CHERITERA KAMI...: MAHA 2014

Dec 1, 2014

MAHA 2014

First time menjejakkan kaki ke MAHA ni. Kami pergi hari Sabtu lepas, pukul 930pagi dah sampai sana. Orang dah start ramai. Mau pukul 8 ke 9pagi orang dah sampai kot. Nasib baik la dah baca review sikit. So, tau la ade disediakan shuttle bagai. Kebetulan masa sampai kat parking tu shuttle bus tengah tunggu. Terus parking dekat-dekat situ dan naik. Dari tempat turun shuttle tu pulak kene naik shuttle bus yang lain untuk ke lokasi-lokasi pameran. Kami terus beratur bahagian nak ke lokasi A (ternakan/jentera) B pulak bahagian laman padi dan pavilion negeri.

Beratur memang panjang tapi 1 kepujian untuk pihak pengurusan sebab sistematik dan kemudahan cukup. Shuttle sentiasa ada. Tak perlu tunggu lama. Pekerja pun ramai ada di mana-mana untuk membantu dan bertanya.Tahniahhh!!Cuma korang kene sediakan payung , kipas tangan dan air mineral sebab cuaca panas.

Tengah beratur tunggu shuttle bus ke lokasi A.

Ni la tempat pertama yang kami terjah. Nak tengok lembu kambing. Besar-besar hoi baka dia.

Dekat sini tumpuan ibu bapa yang bawa anak-anak kecil sebab ada rabbit dekat bawah khemah tu, boleh naik kereta lembu dan tunggang kuda. Tak pasti harga berapa. Dekat tempat N berdiri ambil gambar ni kawasan orang jual makanan/ barangan utk pets dan baja untuk tanaman.

Bangunan atap biru itu ialah Main Hall ada pameran dari agensi kerajaan dan juga IKS. N beli sate kebab ( RM15 , 20cucuk) dengan makanan frozen ( 3 RM10). Yang bahagian bawah kuning ada khemah tu tempat jual buah , bunga dan sayur.

Share dekat group wassap ofc N pergi sini, terus diorg order buah. Memborong buah la kami. Belimbing tu 3kg RM10, jagung 1 ketul RM1, betik 1 RM3, tembikai pun murah, mangga RM6 1kg. N beli belimbing, betik dan jagung je. Tu pun dah penuh tangan. Terus balik je lepas tu dah tak larat nak berjalan ke tempat lain.Nasib baik dekat la jugak dengan tempat shuttle ke parking.

Hasil tangkapan haritu. Beli belimbing tu siap dapat bakul sekali:)

Tips : 
1. Stanby payung, kipas tangan dan air mineral.
2. Makesure pergi awal. Sebab petang2 jenuh la cari parking. Ada tu sampai keluar gate nun parking.Gigih!
3. N tak galakkan bawak anak-anak kecil baby datang sebab kesian tengok bersesak dan berpeluh-peluh tapi terpulang la mak ayah nak bawak make sure pakaikan baju yang selesa dan guna baby carrier je kot senang nak naik turun shuttle.
4. Amik map yang disediakan supaya korang tau mana target korang nak pergi.
5. Parking RM5 bayar di kaunter info.Jangan lupa bayar sebab sebelum keluar gate nanti kene bagi resit

Tengok la lagi 2 tahun MAHA kita pergi ke x.Heheh..

6 comments:

Ida Puanstoberi said...

akak setiap tahun pergi MAHA ni.. dari tahun 2004 ke 2006 dulu cemtu lah. Tanpa gagal. Haha.

Tapi, akhirnya tahun ni rekod tak bertahan dah.. tak sempat nak pergi. Takpe lah..tggu 2 tahun lagi lah.. huhu :(

zarulfarhana said...

murah2 tue...

Falsya said...

alahaiiii..dr dulu tingin sgt nak ke maha..tp smp sudah xsmp2..

seraa rose said...

ya Allah sdapnya belimbing.. lama dah xmakan..

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

MAHA memang selalu crowded kan?
Kalau kat Seremban ni MAHA ni buat kat Paroi.

Azhafizah Md Nor said...

tak sempat nak pergi MAHA dan tak pernah pergi lansung..huhu..harap next time boleh pergi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah