CHERITERA KAMI...: Waterfront Kuching

Oct 23, 2014

Waterfront Kuching

Petang lepas check in Pullman Kuching, next aktiviti ialah berjalan-jalan di Waterfront Kuching. Boleh nampak dari tingkap bilik. Dah alang-alang dekat, haruslah kene pergi. Memula sekali pergi lunch dulu dekat shoplot belakang Pullman( will share later).

Lepastu perjalanan diteruskan ke Waterfront. Jumpa tugu Kuching dulu. Ni spot wajib kalau datang Kuching. Memula macam segan jugak la konon nak amik tengah2 roundabout tu kang orang tengok. Bajet kami je la tourist, tengok ramai je orang dok amik gambar kat situ. Terus tak malu dah.Heheh..

Simbolik bandar Kuching. Berdekatan dengan Riverside Majestic Hotel.

Terus berjalan ke Waterfront.

Kelihatan bot penambang dan Kampung Boyan di seberang. Harga menaiki bot penambang RM0.50 seorang sehala untuk ke seberang.Kek lapis dah memanggil dah tu tapi kite tahan dulu sebab tu dalam itinerary hari lain:)

Jom kite tengok ape menarik di Waterfront waktu petang

Bangunan DUN Negeri Sarawak dari kejauhan

Ada beberapa stall di buka di sini menjual makanan dan minuman ringan

Pelbagai jenis bot di tepi sungai yang menyediakan perkhimatan river cruise. Korang boleh pilih nak yang mahal yang murah yang besar atau yang kecil

End up kami pilih Sarawak Traditional Boat Cruise dengan bayaran RM19 seorang. Cruise lebih kurang 45minit.Dah jalan dekat waterfront ni dari hujung ke hujung takde apa sangat yang menarik, so kita naik la boat ni mengisi masa.

Bot guna enjin tapi perlahan je die bergerak kasi feel tengok tepi kiri kanan Sungai Sarawak.

Kata pakcik bot tu, DUN ni time hari raya je bukak untuk public sebab ada open house. Kalau hari lain, amik gambar dekat luar je la. Cantik dalamnye kata die.Sanyup-sanyup nampak Pullman Hotel di kanan gambar.

Jeti nelayan

Masa untuk pulang ke darat. Nampak beza pembangunan di kiri kanan sungai. Try la cruise ni nanti yea.

Singgah sekejap di Main Bazaar bertentangan dengan Waterfront. Sepanjang-panjang tu ada bermacam kedai jual cenderahati. Boleh la nak beli fridge magnet, keychain, tshirt dan lain-lain dekat sini. Lain kedai lain harga yang ditawarkan. Tapi bergantung juga pada kualiti dan design barang yang berkenan tu.

Kedai dekat Main Bazaar ni kebanyakannye tutup pukul 6 petang. Kalau pergi malam, memang hambar sikit la yang ade kedai makan pun mostly bar dan cina. Pergi Waterfront ni better jalan kaki je la if hotel berdekatan sebab nak cari parking memang susah. Tak banyak tempat parking disediakan. Masa kami lalu time weekend sampai jem sebab orang double park kat sini.

Di Waterfront ni ada 1 restoran nama James Brooke Cafe. N ade terbaca review kata laksa Sarawak kt situ sedap tapi N tak try pulak haritu. Korang bolehla try nanti.Nanti gtau sedap ke x eh.Hehehe..

4 comments:

Azhafizah Md Nor said...

menarik juga ni..ala² cruise putrajaya n melaka kan..salah satu tempat wajib pergi lah ni ye. :)

idzwa kamaruddin said...

hasihhh seronok pulak dik!

Elya Roza said...

elya pernah gi kuching sekali je... ok lahh, menarik jugak lahh.. dpt borong kek laps swak.ehhe

::EIDA:: said...

ida tak naik boat pun. hubby takmo. gedik jew.... sib baik ida dah pernah naik kekekek ~ rindu nk tgok sunset cantik!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah