CHERITERA KAMI...: March 2014

Mar 31, 2014

Saya Jual : Inner Magic

STICKY POST!!SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY

Inner Magic ni rasanye ramai dah yang tahu kan kewujudannye. Sekarang dah macam-macam magic ada. Sampai jadi fenomena pulak.Cewah..Nak berterima kasih la pada yang memperkenalkan Inner Magic ni sebab sangat membantu orang macam ann jenis muka bulat supaya bila pakai inner tu tak nampak sangat la kebulatannya.*pasghah~

Lama dah ann stat pakai Inner Magic ni dari beli untuk diri sendiri ada pulak yang berkenan nak order, terus la ann jadi penjual Inner Magic. Bagi ann kita jual apa yang kita suka , kita pakai atau guna. So, bila menjual tu kita senang la nak promote/ terangkan kalau orang tanya itu ini kan.

Pernah ann g Masjid Jamek mencari stok Inner Magic konon senang borong terus kan kalau beli online kang charge postage lagi. Hampa weh tak jumpa kain yang memenuhi kriteria dan baru la ann perasan rupanya banyak sangat dah clone Inner Magic ni.Macam-macam kain. Ni masa ann pergi dulu la sekarang tak tau la camne pulak stoknye.

Jadinye, ann nak recomend la kat korang Inner Magic yang pada ann, ann suke!Kalau yang first time try mesti soklan biase Magic sangat ke Inner ni???Haa...nak tau, kene cuba dulu la.Kekeke.

Dalam koleksi ann sendiri , ada lebih 10 warna. Kalau pergi bercuti, bawak inner yang lebih, main tukar2 inner je. Tak perlu nak pakai anak tudung tu yang best, inner tu pun bukan jenis yang buat tak sakit kepala. Selesa la jadinye.

Siapa-siapa yang nak cuba, nak tambah koleksi yang ada, boleh la order dekat ann.Segala komen baik-baik ni dari review ann sendiri mungkin bila korang pakai reviewnya tak sama. Takpe, meh cuba dulu!Heheh..Harga baik punya. Whatsapp je ann 0166267246.

Availability warna sentiasa bertukar-tukar bergantung pada stok terkini. Whatsapp untuk info lanjut.

Meh la order:)

# Boleh COD area Wangsa Maju, Keramat

Yong Tau Foo Kampung Pandan

Peminat yong tau foo boleh la pergi try makan dekat Kampung Pandan ni. Ann rasa kedai ni dah lama dah popular tapi kitaorang ni biase la ada kes ketinggalan jugak. Ann memang pernah dengar orang cakap pasal kedai ni tapi sebab tak tau kat mana takde pulak nak mencari bagai. Haritu kebetulan tersalah jalan, terjumpa la kedai ni.Ada hikmahkan salah jalan tu.

Dibuka dari 10pagi hingga 9malam  setiap hari kecuali Jumaat. Yong tau foo ni bergantung pada kuahnye kan. Kalau sedap, sedap la ianye. Yang dekat sini, sedap ke xx??Semestinye SEDAP. Ramai jugak masa ann datang haritu.

Kat sini diamalkan konsep LAYAN DIRI . Segala yang kene celup/rebus tu buat sendiri, angkat sendiri. Ann haritu sebab tak tau kan, pilih2 terus tunjuk kat akak tu macam kita buat kat pasar malam tu padan muke akak tu ketat je tengok kita.Hoho.Sori kak. Kita first time, excited nak makan sampai tak pasan sign punya beso tulis Layan Diri.



Besau sign LAYAN DIRI - Tunggu & Angkat

RM7.70..Nampak tulisan nombor tepi tu die tulis harga kita la. Senang kan dan ann rasa standard la kot harga dia. Kuah itu SEDAP. ada letak bijan dan bawang goreng. Kalau nak sup, pun ada.

Fokus pada air kelapa itu - SEDAP! Sila lah order. Gelas besar, kongsi berdua. Mengah nak habiskan.

Lokasi - Masuk jalan ke Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan yang popular tu, terus je ke depan akan nampak kedai ni sebelah kanan. Nampak kereta, motor banyak..situla dia.

Mar 28, 2014

Dari Jantung Hati

Surprise di petang hari Jumaat yang lepas. Dari Jantung Hati katenye. tq LoVe!!

Mar 27, 2014

Menang Glassware


Ni bukan kami menang hadiah Glassware tapi nama satu kedai ni Syarikat Menang Glassware. Kawan ofc la dok cakap murah jugak barang pinggan mangkuk periuk kat sini. Alang-alang haritu pergi Chow Kit, singgah la sekali. Memang nak survey pemanggang ajaib tu. Orang lain dah berapa puluh kali guna pemanggan ajaib tu kot, ann belum ada 1 pun. Sejak menjak ni suka masak grill kalau guna pemanggang tu cepat la masaknya cuma orang cakap rasa tu xsesedap kita grill biase . yea ke??siapa pernah guna??sila bagi komen korang pasal pemanggang ajaib ni.

Pemanggang Ajaib paling kecil RM129


Besar RM168

Ni boleh kukus bentuk bulat RM149.80

Sori..gambo gegar tapi nak jugak selit Waffle Maker RM138.90

Paling besar boleh kukus, steam, goreng, grill semua la ni RM237.50

Semua yang kat atas tu dalam koleksi Ikan 5 beradik namanye. Comel je kan.

Nak tau cawangan Menang Glassware, koleksi yang ada..boleh klik SINI

# Korang guna pemangang ajaib brand ape?Ok x??

Mar 26, 2014

Kedai Bunga Vivian - Barang Kahwin Murah


Kisah meneman kawan cari bunga telur katenye nak hadiahkan untuk sepupu nak kawin. Asal plan nak pergi Jalan TAR lepastu Ann saja la google terjumpa review Kedai Bunga Vivian dekat Chow Kit. Memang ramai la yang recommend kan kedai ni sebab murah. Murah, banyak pilihan dan service bagus.

So, ke Chow Kit la kami last weekend. Wuish..lama giler tak pergi Chow Kit. Nak parking 1 hal lepastu panas, sesak dengan orang-orang yang bukan warga Malaysia tu lagi memang banyak kali fikir kalau nak pergi situ.

Location Kedai Bunga Vivian ni dalam pasar basah Chow Kit. Cari Muratabak Ana ( yang sedap katenye tapi xsinggah beli pun ) sebelah dengan Balai Polis Jalan Raja Bot, masuk simpang dekat sebelah gerai muratabak tu, turun tangga, belok kanan dan jalan la terus sehingga jumpa kedai bunga.

Selamat Datang ke Kedai Bunga Vivian. Kecik kedainya tapi bagi ann complete la kalau nak cari untuk barang kahwin kenduri bagai tu. 

Bermacam-macam pilihan bekas telur/gula-gula. Harga bergantung pada kuantiti.

Bunga telur pun cantik comel juga. Haritu kawan ann beli 50pcs RM1.50 design yang lebih kurang atas tu. Murah la kalau kedai biase mau 2-3ringgit.

Bekas hantaran cantik-cantik.

Suka dengan bekas ni. Boleh buat dulang hantaran , nak buat deco-deco kat rumah pun boleh.Mula-mula ingat nak beli boleh letak buah ke ape kan tapi tak jadi tapi sekarang rasa nyesal lak tak beli.Pfttt...

Bakul bermacam jenis

Ni towel untuk buat gift. 1 bekas tu ada 20pcs, RM0.60 per pcs yang kawan ann beli mcm warna hijau tu.

Total 50pcs bunga telur + 60pcs towel = RM110. Murah kan?

Servis pun bagus. Pekerja diorang sungguh melayan kita kalah kedai yang besar-besar kita pergi tu kadang pekerja buat tak endah je.Yea dak??


Mar 25, 2014

KL Bird Park


Dok godeh2 hard disc ni jumpa folder gambar pergi KL Bird Park few years ago. Tak pernah lagi share dekat sini. Basi pun basi la mana tau boleh buat rujukan nanti:)

Siapa yang ada anak-anak yang tadika  tu mostly kalau aktiviti lawatan mesti pergi sini kan??Tapi kalau dapat pergi sekeluarga la syok. Memula pergi macam rasa kanak-kanak pun yea, rasa macam buang tebiat pun ada jugak. Macam dah takde tempat lain nak pergi. Tapi bila dah masuk sini. Seronok! lagi-lagi kami pergi haritu masa hari bekerja, orang tak ramai. Tenang la sikit cuma panas je la.

KL Bird Park dikenali juga sebagai Wold Largest Free-Flight Walk in Aviary sebesar 20.9 ekar. Ada pelbagai jenis burung dekat sini yang tak pernah jumpa kebanyakkannye yang selalo kita tengok dalam kamus bergambar tu je zaman sekolah dulu;p


Harga tiket dan waktu operasi. Terdapat juga Hornbill Restaurant & Cafe dalam ni boleh dine in atau nak buat any event juga di situ.

Sebelum memulakan pengembaraan bersama burung, study map dulu boleh bayangkan betapa besarnye tempat ni. Kene kumpul energy dan stamina lebih ni. 


Tengok dekat-dekat besar jugak paruh tu kalau kene patuk, mau bengkak. Tak tau la die patuk orang ke tak. Hye burung kenyalang. Eh..burung kenyalang dengan burung enggang sama eh??Tadi google pasal kenyalang, ada yang cakap sama.

Ni taktau burung apa namenye??Siapa boleh tolong berikan jawapan??Tapi takde hadiah la, untuk pengetahuan bersama je.Hehhe.

Aku ingin terbang tinggi seperti Elang.Hi elang!Elang si gagah perkasa. Jangan main-main ha.

Bila tengok ni macam kat kampung pulak cuma kat kampung takde la burung Merak tu. Banyak tau burung merak lepas bebas. Siap bleh main kejar-kejar lagi. Dok tunggu je bila die nak kembangkan ekor dia yang cantik tu.

Ostrich pun ada jugak. takut nak dekat-dekat sebab dia dok gigit pagar besi tu, sat g kang die tengok kita ni macam sedap je daging kan. Tak pasal-pasal pulak nanti.Huhuhuh.

Ingatkan flamingo dengan swan rupenye bukan. Flamingo dgn swan paruhnya pendek je. Ce tengok yang ni paruh dia panjang nau kan. Yang kaki panjang tu namanye Yellow-billed Stork.

Meh blaja nama Burung-burung air yea adik-adik.

Scarlet Ibis ni yang menarik perhatian sebab warna dia cantik. Comel je tengok dia main sorang-sorang.

Jom masuk World of Parrots pulak. 

Banyak jenis burung kakaktua ni. Ada warna merah, peace, putih.Bentuk pun macam-macam.

Bagi makan kuaci. Laju gile diorang makan siap kopek kulit lagi. Kita yang makan guna tangan ni pu terhengeh-hegeh. Besar sungguh ciptaanNya kan. Tak terjangkau dek akal.

Dia mai lompat kt tangan pulak. Seriau sebab terasa grip kuku dia tu.Adeh. Neves i tau. Kang buatnye die geram, taknak lepas. Camne??Haaa..dalam nervous tu seronok jugak pengalaman ni.

Penghujung sekali ada air terjun yang cantik ini. Luas lagi tempat ni. Nak ambil gambar setiap section tu memang banyak.Seronok kalau pergi dengan anak-anak kan. Nak pulak yang banyak tanya tu siap je la jawapannya. 

So, siapa yang takde idea nak pergi mana cuti sekolah ni dan tak pernah datang sini. Bawak la anak-anak korang datang ke sini. Yang nak datang dating pun boleh macam kami.


Mar 24, 2014

Restoran Selero Nogori Jalan Gurney Dato' Keramat


Saja nak bagi idea kot korang mencari tempat lunch hari Jumaat kan lunch panjang.Korang la.Ann tetap hari-hari lunch time 1jam je.Sedeyyy.*sob3.Lunch hujung minggu pun boleh. Sekarang air tengah kene catu ni, memasing tak masuk dapur yea dak.Main lauk tunjuk je.

Sama kes ni pergi keluar mana ntah haritu, bila sampai tang makan je mesti blur. Kita nak makan mana eh??Kita nak makan yang camne??Western ke lauk-lauk ke?cik B cakap nak makan nasi lauk2, ok kebetulan lalu dekat Jalan Gurney ni. Ann pun ajak la try kat Restoran Selero Nogori ni. Lama dah tau kewujudannya tapi tak pernah singgah pun.

Ni menu yang kami pilih.Dia buat hidang tau.Masa order tu korang cakap nak lauk ape, nnti die amikkan dan hidangkan macam ni.

Ada la 2 3 meja penuh. Boleh nak pilih makan luar ke dalam. Yang belah dalam tu banyak barang-barang antik.Masa tengah makan tu orang keep datang dan pergi.Maksudnye tempat ni menjadi pilihan juga cuma tak crowded je. Tu pointnye, kalau rasa nak makan dengan aman taknak tempat sesak tapi makanan sedap boleh la try sini.

Tema menu dia Masakan Padang dan Nogori. Tak pedas sangat tapi ada rasa. kami siap tambah sepinggan nasi lagi. Dari segi harga tu mahal la kot.Total ann kene haritu RM40++.

Teh Botol pun ada kat sini.Teringin nak try tapi tak berani takut rasa pelik. Tapi orang cakap Teh Botol tu sedap, eh??  


Alamat : Jalan Gurney, Dato' Keramat (Waktu operasi 10.30pagi - 9 malam)

Mar 21, 2014

Keropok lekor rebus


Cik B ada pesan keropok lekor kt kawan die blk kampung Terengganu. Bape kilo ntah pesan tapi penuh la fridge kt rumah tu, puas makan dok layan keropok lekor ni nak pulak yang penuh je isi ikan kan. Takde yang kalau dekat sini tepung je banyak tak pun yang rasa tawar tu - tak tau ikan p manenye ntah.

Kalau goreng, kejap je msk dlm minyak panas golek2 pastu angkat. Makan panas-panas tu wuish berebut siap cecah dengan sos die bagi skali. Tapi rupenye makan rebus camtu pun lagi sedap, betul2 kuat rasa ikan die. Ni memang kene makan panas-panas, kalau dah sejuk tak sedap.

Nampak je banyak ni, kejap je habis licin. Kenyang takyah makan nasi.

Sos cecah ori dari ganu pekat, sedap!

#Rasa nak pergi Terengganu lagi la

Mar 20, 2014

Matta Fair 2014


Sejak kahwin memang Matta Fair ni kami dah mark dlm calender siap-siap. Setahun ada 2 kali on March and September. Tapi takde la setiap kali Matta Fair tu kami pergi, tengok pada keperluan dan kehendak tu yang kene dikawal sebenarnye.

Macam weekend baru ni memang takde target sangat la. Kalau tahun lepas Matta Fair bulan 3 kami dah survey untuk Sabah for anniversary bulan 9. Tapi tahun ni memasing blur tak tahu nak pergi mana. Tapi akhirnya keputusan telah dibuat dan dah pun book tiket. Ke mana??Kene tunggu la bulan 9 nanti. *tak sabar lak kite;p

Keadaan jam10pagi. Kaunter tiket bukak dekat2 pukul10pagi tu yang sesak panjang beraturnye nak menunggu kaunter bukak. Kalau korang tak nak penat beratur panjang, tak perlu la datang awal. Tapi masalah lagi 1, kalau datang lambat nanti parking pulak susuh. Bagi kitaorang, dari menapak jauh better beratur kejap je pun.harga tiket RM4 seorang.

Takde la pun beli promo Club med tu.Lalu je. Bila datang takde target, memang rambang mata nak pergi situ la nak yang itu yang ini. Tu yang ann cakap kehendak tu perlu dikawal.Sebaik la cik B berjaya mengawal sang isteri ini. 

Sampai 2 hari kami pergi. beg pink hari Sabtu, beg Biru hari Ahad. Bertambah lagi koleksi woven bag kat rumah tu. Sebab pergi 2 hari???Sabtu tu untuk kami survey, amik segala broucher yang menarik, balik rumah google survey lepas tu decide. Bile dah confirm dah buat kira-kira , tu yang hari Ahad tu datang balik. Datang terus target booth mana, beli lepastu blah la. Tak yah nak tengok kiri kanan dah kang ada yang tersangkut.Kalau malas nak datang semula, boleh la duduk bersila kat tepi2 coridor tu lepas tu berbincang elok2 nak amik promo yang mana jangan bergaduh lak. Kami pernah la sekali dulu dok tepi coridor tu discuss tapi time tu tak banyak pilihan, yang kali ni macam banyak pulak pilihan. So, kene balik rumah berbincang dalam keadaan yang lebih selesa gitu.

Yang ann perasan dah beberapa kali Matta Fair pergi ni few hotel yang kerap join :
1. Thistle Hotel - RM280 ( Thistle PD ) , RM299 ( Thistle JB)
2. Flamingo Hotel Penang - RM338 ( 3D2N stay) 
4. A-Famosa resort - tak tengok pulak tapi memang ni selalu ada promo time Matta Fair
5. Mount Heritage Resort & Spa Kundasang  - RM200 (harga sama thn lepas kami beli)
Ni antara yang ann ingat dah perasan dan singgah.Harga tu lebih kurang la kalau tak silap yea.Yang pasti harga jauh lebih murah dari normal rate. So, kalau korang ada plan nak pergi antara hotel-hotel ni boleh la standby untuk Matta Fair bulan 9 nanti.

Grand Lexis first time join memang ramai la orang kat booth dia tapi kami tak beli pun. Simpan untuk akan2 datang.Hehhe.

Anyway, ann nak kongsi tips membeli di Matta Fair :
1. Yang paling penting kene tanya/tahu validity voucher untuk hotel atau pakej yang korang berminat tu. Mostly buat 3 bulan dari tarikh Matta Fair meaning sampai end of Jun. Ada tu sampai sebelum next Matta Fair bulan 9. Ada jugak yang setahun dan ada yang baik hati cakap sampai bila-bila. Dari situ korang boleh plan la nak pergi agak-agak bila supaya voucher tu tak burn or ada yang certain tu dia baik hati lagi dia boleh tolerate sambungkan validity tu.
2. Payment - kami selalu akan tanya payment full ke deposit??Yang hotel-hotel ternama ni selalunya dia akan suruh bayar full bagi elakkan korang burn voucher tu kan. Bawak duit lebih sikit kot la nak beli terus kan kene bayar full payment pulak.Ada yang terima kad kredit so dun worry.
3. Harga low-season/peak season - kene double confirmkan dengan pihak hotel tu harga dalam broucher yang tertera tu untuk semua season atau x?untuk weekend and weekdays ke weekdays je? Ada yang provide complete broucher, siap buat jadual harga weekend, weekdays untuk setiap bilik.Ada tu dia tulis 1 harga je. So, kita kene confirmkan.
4. Room type -ann selalo akan tengok room type utk promo tu ape. Mostly diorang bagi promo Superior room or Deluxe Garden View or type bilik yang biasa-biasa. Kita tanya la boleh upgrade x??Ada yang free upgrade. Tu yang syok dengarkan, boleh terus book siap-siap bilik feveret korang. Ada tu kene surcharge tambah RM50 ke RM70 camtu.

Itulah antara tipsnya. Bila pergi sini jangan rush sangat. Tanya je segala apa nak tanya kat yang menjaga booth tu. Diorang pun baik-baik belaka melayan. Dia pun takde nak marah buat muka kalau kita tanya lepastu tak beli. Time ni la pun diorang nak promote hotel/pakej memasing kan.Bagi kami, Matta Fair ni sangat membantu untuk kita yang suka bercuti tapi dalam masa yang sama nak berjimat.

Pray for MH370

Mar 19, 2014

Wong Solo Kampung Baru


Lately banyak pulak entry makan-makan ek.Bertabah je la scroll blog tengok macam-macam makanan sambil telan air liur.Heheheh. Kali ni nak share tempat makan yang SEDAP di KUALA LUMPUR. Sedap yang tak boleh di sangkal sebab ramai yang setuju. Siapa yang tak setuju tu kita tak geng r;p

Sampai selepas Maghrib , masjid depan je kalau nak singgah solat dulu pun boleh. Neves ni sebab ann yang ajak cik B makan sini. Siap tak makan la siang tu sebab nak dinner berat ni kan. Oh, ni first time ok kami datang makan kt Wong Solo. Kitaorang ada part memang lambat kalau advance tu advance sangat pulak.Kui3. Dah la cik B boleh cakap, tengok macam kureng je tempat ni sebab masa sampai ni tak penuh pun orang. Wuisshh..lagi cuak iolss sebab kita yang ajak, orang tu pulak mmg tengah lapar betul.

Tak belek sangat pun menu confirm2 la Ayam penyet yang di order plus Balado Petai.

Tak sabar nak makan ni. Bismillah....suapan pertama yang membawa ke suapan tanpa henti sambil angguk kepala sambil senyum. SEDAP SEDAP SEDAP!! Sambal dia memang kaw, pedas tapi sedap yang mintak ditambah lag. Nasi pun sedap, tak tau dia guna beras ape sampai mintak tambah nasi kitaorang dibuatnye.

BALADO PETAI ini janganlah lupa untuk order yea. Terbaikkk!!Banyak jugak la untuk 2 orang makan tu yang sampai tambah nasi tu, tak baik membazir kan.Hahha.

Ni sambal yang sedap tu, dia letak dalam balang kt setiap meja. So boleh tambah gitu je. Kicap tu xpandang dah. Apa barang makan ayam penyet dengan kicap kan *berlagak;p

Licin bo liau.Nampak tak berapa pinggan tu.Ish3..siapa la yang melantak ni. Oh, air mineral tu akan dapat setiap kali korang order ayam penyet. Nak jimat, tak payah order air sebab nanti dapat air free.hehehe.

Mengah giler makan malam tu . Kami siap jalan-jalan tu baru balik ke kereta nak hilangkan mengah punya pasal. Lepas ni kene kawal la nafsu makan bile masuk Wong Solo. Maybe next time boleh order Ayam Bakar pulak tapi suke ayam penyet. Kalau order 2-2, tamak x?;p

Waktu operasi  dan cawangan-cawangan Wong Solo. Siapa yang tak pernah pergi tu, silalah pergi dan nikmatinya. Kalau yang dah pernah pergi tu, korang setuju tak makanan dia sedap??Menu apa lagi yang menarik kt situ??

#Malam ni nak pergi makan lagi kt sini dengan kawan-kawan juga. Jom!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah