yea. Dalam tu kek bahulu yang warna warni yang sedap. Ni pakcik Ann sponsor - nasib baik la ada orang nak sponsor. Penuh rumah dengan kek ni. Ada lagi 1 bakul kami buat bunga telur tapi gambar takde. Rasa banyak yang Ann miss jugak masa kenduri dulu. Almaklumlah time kenduri haritu memang blur sungguh. Tak sabar nak kahwin katenye. Hahahaha;p


May 22, 2014

Festival Belia Putrajaya 2014


Minggu ni rasanya macam banyak je tempat ada event terutama di Putrajaya. Meriah la sana minggu ni sebab start dari esok 23/5/2014 hingga 25/5/2014 ada Festival Belia Putrajaya 2014. Ditambah dengan Karnival Jom Heboh, confirm heboh la nanti. Kalau ada yang macam tak tau nak buat ape hujung minggu ni boleh lah ke sini.

Tengok dari map floor plan event ni memang besar sungguh. Kami macam ada plan nak ke sini jugak tapi tengok lah nanti macam mana. Larat tak larat je la nak meredah.

Big Bad Wolf pun ada. sampai 95% tu diskaun. Boleh la nak tambah bahan bacaan, buku untuk anak-anak. Big Bad Wolf ni terletak di sebelah BARAT ok. 

Malam ni mana yang berdekatan tu boleh join Malam Belia Berselawat. Bagus la ada program macam ni dari asyik konsert je memanjang.

Eh..ABPBH pun weekend ni jugak kan? Dekat PICC...Boleh tengok red carpet la uols. ;p

Info lanjut layari festivalbeliaputrajaya.com


Dewan Besar dibuka untuk sewa


Sahaja for sharing kalau ada kawann-kawan yang tengah survey tempat nak buat event. Semalam Ann nampak kat Kosmo iklan ni.


Baru siap kot ni. Selalu yang baru lagi cantik lagi selesa dan lagi syok la nak ambil gambar. yealah tempat baru. Info lanjut boleh contact no yang tertera tu yea. Ann sekadar berkongsi info sahaja.

Lokasi dewan, kalau dari KLCC dalam 10 minit, dari plaza tol sungai besi 20minit. Untuk gambaran korang la kedudukan tempatnye ni.


May 21, 2014

JAKEL - Lelong Hari Buruh


Hari Buruh punya cerita dah nak sampai hujung bulan baru nak share kan. Ni kisah shopping raya yang tak berapa plan sangat pun. Hari Buruh ialah public holiday tapi cik B locum hari tersebut sampai pukul 4ptg. Asalnya memang Ann plan nak ajak shopping cuci mata tapi dah cik B kerja , malas pulak nak pergi shopping lewat petang dah la puasa hari Khamis kan. Kira macam - malas la, cancel la plan shopping Hari Buruh tu. Bunyi macam merajuk je;p

Tapi tak cancel pun. Cik B beria ajak jugak keluar. Amik hati le tu. Hihih.Pukul 5petang camtu keluar jugak kami ke Sek 7 Shah Alam. Tawakal je la sebab tau confirm sesak punya. Kalau ada parking, ada la. Jadi rezeki kami masuk je lorong situ, ada kereta keluar. Terus pergi Jakel dulu sebab konon nak cari baju Melayu cik B. Part Ann memang taknak beli dulu. Plannye masuk Jakel cari kain baju Melayu cik B, lepas tu blah.

Tapi...tapi..tapi...tersangkut jugak kami dalam tu sampai masuk waktu berbuka. Bukan baju Melayu je dapat, kain Ann siap 2 pasang , sampin pun ada juga. Memang havoc betul masa tu. Almaklumlah kami ni jarang sangat terjah Jakel, kalau ada pun bukan la time sale yang macam ni. Ini lah pengalaman pertama. Yang intertain kami pandai, bagus layanan dia.

Suasana Jakel masa Hari Buruh - masa ni pukul 6petang. Ni dekat tingkat 2, yang ramai tu tengah beratur nak membayar.

Raya tahun ni tema Merah. Yang mana 1 menjadi pilihan??Tunggu raya nanti.Bajet retis sangat;p

Sampin pun dah settle terus. Senang dah nanti time puasa tak payah nak g cari. Macam-macam jenis sampin ada dari yg RM100 sampai ribu-ribu. Kita takdela nak mahal2, pilih mana yang sesuai dengan baju dah mengikut kemampuan.

Kata staff yang intertain kami tu, memang sale untuk Hari Buruh lagi banyak diskaun dari sale biase. Maksudnye tak sama la dengan sale time puasa ke. Special untuk Hari Buruh, harga tu memang dah diskaun tapi diturunkan lagi harganya. Itu yang setiap kali sale Hari Buruh ni memang orang serbu. Ni kira tips la ni kalau siapa nak shopping kat Jakel harga diskaun datanglah masa Hari Buruh cuma sanggup ke tak je la nak sesak sesak.;)

Settle kain raya, tinggal nak menempah pulak. Raya korang tema warna ape??Ganti puasa pun belum habis lagi, sibuk cerita raya kan;p


May 20, 2014

Tempat menarik untuk ambil gambar dan beriadah


Harini mood baru pulang dari bercuti..Cuti 3hari je, dah termasuk Sabtu Ahad yang dah memang cuti. Cuti memang untuk release stress and tensen kan, untuk relax ur mind tapi kenapa balik dari cuti kita still rasa penat??Still ada tuesday blues macam sekarang ni?Ke Ann sorang je?Hahha...Tetiba rasa lenguh badan pulak ni:p

Ok..back to topic. Entry pasal cuti2 tu nanti kita share, harapnye tak peram lama la. Macam tempat yang Ann pergi ni dekat 3minggu pergi dah baru nak post. Perangai sangat suka tunda-tunda ginilah jadinya.

Mana tempat yang menarik tu?Alaaa..korang yang area Putrajaya mesti tau dah. Kalau tak tau tu, hurrrmmm.. kesian la.Hahha.Marah orang Putrajaya ke kita nanti. Kekekeh..

Ni baru nak mulakan perjalanan meniti Taman Saujana Hijau Putrajaya Presint 11

Cantik kan??Macam kat Kundasang ada, kat Cameron ke Fraser Hill pun ada. Takpayah pergi jejauh nak fefeeling amik gambar dengan pokok pine. Dekat sini berlambak, cantik sangat landskap dia. Untuk kita yang first time sampai ni memang jakun la. Kalau selalu datang, biase dah kot sampai tak heran pun agaknya.

Tinggi jugak bukit kat taman ni. Mengah jugak nak habis pusing itupun ada tempat yang kami tak lalu. 

Nampak xxxxx betapa besarnya taman ni. Kalau sesat sensorang habis la;p
Kalau terasa nak ambil-ambil gambar datang port yang belah sini tak ramai orang sangat, takdela segan.

Ni dah nak sampai penghujung, dekat dengan tempat parking. Ni memang favourite port orang photoshoot. Masa ni ada 3 4 pasangan pengantin, yang tengah buat class photography pun ada, family photoshoot pun ada.

Dekat tengah-tengah laman ni ada 1 group buat birthday party. Meriah tengok ala-ala picnic gitu kan.

Memang sesuai sangat Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya ni untuk bermacam aktiviti. Nak jogging, cycling, cuci mata, lepak santai. Kedai takde tau area ni. make sure bawak botol air siap-siap.

See...Rozita Che Wan pun photoshoot sini. Ok..jalan yang ni tak lalu pun haritu. Kene pergi lagi ni;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah