CHERITERA KAMI...: Traditional Sarawakian Buffet Dinner di Lepau Restaurant

Oct 29, 2014

Traditional Sarawakian Buffet Dinner di Lepau Restaurant

Pasal nak dinner dekat sini dekat2 nak fly ke Kuching baru cik B bgtau dia ade beli promo buffet dinner dekat Groupon. Promo ni boleh pergi hari Isnin, Rabu atau Jumaat sahaja. Kebetulan Jumaat malam memang dalam itinenary takde tempat spesifik untuk dinner. Jadinye, lepas check in Dormani Hotel rehat-rehat kejap then terus keluar untuk dinner.

Dari Dormani Hotel ke Lepau Restaurant dalam 10minit berpandukan arah ke Grand Supreme Hotel ( hotel bersebelahan dengan restaurant). Restaurant ni agak tersorok tapi ramai orang yang datang. Memang terkenal la tempat ni.

Lepau restaurant bersebelah Grand Supreme Hotel dan White Cottage. Belakang tu Pullman Hotel.


Kalau ada plan nak ke sini, better booking awal. Mr. Ramzdhan & Friends..berdua je pun.Hehhe...


Ni antara pilihan makanan buffet yang ada. Yang bagusnye dekat sini, servis diorang sangat cepat. Makanan memang serve dalam kuantiti sikit tapi once habis cepat je diorang topup. Tapi bile dah topup tu cepat je orang serbu dah habis. Sori..lupa nak ambil gambar complete buffet.

Di sepanjang tepi dinding tu ialah meja buffetnye. Actually makanan di Lepau Restaurant ini makanan authentic dari kaum Ulu dan Dayak

Memula N ingat nasi tu brown rice tapi bukan tapi macammm brown rice. Beras padi bukit mungkin la. Lupa sungguh nak tengok label die sebab dah lapar kan. Korang ada yang tau?? Sambal petai walaupun lain dari cara masakan orang Semenanjung tapi sedap sangat. Merasa la jugak ayam pansuh tu akhirnya.Hehhe..

Ni pula nasi goreng dari beras yang sama. Boleh tahan rasanya. Kerabu pakok, sambal petai again ( sebab sedap tu yang bertambah tambah tambah).

Nasi Lemak ni takde dihidangkan dalam buffet tapi kita boleh order sebab sekali dalam pakej buffet cuma dia tak hidangkan siap2 dekat meja buffet tu. Nasi lemak ni pun dari beras yang sama juga. Tapi kureng rasanya. Sebab tu agaknye die buat by request. Dah alang-alang kan kene la rasa semua tapi ada jugak yang tak rasa sebab dah surrender kekenyangan.

Dah sampai Kuching teringin nak rasa makanan authentic kaum Ulu/Dayak, silalah datang ke Lepau Restaurant. Memang lain dari yang lain. 

Lepau Restaurant, Jalan Ban Hock Kuching 0198805383
FB : Lepau Restaurant



5 comments:

zarulfarhana said...

menariknya restoran nie...mahal x beli groupon tue

idzwa kamaruddin said...

beli groupon jimat kan...

~Beb~ said...

Siok nyeee. Merayau ajje die

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Salam Perkenalan.
Done follow you #200.
drshikinzainal.blogspot.com

Azhafizah Md Nor said...

patutnya kena letak Mr. Ramzdhan & wife :) macam best jugak dapat rasa beras padi bukit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah