CHERITERA KAMI...: Idea Hadiah Kahwin

Dec 11, 2014

Idea Hadiah Kahwin

Start je cuti sekolah confirm banyak jemputan kahwin kan??Orang kate musim mengawan dah sampai eh..Hehhehe..Tapi sekarang tak payah tunggu cuti sekolah pun ada je jemputan kahwin. N suke pergi kenduri kahwin ni sebab bile kite pergi kenduri ni happy je tengok pengantin bersanding terkenang kite 4tahun yang lepas . Flashback gitu;)

Tapi yang menjadi peningnye bile memikirkan hadiah nak bagi kt pengantin.N prefer bagi hadiah lagi2 untuk yg kite rapat. Sebab tahu kegunaan hadiah2 yg kite bagi tu nanti memang membantu sangat. Macam hadiah kahwin kami dulu, time cik B stay kt JB mostly guna barang dari hadiah kahwin. So, jimat la kan:)Ni pun masih ada lagi yg simpan tak guna lagi.Tunggu ada rumah sendiri.

So, N listkan antara idea hadiah kahwin :

1. Pinggan mangkuk, cawan, set sudip, sudu grafu dan yang seangkatannye. Bile kering idea or last minute memang hadiah ni je la yang bagi walaupun tuan yg bagi pun rasa boring. Sebab kita tau confirm ramai bg hadiah ni.

2. Barang elektrik - Rice cooker, iron, induction cooker, kipas , lampu etc. Depends pada bajet. Bajet besar or share reramai dengan kawan2 boleh beli yang brand bagus dan berkualiti. Kalau bajet tak berapa iron or rice cooker yg kecik pun ok sangat dah.

3. Cadar / comforter - Sekarang banyak option comforter yg cecantik silap2 nak beli utk org, beli utk diri sendiri pulak kan.Hehhe.Harga pun kalau time promo utk king/queen size boleh la dapat less RM100. Kalau nak banyak pilihan, cari dekat Sogo.Sogo kan selalu Sale;)

4. Pakaian - Dah 2 kali tak silap N bagi hadiah ni. Belikan Tshirt & kain pasang.Tshirt tu kene pandai la agak2 sizenye.

5. Voucher shopping - Ni utk officemate memang bagi yang ni. Beli voucher Aeon je senang sebab takde expired. Terpulang la kat pengantin nanti nak beli apa nanti kan.N pun dapat jugak masa kahwin dulu:)

6. Lingerie - Hahahha yang ni selalu utk kawan perempuan yg rapat. Sekali je pun N pernah bagi dan N perasan kawan-kawan lain pun ada buat camni jugak. Saja mengusik kan. Tapi kene pesan awal-awal. Jangan bukak hadiah ni depan orang.Kekekek.

7. Lain- lain - frame (ayat alquran / khufi) , jam, aksesori perhiasan rumah boleh cari dekat Kaison ke Romantika

8. Duit - N panggil salam kaut or salam berisi. Ni selalu bile g kenduri jiran ke sdara mara jauh or yg tak berapa rapat. Dekat dashboard kereta kami memang ada spare sampul duit raya. Senang!

Weekend baru ni N pergi kenduri kahwin close friend masa asrama dulu. Bilik dia memang port lepak N utk study ke mkn2 lepak2. Seminggu sebelum kenduri pening fikir nak beli hadiah ape. Saja la google dan cari kt IG kot la ada dapat ilham. Terpikat lak kite dengan bantal handmade. Nasib baik jumpa akak ni sanggup buat dalam 4hari camtu.

Sweet tak??Kene jawap yea;p     Boleh tengok dekat FB/IG Nerdlessart 

So, ini antara idea yang N terfikir.Korang ada idea yg lebih menarik???Meh la kongsi..


3 comments:

Falsya said...

Selalu bg duit je kalau gie wedding..barang nie sbb kadang org bagi berdouble2..hehee

::EIDA:: said...

ida suka bagi lampu klu ada kenduri kawen mana mana. sampaikan kawan2 dah tahu, ida, ko bg lampu kan? HAHHAHHAHAHA

Azhafizah Md Nor said...

selalunya bagi barang yang nak digunakan lepas kahwin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah