CHERITERA KAMI...: 3 bedroom apartment Glory Beach Resort Port Dickson

Dec 30, 2014

3 bedroom apartment Glory Beach Resort Port Dickson

Check out hari Ahad dari Bayou Lagoon Resort Melaka , percutian diteruskan ke Glory Beach Resort Port Dickson pula. Ni pun purchase promo di Matta Fair haritu. Mencari tempat yg dekat dan ada laut, semestinye PD menjadi pilihan. N beli voucher untuk 2 unit. Untuk keselasaan semua. Masa booking tu request la nak unit sebelah-menyebelah.

Sampai di Glory dalam pukul 2petang, memang strict dekat sini kene check in pukul 3 petang jugak. Tanya blok yang mana pun die xnak gtau. Baiklah, jom kite lunch dulu.Lapar sangat dah memasing time ni.Pukul 3 petang dah terpacak balik dekat lobby tu untuk check in. Dapat seperti yg direquest.Unit sebelah-menyebelah dan sea view.

Master bedroom 2 single bed+bathroom, 2nd room 2 single bed dan 3rd room 1 single bed.
Bilik no3 tu agak sempit sikit.Ada 1 lagi bathroom dekat pantry. So far, ok je bilik and katil.

Ada mini kitchen dan fridge. Resort lama kan, nampak la kuning-kuning sikit tapi ikut kata abang N compare tu die datang 1 or 2 tahun lepas yg ni banyak la dah improved. Masa N purchased promo ni pun N tanya jugak kt salesperson tu samaada dah upgrade ke accomodation di sini.
Pintu tu boleh bukak ada ruang nak sidai baju, dan penyapu disediakan.

Dining table and living hall. Perabot baru semuanya, lebih selesa.

View dari balcony apartment no D607. Dekat sini ada 2 bedroom apartment dan 3 bedroom apartment sahaja.Bangunan putih tu Lexis.Betul-betul sebelah.

Kids pool ada gelongsor tu yg ramai kat belah sini. Yang nampak khemah tu tempat breakfast.

Ni yang lebih excitednya ni. Nak mandi laut!Dah lama tak mandi laut. Seronok memasing tak lepas peluang mandi dah la air pun suam-suam je. 

Malam tu makan malam dekat Sri Tanjung. Kedai ni di simpang nak ke Glory. Deret tu memang banyak kedai makan. So, tak payah nak g jauh cari makan. Dalam 2minit sampai dah. 

Breakfast time untuk 3bedroom dapat 5kupon. Pilihan makanan biasa je.

Aktiviti lain dekat sini selain bermandi-manda, ada jugak tempat kura-kura dan arnab dan juga turtle sanctuary. Yang tu N tak pergi lak tengok:)

Lepas breakfast jalan sepanjang pantai sampai la ke sini. Nice port untuk ambil gambar;)

Anyway, harga untuk 3bedroom apartment include breakfast for 5 person RM280 net. Takde cas tambahan for public or school holiday. Normal price RM398. Jimatt!! So kalau korang mencari tempat pecutian in group yg berdekatan dan tepi pantai dan harga yang affordable, bolehlah datang sini. 

6 comments:

Ida Puanstoberi said...

tu hari akak course kat sini. di baginya duk sengsorang. akk dpt apmt 2 bilik tu. tp blok A ke apa ntah. Yang dkt ngan lexis tu.
Haru biru betui lah. Mencik tau. dah la 2 mlm.. mencik..mencik..

zarulfarhana said...

nmpk ok ja bilik2 dia... ok la tu

Azhafizah Md Nor said...

murah juga harga tu kan..memang jimat dan berbaloi..location pun dekat pantai..memang bestla

Sheila Salim said...

Assalamualaikum Ann, bestnya. murah la beli masa Matta Fair. berbaloi betul...

Lynn Hamzah said...

salam perkenalan...terus follow...tq for sharing yer...insyaallah nanti boleh berkunjung ke sana...

Aishah Amin said...

Nampak bersih!..selalunya dpt apartment buruk aje..ni nampak ok kan

Anekdot Suka Duka 2014 saya pula!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah