CHERITERA KAMI...: Nasi Lemak Sedap Wangsa Maju

Nov 19, 2014

Nasi Lemak Sedap Wangsa Maju

Lama dah nak share ni tapi asyik lupa je.Lupa nak mabil gambar. Bile cerita pasal makan, ada gambar baru la syokkan. Siapa tak makan nasi lemak?Ada ke??Rugii rugii..Kalau tengah diet pun nampak nasi lemak boleh mengundang. Mengundang lupa terus tengah nak berdiet. Kan??

Port nasi lemak yang N nak share ni pun dari akak opis ni la. Sebab port ni memang N tak lalu pun kalau pergi kerja. Pandai betul akak ni meracun kami dekat opis ni try nasi lemak sini. Bau die memang wallah. Naik tangga opis ni walaupun pintu bertutup pun boleh bau. Kat sini jugak la first time N try nasi lemak kerang. Sebelum2 ni N kalau makan nasi lemak pun dengan paru je. Terbaik yop!!

Bile dah jadi kegemaran kami kt opis ni, siapa yang rajin singgah kedai tu akan wassap la yang lain tanya nak x. Amik order. Selalunye tak pernah la ada yang menolak order. Semua pakat nakkk!!N kalau nak beli sini, keluar rumah awal sikit lepastu punch card dulu baru pergi beli. Sebab kenkadang beratur panjang woo. Nak pulak sorang2 tu order sampai 5 6 7 bungkus.

Gigih beratur demi nasi lemak sedap

Kuih muih pun ada, sebiji 40sen tak silap

Slain nasi lemak, bihun mee kuetiau goreng pun ada. Lauk selain kerang, ada ayam goreng, sambal ayam, paru, sotong. Tapi kerang tu memang laku keras la. Cepat je habis.

Nasi lemak separuh kerang sambal lebih. Selalu N order camni la. Sambal die meletop weh. Silalah mintak lebih. RM2.50,murah la kan??Kenkadang tambah telur mata.Ni kenyang sampai ke petang.

Lokasi die dekat seksyen 4 Wangsa Maju. Lepas sek rendah sek4 tu, memang nampak la kedai ni. Sabtu pun bukak jugak kenkadang.


8 comments:

idzwa kamaruddin said...

aduh dikkk...terus lapar dan terliur!!huwaaa...

Falsya said...

alahaiiiii..sedapnyeee..dh la skang nie shh nak crk nasik lemak gini...

::EIDA:: said...

okaybaiiiii HAHHAHHAHA

Azhafizah Md Nor said...

Terliur pulak kita tengok nasi lemak sedap ni

Daddy Ziyyad said...

Perghhhhh..beratur panjang tu...sure sedap..

Macam tu RM2.50? Memang murah !

CIKU said...

wow..best ni,lapo tetiba ..ciku memang suka makan makan ni..hihi

Ida Puanstoberi said...

nampak cam sedap2 makanan dia. Bihun tu nampak best sbb biasa orang jual pucat kering je. hihi.
Akk rasa akk tahu kat mana ni, tp agak jauh la kalau semata2 nak beli breakfast kt sini. huhu

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Nanti nak tanya asben lah.
Dia kerja & tinggal sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah