CHERITERA KAMI...: Bayou Lagoon Resort Melaka

Dec 24, 2014

Bayou Lagoon Resort Melaka

Dah few times pergi sini tapi baru sekarang nak buat entry.Actually, kami ada own 1 unit studio room di sini. Sebagai 1 of unit owner, every year kami entittle utk dapat free stay di Bayou Lagoon ni tapi slalo tak berhabis.Ada yg bagi kt family, sedara dan kawan2. Macam haritu N buat contest kan,  insyaAllah next year akan ada lagi contest utk hadiah free voucher ni.So, tunggguuu!!Heheh..

Ni nak cerita pasal weekend yg baru lepas ni bercuti bersama family seramai 12 dewasa 4 kanak-kanak. N purchase promo kat Matta Fair haritu utk 3 bedroom apartment RM338 include breakfast utk 6orang dan 6tag water park (normal price RM670++). Tapi sebab pergi time cuti sekolah kene add RM90. Still jimat banyak lagi di situ.

Seperti yang dijangka, memang ramai orang tapi urusan kaunter adalah sistem bernombor.Takde la kene menunggu beratur panjang. Ada tempat duduk disediakan.

3bedroom apartment - dari atas kiri master bedroom queen bed + bathroom), 2nd room queen bed dan 3rd room 2 single bed. Ada 1 bathroom dekat hall.Small pantry with mini fridge.

Hall dan pantry. Luas boleh bentang toto reramai tidur.Malam tu riuh kumpul tengok final bola Malaysia vs Thailand.

Ni view dr balkoni bilik.Request nk view water park.

Kami pulak stay dekat studio room. Request sesiap nak level yg sama dengan 3 bedroom tadi. Dah ada voucher free kan.Baik gunakan. Boleh la bg yg lain tu selesa skit nak tdo dekat 3 bedroom tadi.Kali ni dapat unit yg ada jacuzzi. Ikutkan normal price untuk type room studio room with jacuzzi ni RM400++. Kalau stay di studio room ni akan dapat 2 tag waterpark tapi sebab kami own unit xdela voucher breakfast. It's ok. Ada je kedai2 makan dekat luar2 tu.Studio room ni utk 1 family pn selesa sebab ada small hall depan katil.

Ni yg buat budak2 tak sabar ni. Nak main air.Gambar2 ni bercampur N ambil ms datang sebelum2 ni. Yang latest ialah gambar yg ada waterball tu.Waterball tu kene bayar RM5 utk seorang.Seronok tengok diorang main gelongsor.N naik sekali je.Hahha...Dekat waterpark ni air sejuk.Yang swimming pool biase tu best sikit mandi sebab air die suam-suam.

Ade mini rollercoaster dgn bump rider RM5 per ride. Mak kite naik rollercoaster tu kemain lagi die.

Biasa mana-mana waterpark ke theme park mana bagi bawak makanan dari luarkan.Kalau lepas tu rezeki la.Hehhe.Kat dalam ni ada kiosk jual makanan dan minuman. Datang sini sediakan je la duitnya.

Waterpark ni dibuka untuk public jugak RM20 (dewasa) dan RM15(kanak-kanak) dari pukul 9am-7pm. Kalau taknak stay tapi saja nak bermandi-manda boleh la datang.Parking RM3.

Sebab cuti sekolah memang ramai orang, time breakfast die buat convention center resort.So, tak crowded cuma pilihan makanan tu xmeriah la. Kalau tak, die buat dekat cafe resort je.

Bila ramai guest, parking agak bermasalah. Ada parking bertingkat disediakan di hujung resort. Ada 2 bangunan resort di sini Amari dan Tahiti. Kalau dapat yg Amari tu jauh skit la nak menapak.Agak crowded sikit kawasan depan lobby.

N pernah juga stay dekat 2bedroom apartment.Tapi tak ambil pulak gambar.Ada masterbedroom with queen bed + bathroom, 1 room with queen bed dan 1bathroom dekat hall with pantry.Normal price RM500++.

Kenkadang ada promo dekat Groupon ke Mydeal.Kalau rajin, boleh la terjah Matta Fair bln 3 nnti.

Bayou Lagoon Resort Melaka Bukit Katil Tel 06-2330 888

6 comments:

::EIDA:: said...

ida org melaka pun xpernah sampai lagi hehehhee

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann, wahh macam best je. lama sheila tak jalan melaka. hehehhee

zarulfarhana said...

syoknya tengok.. pegi ramai2 mcm ni lak

tinta merah said...

Walaupun dekat, sampai pun tak lagi.. Hehhehe...bilalah agaknya matta fair ye, an?

Liza said...

Walaupun dekat, sampai pun tak lagi.. Best tgk an cite2 ttg tmpt percutian.. :)

Azhafizah Md Nor said...

Best sgt stay kat sini..rasa nk pergi lagi..thanks Ann n husband beri peluang kami stay kat bayou..ade contest nk join lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah