CHERITERA KAMI...: Lawatan ke Muzium Negara

Nov 12, 2014

Lawatan ke Muzium Negara

Lawatan la sangat. Cerita cuti Deepavali haritu bila dah takde idea ke mana lagipun orang tu memang dah lama ajak nak pergi sini. Ok..ok..jom la kite pergi. Eh..ingatkan tak ramai orang datang Muzium Negara. Rupenya ramai jugak. Orang yg sambut Deepavali pun datang berkumpulan.

Bila sebut Muzium Negara ni, teringat la kisah masa kecik kecik dulu. Mak N pun selalu ulang cerita ni. Dia cakap dulu time kecik mak ayah bawak kami 4 beradik gi Muzium Negara. Dah masuk sikit, N dok ajak keluar balik lepastu dok cakap takuttt takutt.Terpaksa la mak teman N kat luar sementara tunggu ayah dengan yang lain jalan kt dalam tu. Takut tengok patung-patung dan keadaan yang gelap dan malap kot dalam tu kan.Lepas-lepastu memang N takde jejak Muzium. N pun tak berapa minat pasal sejarah ni. Hahha.Maapkan saya!

Inilah orang yang suka Sejarah dan tak sabar-sabar nak pergi Muzium;p

Ada 4 hall kalau tak silap dalam ni. Ditingkat atas dan bawah.

Hall ni cerita tentang zaman batu, monumen dan artifak yang dijumpai. 

Orang ni dia tau ambil gambar je lepastu ada la baca sikit2 nota dalam tu.Tak senonoh betul orang ni kan;p

Lancang kuning lancang kuning belayar malam belayar malam...Automatik tengok lancang kuning ni terus nyanyi lagu abang Jamal kita. Nyanyi dalam hati je. Sekali ada sorang brother ni lalu kat sini pun N dengar die nyanyi lagu tu. Hahahha.


Sampai Februari 2015 kalau tak silap, ada Pameran Senjata dekat Muzium negara ni. So, tiket masuk tu sekalilah dengan tiket ke pameran ni. Dalam ni pamer alat senjata zaman perang.


Kalau up gambar banyak-banyak tak surprise la kan. Hehhe.
Tiket masuk RM2 (dewasa) PERCUMA (kanak-kanak). Parking RM2.

4 comments:

orked violet @ SYA said...

Hahaha. same la! Sya pon xminat sgt history. tp tgk patong2, replica bagai Sya suke. bace malas. hehe

Azhafizah Md Nor said...

pernah pergi sekali je la muzium negara ni masa kecik..skang dah besar kalau pergi pun seronok juga..tengok² je la :)

LYAfrina said...

boleh ambik pic ye dlm muzium??
lya pnh smpai sini msa lawatan sekolah darjah 6 dulu..tahun 1997.. lepas tu x pernah2 smpai.. mesti dah byk berubah sgt

♥ ROS ♥ said...

jejalan tu dh best,....hihi
salam sayang dr ros..lama xjengah kt blog ni.. ni bru dpt jejak kekawan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah