CHERITERA KAMI...: February 2014

Feb 28, 2014

Contest tamat - Terima Kasih!!!


Tamatlah sudah Visit Malaysia Contest 2014 yang kami anjurkan dari 10/2/2014 yang lepas. Alhamdulillah dalam rasa takde yang sudi nak join, ada jugak yang bagi sokongan dan join saing. Terima kasih tak terhingga.

Boleh tengok senarai nama penuh peserta-perserta contest di SINI. Kalau ada yang Ann terlepas pandang, sila inform Ann yea. InsyaAllah , kami akan umumkan pemenangnye segera mungkin. Pembahagian hadiah pun akan kami cuba lakukan sebaiknye. Tunggggguuuuu!:)

Terima kasih sekali lagi!Love olls:)

# Sudi-sudilah follow Instagram Ann. Klik button tepi ni. Budak baru nak pandai ber'IG';p

Visit Malaysia 2014 Contest

STICKY POST!SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY

Sempena merasmikan blog kami berwajah baru (design by Sihatimerahjambu) plus lama jugak kami tak buat contest/giveaway .Contest kali ini bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 ni dan kene dengan tema blog ni yang banyak jalan-jalan.


Syarat Penyertaan :
1) Buat entry bertajuk "Visit Malaysia 2014 Contest"
2) Letakkan banner contest ni dalam entry tersebut dan linkkan ke sini.
3) Hantar link entry tersebut di ruangan komen di bawah beserta jawapan (teka lokasi percutian yang kami pernah pergi berdasarkan gambar yang diberi) anda.
4) Bagi yang takde blog, boleh sharekan link contest ini di wall FB anda dan beri jawapan serta nama FB anda di ruangan komen di bawah.

Hadiah-hadiah :
1) Voucher percutian 1 malam di Studio Apartment Bayou Lagoon Resort Melaka ( weekdays/low season , breakfast not included)
2) Inner magic
3) Hanger tudung berklip
4) Fridge magnet
*berapa orang pemenang bergantung pada sambutan dan kalau ada yang sudi nak sponsor hadiah lagi dialu-alukan.Akan update lagi nnti:)

Gambar-gambar yang anda perlu teka adalah :













Ada 6 gambar tempat percutian yang kami pernah pergi. Jadinye korang kene teka keenam-enam tempat percutian ini.Senang je.Semua ada dalam entry yang Ann pernah share sebelum ini dalam 1 label yang sama.Haaaa...bagi hint ni.Hehehhe...

Pemenang ditentukan pada jawapan yang paling tepat dan cepat.

Tarikh tutup penyertaan : 28hb Februari 2014.

Jom join ramai-ramai.Good luck!!!

*Klik SINI untuk Senarai Peserta Visit Malaysia 2014 Contest


Rezeki Melimpah, Halal & Berkat





Feb 27, 2014

Kedai sate di Kampung Jawa Melaka


Datang Melaka tak sah kalau tak Jalan-jalan Cari Makan. Mesti google kedai makan mana yang popular. One of dalam list ialah kedai sate di Kampung Jawa ni. Dibantu oleh waze akhirnye sampai jugak kami dalam pukul 12pm kt Kampung Jawa ni.Parking RM2. Disebabkan takde info exact location kedai sate ni, kami kene menapak dalam 5minit lebih kurang nak ke kedai sate ni. Tapi ok je jalan tepi sungai Melaka siang mungkin pemandangan tak berapa kalau malam mesti cantik lagi.

Cantik tengok mural bangunan tepi-tepi sungai ni. dan kawasan pun terjaga bersih.Bagus!

Mula-mula ingatkan salah jalan takut kang penat jalan tak jumpa kedai hampa pulak dah la tengah lapar tapi sebaik la tak jauh lepas tu dah nampak kedai yang di cari.Sebaik!

Keadaan kedai waktu tenghari pada hari Sabtu. Pack!

Nasib baik ada tempat kosong, kene kongsi dengan orang lain pun xpela. Kami berdua je pun. 

Kami order air laici dan sirap laici. Lepas 45minit baru dapat airnye itupun lepas beberapa kali gitau air tak dapat lagi dik. Akak dah tercekik makan rojak ni. Ok..sebaik ROJAK SEDAP!

Kuah rojak ini sangat sedap

Ann order Mee Goreng Mamak sebab yang sate tu 1230pm baru stat. Melayan perut yang dah berkeroncong tu order la mee ni. Budak yang amik order tu bgtau lambat sikit dalam 10minit camtu siap mee ni sebab order yang sebelum tu banyak. Sekali bukan 10minit tunggu mau dekat 30minit jugak tunggu meenye tak kunjung tiba.Sabau je la.

Nak order sate ni boleh la mintak campur atau ikut kita nak makan sate ape dan banyak mana. Kalau order sate campur, nnti die bagi sepinggan tu ada sate ayam, daging, hati, perut & kerang. Sepinggan tu ada la dalam 20cucuk. Nanti diorang akan kira berapa cucuk yang korang makan sahaja. So, kalau tak larat nak habiskan 20cucuk tu pun takpe takyah nak rasa bersalah membazir bagai. Kami makan 17cucuk.
Komen Ann untuk sate ni KURENG la..kuah die tak kaw..sate tu pun tak berapa.

Hanya ROJAK je la yang berjaya menambat hati kami. Tapi serius ramai giler orang datang. Kalau teringin nak cuba makan kat sini better datang kul12 sebab lepas tu memang orang dah stat ramai. Sampai menunggu tempat duduk memasing. Ada tu balik terus sebab lama tunggu.Hohoho.Mungkin tak kene dengan citarasa kami so lain orang lain la seleranye kan. Korang kene try dan nilai sendiri.Total makanan semua RM25.90.

Syarikat Berjaya ni betul-betul berdepan dengan kedai line clear ni. Boleh la key-in address tu dlm waze ke gps ke. Kalau nasib baik, dapat la parking free kat depan kedai ni.Jalan tu one way tau.

Restoran Line Clear Kampung Jawa Melaka. ingat penang je ke ade line clear.Hohoh.

Panas terik, sebaik kedai ni kipas banyak sedap berangin. Kalau tak terik ni, dah ajak cik B amik gambar kt Jambatan Kampung Jawa tu.

Itu ialah Wana Riverside Hotel

Berjaya juga sampai di Kampung Jawa


#Mana lagi tempat makan best kt Melaka yea??


Review Swan Garden Hotel Melaka


Bersambung dari entry sebelum ni.

Breakfast provide dari 7pagi-1030pagi. Disebabkan Swan Garden Hotel ini ialah Boutique Hotel, kita takde la menaruh harapan yang buffet breakfast dia banyak pilihan.

Simple cafe yang comfortable . Ruang tengah tu buffet breakfast yang ada. 

Nasi Lemak dan sambal yang kureng. Mee goreng yang pelik bentuknye (chinese suke la kot).Rendang ayam yang SEDAP!!

Salad dan spaghetti kot..xtau ape. Sebab cik B cakap tak sedap, Ann pun xamik la yang tu.

Ni rupe pinggan Ann buat kali kedua. Bukti rendang ayam tu sedap sampai repeat amik lagi. Hentam campur western+malay food. Buah-buahan, kuih-muih, cereal dan roti pun ada.

Dah kenyang, naik bilik sambung berendam dalam bathtub. Nanti dah ada anak ni menurun la perangai mak ayah kuat main air.Hohohoh;p

Komen Ann  tentang Swan Garden Hotel ni :
1 ) Lokasi yang strategik . Nak ke Banda Hilir/Jonker Walk/Kota Laksamana mana tempat yang hot spot tu kira dekat la jugak. 
2 ) Boutique hotel yang selesa. Part yang Ann dok komen tak puas hati dalam entry sebelum ni Ann pejam mata je la mungkin luck kitaorang tak berapa baik. Harap-harapnye kalau pihak hotel tu baca entry Ann ni dapat la perbaiki dan amik berat tentang maintenance dan house keeping. Tak kisah hotel tu berapa bintang, bayar harga promosi ke ape tapi servis kene tip top bagi good impression kt guest Lagipun hotel ni baru jugak.
3 ) Ann suggestkan kalau korang nak stay sini request nak bilik ngadap seaview/ town. Kalau view jalan Ann ada baca orang komen bising memalam. Boleh klik SINI untuk baca review Deluxe Room dan bilik yang view jalan tu.

Oh lupa nak mention kitaorang add on RM92 lagi utk charge weekend + upgrade bilik.

Garden Suite with courtyard Balinese concept - bilik kami no. 308

Kami enjoy dan happy dengan percutian singkat kami 2H1M di Swan Garden Hotel Melaka.

Swan Garden Hotel
1, Jalan KSB 1, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka
GPS  Coordinate : Latitude 2 11' 35.002 Longtitude 102 14' 12.808
06-288 0888

Klik FB atau Webpage Swan Garden Hotel Melaka

Feb 26, 2014

Garden Suite Swan Garden Hotel Melaka


Kisah percutian kami 2H1M ni pun plannye dalam 2minggu camtu sebelum tarikh nak pergi.Asalnye nak ke tempat lain tapi dah penuh, lepastu book pulak tempat lain. Sekali Ann tertengok pulak email dari MyDeal sebab Ann subscribe.

Macam best je promo ni. Tang bathtub tu yang menggoda.Hotel takde pool iols tak kisah, tapi ada bathtub tu yg kisah.

Terus share link ni dekat cik b, dan-dan tu die pun sama tergoda. Sebelum purchase , call dulu hotel ada room available tak tarikh kami nak pergi tu. Confirm ada, terus beli dan cancel kan booking hotel yang awal tadi tu.Ngeh3. Belum settle lagi sebab kitaorang nak bilik ada bathtub.Harga RM160 tu untuk Deluxe Room yang biasa je, yang ada bathtub room type Garden Suite ke atas sahaja. Lepastu nak ada courtyard juga. Demand!!Eh..mesti sebab kali ni nak cuti santai je kurangkan berjalan 1malam je pun kan. So kene makesure tempat tu sangat menyelesakan.


Agoda rate untuk tarikh yang sama. Still murah lagi offer dari MyDeal tu.

Tiba hari yang ditunggu.Excited gaya macam lama benau tak pergi cuti. Kitaorang sampai di hotel dalam pukul 2ptg.Saja cuba luck kalau dapat check in awal tapi tak boleh sebab bilik belum ready katenye. Ok la pasghah malas nak keluar balik layan jiwa la dok kat lobby tu.

Lobby area..Sebelah kanan tu cafeteria. breakfast kat situ la nnti.

Reception counter..Swan di mana-mana

Kawasan parking yang banyak cuma dapat parking lot yang panas ke tak je la. Melaka sangat panas haritu.

Pukul 3.05petang baru kitaorang boleh check in.

Kitaorang pilih Balinese room type so Balinese floor ni di tingkat 3. Ada 3 lagi room concept dia - Malay Traditional, Baba Nyonya & British India. Semua di tingkat yang berlainan.Boleh request ikut citarasa masing-masing upon availability.

Welcome to Garden Suite with courtyard Balinese concept. 1 king bed yang selesa + banyak bantal. Bed lamp sebelah ada, sebelah dah terbakar bulbnye. Petals kat atas katil tu Ann yang tabur sendiri. Kali ni kita DIY sendiri la mood honeymoon kita yea;)

Cermin sangat banyak dalam bilik ni. Tak payah nak berebut-rebut. Tea/coffee making facilities. Dalam cabinet tu ada mini fridge ( tapi ada 2 cup air guest sebelum ni punya rasanye housekeeper tak buangkan).

The bathroom. Unik kan sink dia tapi batang paip tu dah longgar.

Ini la yang menggoda haritu.Bathtub and separate shower room.

Comel courtyard tapi mengecewakan sebab berhabuk. Berhabuk yang macam dah lama tak kemas. Lagi spoilkan mood tapi tahan je la taknak rosakkan mood cuti.

Seaview dari courtyard bilik kami. Nampak tanah kosong depan tu??Lagi 2tahun naik Swan Residences pulak kat situ. Makin berkembang pesat la kawasan ni. Nampak atap2 depan courtyard tu?Tu shop lot yang ada sebelah hotel ni.

Tv channel banyak juga. Bulb lampu kat meja tu terbakar juga 1. Powe plug ada 2 je - tak banyak. Sebaik cik b bawak extension wayar dah la plugnye dekat meja tu je. Tepi katil takdop pun. Dalam wardrobe tu ada safetybox dan iron board. Ironnye takde, tak tau samada lupa nak letak atau by request tapi Ann mintak haritu.

Dalam ada yang tak kene tu , sbaik la keadaan ni buat sejukkan hati. Menaikkan mood romantic gitu kan. See thru la sambil mandi berendam boleh main cak2;p

Ni pun DIY sendiri.main tabur-tabur janji hado mandi bunga tu naik seri.Hhehehe.Syok berendam ni.

Banyak dah gambar ni, kita sambung next entry pulak:)

Feb 24, 2014

Kasut pertama dan terakhir


Masa mengemas-ngemas haritu , terjumpa 1 kotak ni.Isinye memang sangat memorable tahap manis giler.Senyum sengeh sensorang. Post la kat FB konon nak let go isi tu sebab dan tak pakai, dari simpan tak guna baik bagi pada yang memerlukan gitu. Ramai lak komen kate tak payah..kenangan, nanti ada event boleh pakai bagai.

Jap tunjuk dulu ape bende tu.Kang cerita syok sendiri korang tak paham lak.Hehhe.

Tadaaa..inilah kasut kahwin kita 3tahun yang lepas. 

Kasut ni custom made tempah sekali kat mak andam yang Ann amik vendor masa kawin tu. Siap pesan taknak tinggi sangat sebab kami suami isteri ketinggian pun lebih kurang. Taknak yang runcing2 kang terseliuh 1 hal pengantin jalan terhencut-hencut pulak. Silap-silap pengantin berkaki ayam je kang.

Last masa kahwin tu la Ann pakai.Lepas tu terus simpan tak bukak-bukak. Cakap pasal sayang,pasal kenangan memang la.Siapa tak sayang woo bende yang related dengan kahwin hanya sekali dalam seumur hidup.Ni pun dapat pkai kasut tinggi ni pun time kahwin je.Sekarang ni Ann g office pakai selipar je weh.Dalam kereta tu standby la sandal yang tinggi sikit buat pakai kenduri.

Picture taken by Acai Jawe Photography

Sekarang, kasut ni masih dalam simpanan Ann. Dah ramai cakap jangan jual terus la Ann delete post haritu tapi kalau ada yang terbaca entry ni kot berkenan boleh la roger2 i yea. Lagi sekali..bukan tak sayang sebab sayang la baik let go pada yang memerlukan. Kang kalau rindu Ann tatap je la gambar-gambar kasut yang ada.


Alolo...sweet pulak tengok gambar-gambar kawin ni. Nanti nak belek-belek lagi la album kawin.Muahaha..

Kalau lepas-lepas ni buat entry pasal kahwin, ada tak yang cakap kita buang tebiat??;p

*Korang ada simpan lagi tak barang-barang kahwin dulu??

Feb 19, 2014

Cempedak Crepe Sedap

Walaupun musim crepe ni lama dah berlalu, tapi kami still layan jugak. Lagi-lagi kalau lalu depan kedai SUMPTUOUS DESSERTS confirm stop and buy! Banyak tempat jugak kami try crepe dari kedai yang online yang mana-mana la so far kat sumptuous juga yang menambat di hati. Crepe nipis, krim tak banyak, isi yang lebih tu syok.Ada buat krim banyak isi sikit makan jadi muak, ada tu crepe keras or tebal.Haa...banyak beno komennye buat sendiri tak nak pulak <Sila terasa;p>

Selalu kami beli kat Sumptuous Great Eastern Mall, haritu pergi Sungei Wang ternampak lak Sumptuous ni macam meriah lagi la die jual.Macam-macam ada.Durian crepe memang MUST BUY lepastu try beli cempedak crepe die pulak . Dan-dan tu terus makan.Nikmat rasanye.Die tengok die sengeh muka gembira giler sebab dapat makanan yang sedap.Tambah lagi Must Buy List kita.Hohoh..

6biji RM10

Berebut makan laki bini..Suruh beli 2box tak mau sebaik la dapat menahan nafsu makan ni. Seorang makan 3 biji yea jangan lebih, kurang takpe.

Kredit gambar Ai wei . Sendiri ambil gambar close-up tapi tak cantik so google cari yang cantik camni kasi korang nampak jelas dan sila terliur dan pergi la beli dan rasa sendiri. Kalau tak sedap, jangan salah kan kami sebab orang cakap rambut sama hitam, tekak lain-lain. Heheh..


Selamat ber'crepe';)

Feb 17, 2014

Resepi Asam Pedas Daging Tetel dan Tulang






Tetbe tak pernah nak up entry pasal resepi ni. Amboii...sedap ke masak tu??Boleh la.Sekali masak sedap, berkali-kali masak harapnye rasa sedap jugak.*fengsan*Stress bila lainkali masak tak jadi pulak.Kuciwa...So, entry ni harapnya dapat jadi rujukan untuk Ann jugak nnti mana tau lupe. Dan juga idea untuk kawan-kawan nak masak ape petang ni.Hehhe...



Bahan-bahan (SORRY!takda sukatan untuk bahan-bahan sebab main agak je)
Minyak
Bawang putih
Bawang merah
Halba (rendam beberapa jam sebelum masak)
Cili kisar
Daging tetel/daging batang pinang/tulang
Serai
Lengkuas
Asam jawa
Daun limau purut
Garam
Air

Cara-cara 
Panaskan minyak.
Masukkan halba yang telah direndam.
Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk atau dikisar. Goreng sampai agak-agak layu.
Masukkan cili kisar, serai, lengkuas.Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak
Masukkan daging tetel/daging batang pinang/tulang. 
Masukkan air asam jawa ikut pada kepekatan masing-masing nak pekat mana
Perasakan garam secukupnya dan masukkan daun limau purut.
Tunggu sehingga daging empuk dan siap untuk dihidang. Haritu 2jam jugak Ann tunggu untuk daging empuk.

Sorry lagi sekali kalau ada kurang pada resepi ni. Tapi insyaAllah rasanya terbaikk gitu!Selamat mencuba:)


Terliur tengok gambar ni. cik b dah seru-seru suruh masak lagi.Nnti kita g borong daging yea.Hohoho.

Feb 16, 2014

Duit hilang


Malam 4hb Sept 2013 Ann log in Maybank2u sebab nak buat online transaction. Sekali tengok current balance Ann berkurang.Aikk...ok salah tengok kot ni.Log out, Ann log in semula. Memang betul current balance Ann berkurang.Siap tenyeh2 mata lagi takut la salah tengok ke. Terus mengigil badan, blank kepala otak ni ha mana pergi duit aku wehhh.Hoho.Terus msg cik B pastue call Maybank Hotline. Dah buat report and operator tu dah terminate account Ann. Dia suruh Ann ke cawangan Maybank yang terdekat untuk isi form.

05hb Sept. 2013 pagi Ann ada meeting. Lepas meeting tu terus ke Maybank Wangsa Maju untuk buat report ni. Pegawai incharge tu tanya ada beli barang online ke ade bagi no. pin ke orang luar ke ada pernah hilang kad ke macam-macam la tanya. Siap tanya pakai handphone ape. Sebab ada apps yang boleh detect ke camne ntah tapi yang pastinya masa tu dah rasa annoying la kot ni bodoh benau kita agaknye tak reti bende-bende online bagai ni. Officer tu suruh Ann isikan borang Dispute Credit/ATM Card Transaction. Masukkan la tarikh dan jumlah duit yang hilang. Masa isi borang ni Ann perasan ada lagi transaction berlaku walaupun malam tadi diorang dah terminate account Ann. Bila tanya kan staff tu diorang pun tak tau nak jawab camne boleh jadi camtu. Diorang cakap dalam 45hari akan proses paling cepat, duit dapat ke tak xjanji.Ok fine!

Tunggu la 45hari.Hurmm..Lebih sbnrnye.Ann call semula Maybank tu. Kali ni cakap dengan officer lain pulak. Dia cari form Ann dalam file takde. Cek kat system case Ann dah closed tapi Ann tak dapat apa-apa follow up lansung. So, officer tu suruh Ann datang semula ke bank. Ok, pergi la ke bank semula pada 25hb Nov 2013 isi balik dispute form tu. Bukan Ann yang isi, pegawai tu yg isikan. On the dot jugak die call ke center amik Ann pny report no. and remark kan case urgent. Dalam 2-3minggu dia akan follow-up semula dan akan update Ann. So dalam bulan Dec 2013 officer tu call bagitau case tengah floating dan Ann akn dapat balik duit yang hilang tu dalam bulan Januari 2014.

30hb Januari 2014, duit Ann yang hilang RM6xx.xx tu dah dimasukkan semula ke dalam akaun Ann.Alhamdulillah.....Malam 30hb tu officer incharge call Ann gitau pasal duit dah masuk. Pegawai yang ni sangat commited dan bagus memang lain sangat dengan yang mula-mula Ann buat report dulu . Thanks to Puan xxxxxxx.

Masa Ann share pasal case ni dekat fb ramai juga yang share kisah 'duit hilang' ni.Ikutkan logik memang macam eh duit dalam bank pun boleh hilang ke??bank tu bukan tmpt yg slmt ke??tapi bila dah jadi dekat diri sendiri, baru la tau takde yang mustahil boleh berlaku dengan teknologi dan ketamakan manusia sekarang ni.

Ann ingatkan kawan-kawan untuk lebih berhati-hati yea. Mungkin nilai duit Ann yang hilang haritu tak cecah ribu-riban tapi tetap duit kan.Incase kalau kawan-kawan yang terkene (mintak dijauhkan) tips yang Ann boleh kongsi:
1. Call hotline bank untuk buat report. Terminatekan akaun.
2. Pergi ke cawangan bank berdekatan dengan sesegera boleh. Lain bank mungkin lain prosedurenye kan.Follow prosedure yang diberitahu. Make sure buat copy sebarang form yang kita telah isi untuk rujukan kita dan juga notekan no. report jika ada.
3. Rajin-rajinlah follow-up dengan pihak bank.

Feb 15, 2014

Register H12 Ads, tambah pendapatan


Pernah dengar ke H12 Ads?N pun first time. Mungkin perasan ads die cuma tak amim port.Thanks to Fiza sebab sudi share pasal ni. Ann pun saja la try, manala tau ada rezeki lebih. Tapi cik Nuffnang masih setia lagi walau xseberapa jumlahnya. Jangan risau, H12 Ads tak kan ganggu cik Nuffnang anda.

Cara nak register :
1. Klik  SINI.
2. Isikan maklumat yang diperlukan, pastikan alamat email yang dimasukkan betul.
3. Check email untuk pengesahan akaun.
4. Log in H12 Ads , pilih menu Web Sites
5. Klik Add New Sites dan masukkan URL blog anda.
6. Add a meta tag into your web site untuk soalan Choose Site Ownership Verification Method
7. Copy meta tag H12 Media Ads dan paste kan di template blog anda. ( dashboard > template > html , cari code <head> pastekn meta tag tadi disini).
8. Tick button Accept Rule dan verify.
9. Pihak H12 Ads akan memberi email pengesahan dalam masa 1-2 hari.
10. Setelah email diterima, log in akaun H12 seperti biasa pilih menu Banner Tags , pilih mana-mana ads yang anda nak dan pastekan di blog.
11. Siap!!Tunggu saja kalau ada amount yg masuk:)

Klik SINI untuk info lanjut dan selamat ber'ads'.

Feb 14, 2014

Gatal tekak

Lepas punch card tadi terus g 7E beli strepsils. Cari Dequadin yang lozenge tu takde pulak. Tekak dah 2 3hari ni mula gatal-gatal.Harapnya tak melarat la sampai ke demam. Semoga cepat sembuh yea wahai tekak. Kawan-kawan yang tengah tak sihat pun Ann doakan segera sembuh. Yang tengah sihat pun Ann doakan korang sihat sentiasa.Amin...

Apa petua korang kalau nak elokkan gatal tekak eh??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah