CHERITERA KAMI...: April 2014

Apr 29, 2014

Steambot Cucuk-cucuk


Kami ada habit memalam kalau teringin nak keluar amik angin malam kononnye kan sambil makan tapi taknak makan yang heavy, so pilihan yang ada ialah Steambot Cucuk-cucuk ni. Kalau cakap setambot je, orang ingat steambot yang macam Johnys tu pula.Yang tu mana boleh sikit-sikit makan. Sekali pergi memacam nak order. Eh..lama jugak tak pergi Johnys ni.

Ok..back to topic. Kami ada masalah tang part mana port nak pergi Steambot Cucuk-cucuk ni. Malas fikir, memang ke Uptown Danau Kota je la. Situ confirm berlambak sederet tepi tu banyak tinggal pilih je. Tapi masalah mencari parking lepas tu macam boring je asyik tempat sama.

Dulu ada dekat Maybank Wangsa Maju tu, Shaikh Steambot tapi dah takde dah. Sedap sos dia, mana tah pak Shaikh pergi.Kot korang yang area Kl ni ada tau mana tempat yang jual Steambot Cucuk-cucuk ni, share la dengan kami. Yang luar Kl pun boleh. Macam kat tepi Dataran JB tu kan, tu memang meriah Steambotnye.

Steambot Cucuk-cucuk Uptown Danau Kota

Typo tahap teruk


Harini Monday blues yang takde la blues sangat tapi harini rasa badan extra letih mungkin sebab puasa. Oh..bukan nak menunjukkan kita berpuasa harini tau.No..No..Mungkin ada kaitan tapi ntahla yea.Last week puasa, ok je. Sempat g taman walking yea bukan jogging 3 pusingan. Itu pun ada orang suruh kita jogging. Takde laaaaa...

Ni tengah ber'gossip' la sangat. Sembang petang kononnya sementara tunggu pukul 5 ni ha.

Seeeee...Ya Allah ni la tahap typo paling kronik ann rasa. Sebenarnye nak type KESIAN..tapi tengok jadi ape. Amerika ke Perancis ke taktau la tu ha.Adehhh....

Ada yang puasa juga ke harini?Selamat berbuka puasa yea:)

Apr 25, 2014

Bachplussize


Nak share dengan korang skirt best yang Ann dah jatuh cinta. Material cotton tapi jangan risau sebab ada lining, confirm tak jarang. Lately ni ann lebih suka pakai skirt dari seluar. Lagi senang nak bergerak, lagi ayu sopan gitu rasanya bila pakai skirt lagi-lagi skirt kembang. *ferasan*

First time pakai masa tengok Konsert Suara Kita.

Bajet artis sangat konon peminat ambil gambar kita kan.Kahkah.. Serius rasa macam princess pakai skirt ni.

Masa mula-mula order dah tinggal tak banyak warna yang ada. Takut jugak nak pilih warna putih ni sebab biasa la orang comel macam kita ni lebih prefer warna gelap. Lagi-lagi skirt, takut kotor .Tapi suka tengok orang pakai putih , nampak segak. Memang fall in love betul dengan skirt ni. Ulang pakai banyak kali pun tak kisah dah. Pakai sambil tersenyum gitu punya sukanya kita kan. Cuma masalahnya - kene iron dulu sebab cotton of course la mudah renyuk tapi skirt kot tak yah nak iron beria.Heheh.

Korang boleh terjah Instagram @bachplussize ni. Memang comel belaka produk yang dorang jual. Ann memang tak boleh la scroll IG ni confirm ada yang tersangkut punya.

Stok baru je keluar tapi tinggal 4 je warna yang available. Ni macam skirt yang ann pkai tu la. Tengah fikir-fikir jugak ni nak beli ke tak nak beli ke tak.Gatal tangan nak order ni. Tengok dekat bahagian pinggang tu getah die tebal dan stretchable. Selesa sangat.Yang bukan plussize pun boleh pakai even yg tgh preggy pun boleh kan.

Silalah terjah IG @bachplussize ni. Ada enquiry ke ape just wassap je sis Dayah di no yang tertera tu. Baik orangnya.

Selamat Shopping!!!



Apr 23, 2014

Saya Jual : Tudung Bawal Tone Emperor


Ada peminat tudung bawal tak?Ann ada jual Tudung Bawal Tone brand Emperor bidang 45.
Kalau siapa biasa dengan tudung bawal, mesti tau Emperor ni kualitinya memang bagus , senang di bentuk, kain die tak lembik sangat.

Ann ada 10 pilihan ni sahaja - yang lain dah habis dijual secara offline. Berebut orang beli 3- 5helai sorang beli. So, tinggal yang 10helai ni je.

Harga sehelai RM22 termasuk postage, kalau 3 helai RM50 termasuk postage. Yang dekat keramat, setiawangsa, wangsa maju - kita boleh COD je. Just whatsapp Ann 012-9265147.




Apr 22, 2014

Kaison KL Festival City


Lama dah tau kewujudan Kaison ni tapi tak pernah nak jejak kan kaki. Last week timbul mood nak kemas-kemas sikit kereta comel ku. Tengok bonet tu bersepah lak barang. Barang tak banyak tapi nak bagi nampak kemas. Terfikir nak beli kotak / bekas letak semua dalam tu kan. Nak cari pun senang.
Terus teringat kat Kaison ni.

Rambang mata tengok kat sini.Dari sekecil bekas sampai yang besar. Yang corak comel warna sweet yang bertutup ke tak. EH...banyak la. Berapa kali ann ambil letak ambil letak. Punya tak tu nak pilih yang mana.

Yang nak 2 in 1 - stool+ tempat isi barang. Alas penutup tu tebal dan berat. Boleh la buat tmpt duduk jugak.

Last-last pilih yang ini. Nak letak dalam bonet je pun. Ambil yang susah nak kotor yang natural. Ikutkan hati nak ambil warna pink corak polkadot tu. tapi dok dalam bonet siapa je pun nak tengok.

Macam ni la rupanya bila dah buka - RM11.90. Just nice je dok dalam bonet tu. Tak ambil lak gambarnye.
Ada jenis yang takde penutup tau, tanya je kat staff tu korang nak yang macam mana.Nanti die tunjukkan:)

Ni wall frame. Cantik-cantik gak gambar dia. Kalau jenis camni RM44.90. 

Mostly yang banyak pilihan dekat sini - box, lantern buat gantung ke hias tu, bunga plastic, stationery, curtain, alas tempat duduk. Bantal/cushion tak banyak choice.Oh..fragrance pun banyak.

Menarik la untuk yang nak deco-deco kan. Kita sebab belum ada rumah sendiri. Cuci mata je dulu.

Apr 21, 2014

Magnum Gold

Lately tengok kt FB ramai post gambar magnum gold ni.Kat rumah anak-anak buah pun dok cerita pasal magnum gold ni.Tetiba makcik dia offer diri nak belanja.Bila dok kira mau 10batang jugak nak beli tu. Siap google tengok berapa harga magnum gold ni, sebatang RM4.50.  Rasa nak tarik balik janji manis itu tapi apakan daya menyesal kemudian tiada guna.*pasghah*

Ada 1 kotak dalam tu ada 3 batang aiskrim RM13.49. Memula pergi jusco Au2 dah ambil dah. Promoter tu cakap belian RM18 keatas dapat free cooler bag. Siapa mencari cooler bag boleh pergi Jusco Au2 tak tahu ada lagi ke tak promo tu. Boleh campur memana Wall selection ke magnum .

Tak jadi beli kat Jusco tu, tergerak nak pergi Giant Setiawangsa. Nasib baik, ada promo 1 kotak tu RM11.99 Jimat RM1.50. Beli 3 kotak jimat lagi RM4.50.Kehkehkeh. Disini lah perbelanjaan bijak diperlukan. Tak fikir panjang, terus beratur bayar.


Giant promo sampai 20hb April je.Huuhuhu

Inilah Magnum Gold tu.Boleh tahan jugak la rasanya. Bahagian luar tu berlapis. Tapi haritu makan almod ke ape macam lagi sedap lagi kot. Aiskrim memahal ni kita jarang-jarang makan. Tropicana jugak tetap jadi pilihan;)

Korang dah try Magnum Gold ni??Sedap tak?

Apr 18, 2014

Sikap yang mendatangkan marah


Kisah pagi tadi pukul 7lebih, menengokkan sikap hamba Allah ni terus mood pagi Jumaat hilang kejap. Kalau kenal ni, nak jugak sound setepek. Tak tahu la siapa tuannya. Mohon jangan la amalkan sikap begini yea. 

Ni sikap pentingkan diri sendiri namanya. Biasa jumpa kat mall, kedai - ni first time jumpa orang parking macam ni dekat kawasan office. Sakit hati kita pag-pagi orang buat macam ni. 

Actually, Ann nak parking sebelah kereta myvi ni. Office ann selang 4 5 petak parking la dari sini. Masa nak masuk parking tu baru perasan kereta ni parking cam ni. Dah terpaksa la ann keluar balik parking selang setapak dari situ.

Tak tahu la kot bagi orang lain nampak small matter ke??Bagi ann ni kategori melampau namanya. Rasanya korang mesti pernah kene juga camni x??

Geram!

Menang RM600


Bukan ann yang menang, cik B yang menang dari Bank Rakyat Kempen sempena Back to School. Tak ingat beli apa ntah haritu . Alhamdulillah rezeki.

RM600 tu dia bahagikan RM200 voucher MPH ( yang ni kene buat baik kat pemenang ni, untung-untung dapat 1 2 novel jadi la kan), RM200 voucher Bata ( ni pun kene buat baik gak, dapat sandal ke macam best je) dan RM200 voucher Canggih ( ni nak bagi kat akak boleh beli barang-barang anak dia).

Alhamdulillah..rezeki! Terima kasih Bank Rakyat..Tak sabar nak gi shopping ni, excited macam kita lak yang menang kan.Ehem ehem kasi hint la kat orang sebelah;)


Apr 17, 2014

Rahman Palace BBQ dan Steambot


Lama tak layan steambot ni. Time weekend je la sekarang boleh nak JJCM , hari-hari makan nasi kita tukar selera la layan steambot lak. Asalnya mencari kedai steambot dekat Selayang - ntah baca kat mana haritu ada orang share Steambot murah dan sedap kat Selayang. Bila google, jumpa Rahman Palace ni. Lainyang dicari, lain yang jumpa kan.Tengok alamat dan landmark, ok senang cari jom kite terjah.

Inilah Rahman Palacenya. Sebelah kawasan perumahan baru nak naik. Selamba je kami walk-in masa ni pukul 6 lebih. Sebaik la awal sampai sebab ann tengok meja semua dah reserved. Ada 1 couple ni datang, terpaksa balik sebab fully reserved. Nasib baik!

Concept open air. Ann suke kedai steambot macam ni sebab berangin tak rasa terperuap kan.Cuma masalahnye kalau hujan.Huhu..

Banyak pilihan makanannya tapi kami tak ambil pun gambarnya.Kuikuikui. Takdan la nak ambil - tak sabar nak makan. Seafood , mee, lauk pauk,laksa semua ada. Sos pun macam-macam ada. Ada ABC, aiskrim.

Paru ni berapa kali tambah. Datang kedai steambot ambil lauk.Perangai!Takboleh la - kami is peminat paru ok:)


Tengok banyak ambil - semua nak rasa. Suka la ada grill ni - terus feeling macam kat korea. eh..tetiba. takde kaitan pun;p

Boleh pilih nak tomyam ke sup ayam. Kuah tomyam ni takde pedas pun. Rasa average la.

Orang baru nak start ramai. Datang awal untuk elak full.Nak datang malam, kene buat reservation ok. Ambil meja dekat dengan buffet. Senang ulang-alik.Hehehe.

Tengah makan tanya kat cik B, " Eh, tau ke berapa harga buffet ni??" Cik B geleng kepala. Haa..macam mana tu dah sedap makan baru perasan tak tahu pun harga berapa. Main terjah je.

Ni complete semua ada.Map, harga. Bagi ann harga tu standard steambot kan. Dari segi rasa tomyam tu Johnys dengan Ketam Village lagi kaw.

Lokasi : masuk ke arah Shell berkembar tepi MRR2 menghala ke Gombak.Ada Shukumvit Restaurant lepas tu ada lorong ke kiri. Dah nampak signboard Rahman Palace ni.

Apr 16, 2014

Rezeki lunch

Manager belanja 1 office Nasi Briyani Ayam Madu. Banyak gila nasi tu. Kenyang sampai malam. Ni ada yang terlelap jap lagi ni.Hehhe.

Alhamdulillah..rezeki!Terima kasih Manager yang baik hati, nanti belanja lagi yea:)



Myvi : Kereta Berbunyi


Kereta comel sy dh nak masuk 6thn dah bulan depan. Banyak berjasa kereta tu. Jauh dah perjalanan dia. Sempadan thai , sempadan singapore semua sampai dah. Nasib je Sabah dan Sarawak kene seberang laut.
Dah beberapa bulan ni , ada bunyi yang kurang menyenangkan bila bawa kereta tu lagi lagi bila lalu jalan yang tak rata, berlubang. Stress gila ok jalan sekarang ni makin menjadi-jadi pulak orang dok korek sana sini. Lepas tu tampal gitu je. Mula-mula boleh lagi la adapt bunyi tu tapi makin lama makin rasa annoying plus risau plus kesian dengan kereta comel itu.

Last week hantar servis, suruh la orang servis tu cekkan sekali. Dia cakap kene tukar SHIM KIT CALIPER. Cek kat bengkel yang selalu tu RM180 terus buat jam tu jugak. Dekat perodua servis pun ann tanya harga lebih kurang je.Mekanik tu cakap memang myvi selalu ada masalah ni. Bila ann google, ada mention kata Myvi and Viva yang old version punya. Yang baru takde masalah. So, korang yang pakai Myvi ke Viva ke apa2 la kereta Perodua - ada mengalami masalah yang sama tak?? 

Ni la rupa Shim Kit Caliper yang telah digantikan. Simpan buat kenangan;p



Proses menggantikan caliper, dia letak gam ke ape benda tu die salut bagi xde noise. Yang menyebabkan bunyi tu sebab caliper tu dah haus, so bile berlaga tu yang menghasilkan bunyi. Betul la kot rumusan ni.Heheh.

Kalau nak save bajet pun boleh buat sendiri - Klik SINI .

Baru la sedap bawa siap drift lagi, no more bunyi. Macam kereta baru meh*wink*

Apr 12, 2014

Shopping Jumaat


Waktu lunch kt office ann hari-hari still 1jam jugak 1pm-2pm. Jeles tau tengok orang yang rehat sampai 2 jam lebih hari Jumaat. Confirm panjang je langkah korang kan. Kalau ann silap-silap boleh balik rumah, golek tidur bagai. Almaklumlah rumah dengan office 10minit je.

Tadi dapat keluar awal kul 12 sebab nak shopping barang office. Dulu masa mula-mula kerja staff tak ramai,kite g beli sensorang je barang office ni lepastu stok pun tahan lama sikit. Sekarang staff makin bertambah, ada la geng nak gi barang office dan barang pun bertambah la nak membeli. Tisu je dah berapa roll, gula-gula, coklat, barang cuci-cuci.

Shopping kt Carefour Wangsa Maju ni je, dekat . Tadi pun tak ramai orang. Tak payah beratur panjang dekat cashier. Save waktu lunch boleh makan dengan tenang, kalau tak kene rush. Tak elok ambil kesempatan kan..kan.Hehehe..

Korang lunch hari Jumaat selalo lepak mana??Ke sama dengan ann rehat sejam jugak?

Cuba teka berapa ringgit semua ni?

Apr 9, 2014

Projek Hijab


Kalau ada yang nak menyumbangkan tudung lama yang masih elok , tudung baru lagi la dialu-alukan. Boleh la contact no.phone yang tertera tu.



Tadi ann wassap Sue tu dia cakap kalau yang berdekatan dengan merbok/ Sg.petani boleh bagi direct ke dia. Klik FB admin untuk info lanjut.

#Update - nak sumbangkan pakaian - baju kurung, jubah pun sangat dialu-alukan.

The more you give, the more you get back. Power of Sadaqah . InsyaAllah....

Apr 8, 2014

Best K-Drama : Emergency Couple


Semalam kami settle tgk sampai ke final episode cerita Emergency Couple ni. Dah akhir baru sibuk nak cerita kat sini kan.Kui3. Bagi yang minat layan korean drama ni, memang disuggestkan la tengok. Kalau yang layan running man tu lagi la ann suggestkan untuk tengok . Kenapa??Sebab ada Song Ji Hyo. Comel je Ji Hyo berlakon.


Total 21 episode. Genre drama - Comedy, Romance & Medical drama. Tengok tajuk pun tau dak. Emergency couple berlakon banyak scene kt Emergency Department. Cik B pun terjebak sama. Kalau ada scene tengah rawat pesakit ke scene cemas dekat wad tu mula la ann tanya memacam kat die. Pernah ke face benda-benda camtu. Kalau part diorg treat patient tu, betul ke cara camtu.

Kirenye dalam bergelak sambil layan romantic tu boleh la tambah knowledge plus dapat la imagine kan camne situasi dekat Emergency Department tu ( bayangkan laki sendiri dok lari sana sini lepas tu mengadap pesakit yang bermacam ragam , lepas tu jadi la kesian kat laki sendiri)

Jadinya, bagi yang belum tengok ce la korang try search je dekat google tu ada banyak link . Dekat tv tak keluar lagi. Happy watching!:)

Apr 7, 2014

Cheetah Plus Size


Untuk yang saiz comel-comel macam kita ni memang nak mencari baju plus size yang cantik, selesa dan yang penting harga yang affordable tu agak susah. Bukan nak kata takde yang menjual, ada tapi depends pada kriteria pemilihan masing-masing. Ada yang tak kisah, main rembat je. Macam ann, sebab badan dah comel kita mesti la nak cari baju yang boleh menyembunyikan segala lemak-lemak yang ada dan yang utamanya penampilan kita tu terjaga. Tak mengharap orang memuji kita, tapi kita sendiri pakai rasa confident gitu.

Sejak menjak ni pun dah makin ramai online seller yang jual baju untuk plus size sebab permintaan memang tinggi. Dari facebook ke instagram tu macam-macam fesyen ada. Kalau tak fikir duit, memang lebur sahaja. Kuikui. Tapi ada jugak yang susah nak beli online sebab prefer boleh pegang sendiri produk tu, boleh cuba kan belek-belek bagai.

Jadinya, untuk yang mencari-cari baju plus size kt shopping mall tu boleh la jengah-jengah area Cheetah. Selalunya dekat Jaya Jusco lah. Dekat tempat ann ni ade 2 Jaya Jusco yang berdekatan. Tapi selalunya pergi JJ Wangsa Maju sebab macam meriah lagi.Hehhe.

Nak tau Cheetah Plussize yang mana??Dekat hanger dan tag baju tu ada tulis Plus Size. Ann pun kebetulan haritu perasan, so kalau tetiba gatal tangan nak usha baju pergi terjah situ dulu. lambat update stok baru tapi setakat ni 4 helai jugak la dah beli. Tshirt pun ada tapi kain dia xberapa sedap.

First baju yang Ann beli di Cheetah Plus Size hampir setahun yang lepas.

Ala-ala macam 2 pieces blouse, macam pkai cardigan pun ada. Baju belah dalam tu ada ropol2 bawahnye sekali tgk macam baju tidur tapi lantakkan aje di situ.Pinkan di tengah dah tak nampak dah ropol2 bawah tu yang penting I is SUKA!

Dok ulang pakai banyak kali kejap dengan seluar kejap dengan skirt..Selesa sangat!

Koleksi kedua dari Cheetah Plus Size. Ni pun favourite jugak lagi-lagi waran hitam kan. Nampak kurus tak?Kukui..Hitam senang nak match tudung dan skirt warna apa pun. Material dia lain sikit dari yang first tadi tapi still ulang pakai.

Tak payah risau renyuk ke apa. Sumbat je dalam bag. 

Koleksi ketiga - ni pelik designnya tapi kata nak up to date sangat. beli jugak. Selesa je pakai cuma material yang belah belakang tu kene iron sebab mudah renyuk.

Nampak tu belah belakang warna lain material lain, belah depan warna lain material pun lain sama dengan tangannya. 

Ada lagi 1 blouse tak amik pulak gambar, beli masa promo 50% dapat la RM30++ . Tipsnya membeli waktu SALE baru puas. Normal price dalam RM90-RM100 jugak la. Kalau ada less pun untuk baju macam dalam gambar-gambar ni around 20% camtu.

Tak sabar tunggu Cheetah Plus Size keluarkan design baru uang havoc dan cantik-cantik lagi.Anyway, kalau korang ada tempat shopping plus size lain, share le. Next next entry ann share lagi yea pasal shopping ni;)


Wangsa Grill


Last week ade orang tu blnje kite. Dia cakap tak yah la masak , nanti pergi dinner somewhere. Bile tanya, dinner mane??Ada laa...pakai jangan selekeh sangat. Amboiiii...selama ni kite pakai selekeh ke??Ish3...sbaik la orang nak belanje, tak jadi nak merajuk kang sendiri rugi.

Rupanye dia nak belanja kita kt restoran Chef Zubir ni. Sejak bukak haritu, teringin jugak nak merasa. Chef ni dok komen je kt Masterchef tu  sedap ke masaknya. Silalah buat reservation dulu sebelum datang , full sentiasa tempat ni.

Pose wajib di mana-mana. Yang peace tu tentulah senang hati, ce tengok muka orang belanja tu pasrah je la;p

Dapur transparent. Boleh nampak abang-abang ( sebab semuanye lelaki) tengah beraksi dengan senduk kuali pinggang mangkuk. Boleh tengok kemas bersihnye dapur tu. Komited dan efficient sungguh diorang ni dari yang menyambut ke yang mengambil order dan cashier.

Oreo Milk Shake ini adalah SEDAP!Makan tak sampai lagi rakus sungguh minum rasa nak habiskan - RM9.50

California Strawberry RM7.50. Dah kalau ada strawberry mesti rasa masam2 sikit.

Chicken Burrito RM15.50.SEDAP SEDAP! Ni share 2 orang, merasa la sorang 1 kalau tak mau berebut. Macam chicken wrap tapi ni lagi lembut, juicy, sos keliling tu sampai menjilat2 dibuatnye.

Macaroni Pollo (panjang lagi namenye tak ingat) RM24.50. Siapa yang nak makan pasta versi pedas boleh la try ni. Takla pedas sangat tapi rasa la cili api tu. SEDAP!!

Punya la curious tengok meja orang sebelah - " Eh orang tu order ape eh sampai pinggan panjang camtu." Sekali dapat kat sendiri punya. Ni ialah Marbled Chicken Chop RM29.50. Yang 4segi tu chickep chopnye. Yang tepi tu ayam bersalut cornflakes, sayur dan egg tart. SEDAP SEDAP! Chicken chop itu sangatlah lembut ktorg tak tau la camne die dpt daging ayam yg compress camni tapi should try la menu ni.

Total RM95++. Sangat sangat sangat puas hati. Kene la tema dia masakan 5 bintang tapi harga 3 bintang. Kalau kat hotel ni mau dah beratus gini lepas tu portion mesti kecik lagi. Haritu kitaorang bajet nak singgah kedai char kuea tiau la ape la. Takde maknenye, tersandar kekenyangan memasing.

Ucapan puas hati kononnye tu. WELL DONE!Lain kali boleh blnje lagi yea.Hehehe..


WANGSA GRILL
8-10 JALAN DATARAN WANGSA
WANGSA MELAWATI
019-610 5783    012-699 5417

Apr 4, 2014

CEO The Movie



Akan Datang 12 Jun 2014 ni. Kene mark calender siap2. Peminat Beto ni. Suka tengok dia berlakon, cool je. Hehehe.Hopefully movie ni tak mengecewakan.

Antara best drama yang dia berlakon , Aku, Dia & Tong Sampah.

Klik Like Fb CEO The Movie

Apr 3, 2014

Last Day di Clearwater Sanctuary


Kalau tengok gambar yang ada, banyak nak share. Yang dari tab pun takdan transfer. Tengok pada yang komen pun ramai yg berminat dan tertarik dengan tempat ni. Try la pergi, insyaAllah puas hati punya.

Untuk breakfast biasa je. Tak banyak pilihan , rasa pun biasa je.

Breakfast di Club House Clearwater Sanctuary. Kalau rasa nak berpeluh pagi-pagi boleh la jalan kaki dari bilik or tumpang buggy car. Kalau tak, naik la kereta dan park di tempat yg disediakan.

Dalam mangkuk kecik tu adalah sup dan ianye sangat sedap!:)

Lepas breakfast sambung main aktiviti semalam yang xsudah tu. Bawah ni ann share random photo je la yea.

Di tepi swimming pool

Tepi tasik cuma tak sampai tengah tasik je. takde pulak boat nak naik. Tapi ada guest yang bawak boat sendiri pergi tengah tasik untuk memancing.

Kene repeat balik ni pakai baju molek2 kasi photoshoot gempak sikit. Lawa view ni.

Ni amik tengah hujan renyai ni. Ada 2 beranak kat belakang tu tengah tunggu mancing, pasrah je la tgk kita posing tengah hujan kan. Nampak tu batang mancing memasing. Katenye ikan jala ke ape ntah namenye. Tapi ada la hasil tu.

Ni deret chalet berdepan dengan chalet kami. Yang belah ni sedap sikti utk mancing sebab tasik belah ni dalam dan tak banyak teratai.

Depan Club House - simbolik lombong timah. Besar betul benda ni. Kalau malam ambil gambar kat sini, cantik tp sebab malam ritu hujan. tengok je la.

Sampai sekarang teringat-ingat lagi tempat ni

Tips :
1. Prepare ubat nyamuk - haritu pasang la tapi tak tau la kot nyamuk memang xde ke ape kan. Tidur dengan lenanya:)
2. Stokin - kot tak tahan sejuk memalam.
3. Stok makanan , nak buat BBQ pun boleh, nak masak bawak dapur sendiri.
4. Untuk kaki pancing - jangan lupa joran. Ada boat pun boleh bawa sekali.
5. Nak swimming makesure prepare swimming suit yea.
6. Nak beraktiviti tu better standby sport shoes. Kalau staff tu ok, lepas la kome.Boleh jogging jugak pagi2 tu.Nyaman!

Clearwater Sanctuary Golf Resort
Jalan Changkat Larang, Batu Gajah Perak
05-3667433

Note : Exit Simpang Pulai lagi senang lepas tu belok kiri yea terus je nanti korang nampak la signboard die ada je tepi2 jalan tu. Cari kat waze pun jumpa punya. Dalam 15minit dari exit Simpang Pulai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah