CHERITERA KAMI...: IOI Mall City Putrajaya

Dec 17, 2014

IOI Mall City Putrajaya

Last week kami menjejakkan kaki di sini. Saja nk meramaikan lagi umat manusia.Hoho.Memang ramai. Parking almost full dan masih lagi FREE.

Masa sampai tu memasing kelaparan tapi nak mencari toilet dulu. Pendapat N, toilet especially floor area tempat makan tu kene ade cleaner yg sentiasa standby. Sebab orang ramai, dan berlecak sikit dalam tu. Tisu pun habis??Sepatutnya dah few weeks open, piha management dah boleh tahu mana bahagian yg perlukan perhatian yg lebih. Toilet antara tempat penting, biarlah wangi, bersih, selesa.

Part mencari kedai makan pulak, almost semua kedai penuh beratur panjang. Memang area LG (lower ground tu) half of it ialah tempat makan. End up kami makan dekat Ochid Bistro. N pernah makan dekat cawangan AEON Big Wangsa Maju. Sedap dan servis diorang memang cepat. So, siapa yg tak tahan lapar dan nak servis cepat, bolehlah try Ochid Bistro.

Perut dan kenyang, masa untuk cuci mata sesambil mencari surau. Terjumpa kedai AEON Index Living.Lupa pulak nak ambil gambar sebab sibuk cuci mata konon cari ilham untuk 'rumah kami' nanti.InsyaAllah.Boleh tahan jugak idea deco dan barang-barang yg ada dekat sini. N dah mark dah kedai ni. Lagi satu kedai utk home appliances and deco ialah Home Pro. Yang ni N tak masuk sebab ramai orang. Malas lak nak sesak2. Next time maybe kita terjah yea. Both kedai ni dekat LG yea.

Total IOI City Mall ada 4 floor. LG , G, 1st and 2nd floor. Mall yang memanjang. Bila berjalan bersesak tak terasa kot jauh atau besarnya mall ni plus masih ada few kedai yg belum bukak lagi.Soon akan ada GSC di sini.Parkson dah bukak nun di bahagian tepi.Kedai buku ada Borders je. Hari pergi tu Magnum Cafe belum stat bukak, kalau tak nak jugak try.Huhuh..Directory lain boleh tengok di bawah ni.



Siapa minat or nak try ice skating boleh la datang sini. Haritu tengok diorg tengah bersihkan tempatnye. Baru nak fefeling tengok orang main. Lagi 1 tempat yg menjadi tumpuan ialah 21 District.

Ice skating Icescape

RM55 include all games. Ni harga masa kami pergi haritu. Tapi tak masuk pun, tengok je dari atas itu pun tak nampak sangat. Total ada 11 games - climbing, jumping, flying, riding and sliding. 
Kredit pic Tiancad.


Akhirnya jumpa juga surau, 2nd floor hujung berdekatan Parkson. Kecewa dengan surau dia. Ventilation tak bagus. Walaupun tak bercarpet tapi still berbau dan bagi N tak berapa selesa.

Dekat situ pun yg N perasan takde disediakan area menunggu or kerusi ke bench. kesian la N tengok orang dok je atas lantai.Dah penat, kata mall besar kan. Jenuh nak pusing 1 mall tapi tak disediakan bench ke ape yg mencukupi.

N menunggu restoran Chef Wan nak bukak nanti. Dah lama teringin nak rasa dishes dari beliau;)

Komen-komen N ni mungkin sebab pergi weekend dan waktu cuti sekolah kan. Sesak tu macam berjalan dekat street bukan dekat mall dah gayanye. So, kalau korang teringin nak pergi boleh la tunda niat tu tunggu reda sikit kot.


7 comments:

Falsya said...

Agaknye baru bukak kut ann..tuh yg sesak ramak org tuh..bende baru la org kate..cer gie lagi 6 bulan..hehhee

Ida Puanstoberi said...

masih belum ada rasa nak pergi sana. Huhu :D

zarulfarhana said...

byk blogger cita pasai ioi ni..

Eny Abdullah said...

wahhh ice skating!! bestnyeee

Join join giveaway di blog. Menang RM100 dengan komen banyak banyak
http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html

::EIDA:: said...

ida da pergi! ya ampun ramaii giler oranggggggg ~!! tahu tak ida cari parking je dekat 1kam? mak aiii.. hubby ida dah mencuka rasanya kalau tak dapat parking lagi mahu di ajak balik.. masuk mall jalan berlaga bahu. tak seronok! huhuuhu.. last2 ida makan jalan2 sikit terus balik. xsyok pulak jalan terlalu ramai orang ni.. next time terjah lagi! hehehhehehe ~

kehidupan sihat said...

mungkin sebab baru bukak kot.. :)

tak sabar nak pergi nanti..ada ice skating!

salam perkenalan,jemput ke blog nana :)

Azhafizah Md Nor said...

Belum ke sini lagi..rasanya kalau baru bukak mesti byk yg belum prepare lg kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah