CHERITERA KAMI...: January 2014

Jan 30, 2014

Restoran Fai & Ruz Kota Damansara


Keluar dari uptown, pusing pulak shoplot opposite tu. Tengok cam meriah jugak.Ada la 2 3 orang menjual kt parking lot tu lepas tu ada banyak kedai makan. Dah alang-alang lalu, singgah la terus kan.

Nice interior, warna yang sejuk dipandang.Nampak macam exclusive je restoran ni kan.Tapi harga dan environment dia macam kedai biasa je.

Dah lama tak layan rancangan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan(JJCM). korang layan ke?best x musim sekarang ni punya pengacara?heheh.

Fresh Orange & lai ci kang. both Sedap!!

Sup tulang pun terbaik!

Kuewtiau kungfu ni super terbaik!

Sedap+terbaik+super terbaik = recommended la tempat ni. Service pun bagus. Harga reasonable.

Kali kedua kami ada datang makan tengahari kat sini, Ann order Nasi Goreng Seafood, cik B order Mee Bandung. Nasi Goreng Seafood tu kureng umphh, Mee Bandung tu mendapat pujian dari cik B.

Kesimpulannya, mungkin ada menu yang menarik ada yang kurang. Jadinya selamat menjamu selera;)

Uptown Kota Damansara


Nak mencari baju/casing untuk tab sampai ke uptown kota damansara nak pergi. tapi tak jumpa pun yang berkenan di hati.Just jalan-jalan cuci mata saja. Uptown kat sini lagi tersusun dari Uptwon Danau Kota tapi Uptown Danau Kota lagi meriah sebab banyakkkk kedai sampai pening nak lalu belah mana nak jalan kat belah mana dulu.Tak caya?Try la pergi Uptown Danau Kota tu.Ann dah terjebak dengan baju kelawar debomm kt sane.Eh..dah terlajak topik ni.

Nampak tersusun kan?Ada kedai yang dalam shoplot ada kedai dalam canvas tu. 

Yang bestnye kat sini, parking senang.Sebab kawasan area situ tak crowded memalam.

Sila bertabah la kalau bawak anak-anak.Ni kalau tak dapat ni, confirm ada yang meraung.Macam-macam mainan ada. Nak yang terbang ke tak terbang ke.

Teddy bear segala macam size ada.Lembut tau bulus dia.Dah abis dah zaman Ann gila dengan teddy bear. Time muda mudi dulu pantang nampak kedai jual teddy bear, macam histeria jadinye;p

Ni tempat makan dalam uptown ni. Masa ni semua tengah ngadap Maharaja Lawak Mega.

Kabur lak gambar yang ni.Kedai jual baju branded tapi reject punya. Lawa-lawa lagi.Masuk-masuk je uptown akan jumpa kedai ni , ramai orang ni. Abang-abang yang jaga tu pun ramah tamah belaka.

Direction nak ke sini??Mmm..kitaorang pun memula sesat juga.Guna waze pun sampai ke mana dia bawa. Korang search Kompleks Muhibbah Kota Damansara. InsyaAllah sampai:)

#Nanti nak g usha uptown Cheras lak..Ada yang pernah pergi x??

Jan 29, 2014

Fried & Roll Icecream


Cerita beberapa minggu yang lepas, cik B 2 3 haritu dok mengidam nak makan steambot.Bukan steambot  macam Johnys tu ni steambot yang cucuk-cucuk celup-celup tu. Sedih betul Shaikh Steambot dah xde dah. Tak tau mana port baru.Sedap tu kuah die.OK back to the story, kami pun pergi la uptown Danau Kota tu. Memang kat situ berlambak kan jual steambot sampai tak tau nak pilih kedai yang mana.

Bagi can la orang ngidam pilih. Ann tumpang makan je.Hihi..Ni kes ngidam sesaje yea takde ape2 pun;p

Kebetulan pulak nampak kedai sebelah ni jual Fried & Roll Icecream.Haa..ape kebende tu.Dok ralit la jugak tengok brother yang jual tu buatnye. Last-last tak leh tahan, try la beli.

Mula-mula perati dari jauh je.Cam menarik je, cam nak try je kan.

Cara-cara nak order..Memula pilih nak perisa ape. Haritu Ann pilih dragon fruit.

Lepastu dia campurkan dengan mmm macam susu vanilla kalau tak silap.Lupa pulak nak tanya sebab dok ralit tengok die buat.Heheh..

Diratakan pulak campuran tadi.Bagi die sejuk/keras.

Lepastu rollkan macam dalam gambar ni.Dapatla 4 roll ke semuanya.

Pilihan topping yang ada.Boleh pilih 2 jenis.

Tadaaaa....dah siap!Fried & Roll Icecream Dragon Fruit.Rasa??Sedap macam icecream.Rasa lebih asli la kot.

Sesiapa yang pergi uptown Danau Kota tu boleh la try sini.Sekali sekala cuba sesuatu yang lain sambil support biz orang Melayu kita:)

Perfume idaman hati


Lama dah usha perfume ni.Ingat lagi masa awal-awal terbau dekat MidValley haritu. Terlalu depan booth dia.Terus stop survey harga bla bla bla.Mmmm..wangi..mm..harga?mmm..ok..takpela.Jangan tamak haloba. Nanti mesti harga turun.

Lepas lepas tu kalau masuk mall je mesti singgah tak pun cari la tengk dari jauh pun xpe. Ni kes laki bini sekali tau join. Walaupun ni perfume untuk wanita tapi cik B cakap memang wangi.Dia pun terbekenan juga bagi pihak kite. Dapat lak wife tak reti meminta mcam Ann ni *muntah hijau*

Ntah macam mana cik B ni p mintak tolong kat kawan dia kt UK sanun.Kan hujung tahun diorang sibuk ngan Boxing Day kan.Ingatkan orang p lawan tinju dush dush tu.Bukan yea bukan.Ni bertinju nak bershopping, sale kaw kaw punye.Yeala kot,kita tak pernah merasa;p

Ni la dia See By Chloe...Mekaseh cik B, susah susah je belikan untuk kite.Terharu;)

Siap ada souvenirs sekali.Mekaseh yang tolong belikan di sana, mekaseh lagi sekali yang tolong bayarkan.Hihihi...

#Korang suke perfume ape???

Jan 28, 2014

Pappa Roti ada topping


Best tak kalau lalu dekat ngan kedai Pappa Roti.Kuat betul bau butter ke ape tu eh.Memang menarik untuk orang singgah beli. Korang pernah jumpa Pappa Roti yang ada topping x??Ke Ann je yang ketinggalan ni.

Ni secara kebetulan haritu pergi Sungei Wang.Perghhh..lama betul tak jejak situ. Dulu nak shopping Parkson g Sungei Wang la. Haritu nak cari Parkson pun boleh tak jumpa.Haissshhh...Ok, berbalik pada Pappa Roti tu, masuk2 je Sungei Wang otw nak mencari Parkson la ni dekat bahagian GF tu memang banyak kedai-kedai makan. Termasuk lah Pappa Roti ni.Sebab tak nak makan yang berat nnti ada lunch date ngan in law tu yang singgah Pappa Roti ni.

Nampak display yang macam sedap ni.Eh, sejak bile Pappa Roti ni ada topping.Kenapa kita xtau ni.Kenapa???Stress lak tetbe.*Berlakon*

Ada topping chocolate, strawberry, blueberry, kaya, pandan & caramel. Ann pilih caramel, cik B pilih chocolate. Tambah RM1.50 yea.

Macam biasa kita selfie dulu sebelum makan;p

Tu diaaaa....chocolate topping & caramel topping. Dan pemenang topping paling SEDAP ialah.....CARAMEL!!Terliur la pulak teringat kesedapan caramel topping Pappa Roti ni. Serius tak tipu.Cuba dulu, baru tau:)

Licin...Makan tanpa was was sebab dijamin HALAL. Serata dunia dah ada Pappa Roti ni. 

#Siapa tau mana ada lagi outlet Pappa Roti yang ada topping ni??

Gathering di Ruz Aladdin


Kire last minute plan jugak ni.Kebetulan kembar N ni nak datang Kl, hasbennye ada urusan kat sini. Mau setahun lebih jugak tak jumpa ni. Sorang kat Sg,Petani sorang kt KL , kalau rumah sebelah-sebelah takyah cakap hari2 datang bertandang.Kekeke...

Awalnya plan nak jumpa kat Kampung Baru last2 tukat tempat jumpa area Ampang. Orang tu teringin makan Nasi Briyani pulak.So, kami ke Ruz Aladdin Ampang. Parking senang kat sini, dont worry. Bersebelahan dengan Flamingo Ampang.

Antara pilihan menu dan harganya. Ada juga nasi campur dan menu yang lain selain Nasi Briani Johor ni.

Qaish yang manis sgt senyumannya. Dah setahun lebih umur awak, ummi baru dapat jumpa kan. Cakap Utagha pandai dah..Ayaq ayaq.Comel je!

Mula-mula malu segan gitu awak kan..Geram!

Ni dah boleh dah nak dok sebelah main sama-sama.

Nasi Briani Ayam..Sedap!

Acar, kuah dal..lauk sampingan

Kami dah siap makan, baru la Ibu Orked  sampai.Jem campur sesat. Maafla tukang bagi direction pun tak tahu camne;p

Abang Qaish dan Kakak Orked. Both adorable child.Love u!

Jenuh jugak nak amik gambar reramai ni. Tengok mak-mak relax , maintain senyum je. Hihi.2jam je jumpa tak puas. Thanks to Hermyza belanja kami that day. Tahniah again for the good news. Kalau la time ni dah tau, boleh aku usap2 perut tu kot jangkit nnti.Kekeke..take care dear!Happy happy happy for you.

Info lanjut tentang restoran ni boleh tengok Sini.

Jan 22, 2014

Tune Hotel Danga Bay Johor Bahru


Kisah yang tak dijangka sebenarnye ni. Minggu terakhir 2013 N ke Jb untuk tolong cik b kemas sebab dapat transfer ke KL.Hari Isnin tu kami pergi settle kan untuk buat pemotongan Tnb & SAJ. Kata cik b dia dah note di form untuk buat pemotongan tu pada hari kami nak balik ke Kl that is hari Rabu. Selasa pagi kami keluar jalan2 jap, petang tu sampai rumah tengok letrik dah kene potong daaaa.. Hangin weh!Sebab barang ada sikit lagi nak kemas, lepas tu camne nak nak tdo malam tu ngn panas bagai.Memula tu mmg la panas la hati ni pastue keep calm cakap takpe la 1 malam je ni. Boleh tahan kot. Cik B pulak tanya kita cari la mana2 hotel murah nak tdo kejap je. Kang tak leh tdo lak malam ni.Hoho...Ok..On saja.

Maka terjadilah Check In di Tune Hotel Danga Bay ini. Murah dan dekat ngan kuarters senang esoknya nak sambung kemas dan angkat barang. Check In pukul 7malam.Amik yg kipas and aircond 24hours, tv xamik. Sebab ada laptop, layan running man lagi best;p

Ada 7E dan restoran arab dekat hotel tu.Depan hotel pulak ada restoran sekinchan ikan bakar. Lepas check in dah malas nak keluar dinner, turun 7E beli kudap2an je. 

Room no. 528

Basic accomodation..tapi still comfortable & bersih.

Ni sekali amik dalam pakej - soap, shampu, towel 1.

Cermin yang besar to make the room look bigger. Sebaik bwk wire extension sebab tak silap 1 je plug die.

Bilik air - hairdryer, shower air laju, bilik air pun xde bau. Bagus!

Kebetulan malam ni malam New Year. Dapat pulak bilik yang view baik punye la sebabnye dapat tengok 2 firework.Hoho.

Layan firework dari tingkap bilik je.Ni bunga api dari Danga Bay.

Ni firework dari Restoran Singgah Selalu Danga Bay.

Tune Hotel ni bagi N kedudukan dia strategik sebab kalau nak ke Legoland atau Kota Iskandar pun boleh nak ke Singapore/Jb town pun dekat..Kira kedudukan tengah2 la.Harga pun reasonable.

Jan 21, 2014

Otak-otak Popia


Masa cik B kerja kt Jb dulu, ada sekali tu die balik Kl bawa popia otak-otak frozen.Selalu makan otak-otak yang biasa tu.N pun reti makan masa study kt UTM dulu. Sedap kalau dapat yang isi tebal rasa ikan bukan tepung yea.Yang isi tepung tu nak untung je lebih.Emo kejap..kekeke..Dapat lak hasben yang sama suke layan makan otak-otak ni.Heaven!

Eh..melalut pulak sebenarnya nak cakap otak-otak popia ni SEDAP!Goreng time minum petang tu memang berebut-rebut ngan anak buah. Mak buah tak nak kalah bab makan ok;p

Beli terus dari pembekal - original punya. Selalu dengar otak-otak Kempas kan. Ni la tempatnya. Macam2 jenis makanan ada jual.

Ni rupa kedainya..biasa je.Tapi ramai je orang datang beli. N kalau datang Jb memang tak miss la gi beli ni. Dekat je dgn kuarters cik B.

Otak-otak Popia yang telah digoreng. serius tak tipu memang SEDAP! Harga sepeket sekarang RM9, naik harga dah.Dulu RM7 kot tak silap. 

Stok otak-otak popia ni kat rumah dah nak abis, kene mintak tolong kawan cik b kat sane la tlg belikan.Hehe..


Jan 16, 2014

Jalan-jalan cari makan Muar ke Jb


Kali kedua singgah di Muar.Ada orang ngidam nak makan Mee Bandung Muar katenye. Lepas ni tak tau bile lagi nak singgah.Ceh..bunyi macam jauh benau Muar tu kan.

Masih di kedai yang dulu kami datang. Tapi cik B kate kurang umpphh ckit Mee bandung die kali ini. Yang buah-buahan tu kalau lalu jalan dari exit tol Tangkak ke Tanjung Emas memang akan jumpa banyak gerai buah tepi jalan. 

AEON Bukit Indah, Johor Bahru...kire AEON baru jugak ramai wo orang Singapore kat sini.Kedai makan pun berlambak2 kat GF dia. Disebabkan lama tak layan JCo ni terus la singgah. Last sekali masa kat Pavillion 3 tahun yang lepas.Lama giler;p

Ni dinner di Tepian Tebrau namanye. Foodcourt tepi Dataran Jb, dekat Thistle Hotel. Senang je nak cari sebab dari jalan besar dah nampak kereta banyak sesak2 parking kat area ni. Lucky us sebab pilih kedai yang sedap.Tak ingat la kedai no. berapa ,dia tengah2 pastue ada jual sate.Heheh..


Jan 15, 2014

Kubu tinggal sejarah


Benda yang menjadi tanda tanya untuk kami yang first time lalu di jalan Desaru - Mersing ini. 

Bukan 1 tapi ada la dalam 4 ke 5 buah bentuk sebegini di kiri dan kanan jalan. Terus cik B turun amik gambar dalam hujan renyai sebab semangat ingin tahunye yang tinggi(kemain ayat;p)

Jadinya tugas isteri merangkap PA suami ini cuba mencari maklumat berkenaan monumen tersebut.Hasil googlenya terjawablah bahawa monumen(betul ke panggil monumen?) ialah kubu British yang dibina untuk menghalang kemaraan tentera Jepun dulu.

Maklumat2 yang N jumpa dari google juga katanya banyak lagi kubu ini dalam hutan tu .Sayangnya kubu ini tak berjaga, boleh dijadikan tarikan pelancong. Ada juga yang masuk dalam kubu ini untuk tengok lebih dekat lagi walaupun ada yang kata tempat ini 'keras'dan berhati-hati semasa melalui kawasan ini sebab dikhabarkan banyak kes kemalangan.

Cerita lanjut boleh google kubu British di Mersing.


Jan 13, 2014

Kenduri doa selamat


Sabtu yang lepas buat kenduri doa selamat sempena cik B dapat transfer ke sini dengan anak buah dapat masuk sek.asrama. Ni ayah N yang plan. Suka ayahnya anak menantu dapat transfer balik sini yea.Menantu kesayangan sangat le tew;p

Buat kecil-kecilan. Jemput tok imam dengan jiran terdekat , kawan-kawan anak buah dan kami sekeluarga. tu pun dah meriah rumah.Lupa nak amik gambar sepanjang hari , sempat amik gambar makanan yang ada je. jadinye silalah jamu mata yea;)

Bihun Goreng - dulu2 slalu confius bihun ke meehun ke mihun ke ape..hahaha;p

Tumis kobis..Ratah makan camtu pun sedap


Ayam sambal ni faveret kami sekeluarga.Menu Wajib!

Rendang daging. Masak 2 kilo, 1 kilo dah abis sblm kenduri..camne??;p

Tauhu Sumbat signature dish mak kesayangan. Kuah sos tu yang sedap. Oh, kuih bakar yang sebelah tu pun sedap juga beli kat pasar tani Setiawangsa.

Sate Keramat..Nak rasa boleh la datang ke pasar malam Melawati.N order 200 cucuk , 50sen secucuk. Daging dia kecik2 , rasa dia boleh tahan.

Keropok ikan beli kat Pasaraya Jaya dekat Dato Keramat. Sambil borak tak sedar sebalang dah abis.


Air Siren 

Ada lagi kuih koci, kuih cara, ayam Rasamas Along bawak, Nasi impit, Nasi putih...Alhamdulillah makanan nampak banyak tapi tak membazir.Sekali sekala macam ni memang seronok la berborak bagai kan.

Gambar 2 tetamu cilik Okid & Zara. hihih.Geram!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah