CHERITERA KAMI...: Dinner date di Flora Kafe Ampwalk

Nov 25, 2014

Dinner date di Flora Kafe Ampwalk

Flora Kafe ni bagi N antara tempat makan yang dah well known dekat KL ni. Kalau google memang ramai blogger yang dah review pasal tempat ni. Kalau tengok dekat FB dan IG Flora Kafe ni pun hari-hari ada je orang buat event dekat sini. Satu idea yang bagus bagi pengusaha Melayu buat tempat makan camni. Susah sebenarnye nak cari tempat makan yang romantik, cozy dan tak crowded macam dekat Flora Kafe ni.

N suggest dekat cik B nak try dinner dekat sini. Dari review pun ramai yang cakap tempat ni best. Bolehlah fefeeling romantik sekali. Kami main terjah je tanpa buat reservation bajet malam bekerja tak ramai la orang. No..No..No.. Masa kami sampai around 8malam, meja dekat bahagian dalam semua dah fully reserved. Dah 3 meja orang dok romantik dinner tau.Sweet je tengok malap-malap camtu kan. Nasib baik dekat bahagian luar ada kosong.

Tengok deco je boleh naikkan mood romantik


Antara pilihan menu yang ada. Nasib baik dah kosongkan perut awal-awal.
Mostly menu Malay Cuisine.

Kami order Daily Set - Nasi Putih, Telur dan Ikan Masin, Ulam, Sambal Terung + Ayam Masak Cili+ Asam Pedas Johor Ikan Jenahak. Dalam set ni include buah-buah sebagai pencuci mulut dan air.

Memula sampai makanan tengok banyak confirm tak habis la ni. Sekali dah start 1 suap laju kemain bersuap-suap lepastu takde nak romantiknye. Siap mintak nasi tambah sepinggan. Sedappppppp!!!

Sebab tadi ingat xcukup dah order la dessert ni awal-awal. Kami siap makan baru die hantar. So, takdela cair eskrem tu kan. Nak taknak makan le pelan-pelan sebab dah kekenyangan nasi tadi. Pisang sira with eskrem ni antara dessert yang korang kene try. Bagi N sedappp!

Ada 1 menu yang orang rekemen Mee Bandung.. Next time pergi boleh try pulak.

Total dinner RM53. Puas hatiii! Sedappp!!Berapa banyak kali sedap ha..Hari Jumaat diorang ada buat Buffet Lunch RM20++ seorang. Sebaik la ofis lunch break sejam je kalau tak mau jugak rasa nak terjah.

❤Dinner Date


Lot G.02-G.05, Ground Floor, The Ampwalk 218 Jalan Ampang 
Untuk tempahan 0321618010 / 0122070166
FB : Flora Kafe   IG : @florakafe



7 comments:

idzwa kamaruddin said...

ok set lepas ni nak dating berdua dgn hubby kat sini :)

Falsya said...

Okayh..nok gie detim pasnie kat flora..;)

Daddy Ziyyad said...

Yang penting, sedappp!!

Kalau deco bagai nak rak macam taman bunga pun, tak sedap tak guna..hahahaha..

Okeh...boleh set time..saya nak dating kat sini dgn wife...hahaha

Ida Puanstoberi said...

akk gi celebrate bufday asben bulan 2 tu ari. Mmg tempah awal utk romantic dinner ke apa ntah namanya. Huhu

Azhafizah Md Nor said...

Teringin nak pergi sini jugak..belum pernah pergi lagi

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann, wahh best! pernah makan sini 2 tahun lepas. hihiiii maybe nak repeat lagi untuk anniversary kut. hahaha. ehh terliur tengok gambar makanan T_______T"

::EIDA:: said...

ida suka FC.. kim slm mel hehehhehe~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah