CHERITERA KAMI...: Tips tambang murah ke KLIA2

Oct 10, 2014

Tips tambang murah ke KLIA2


Semalam ada orang tu yang tido sekatil sebantal tu suruh cepat-cepat update cerita cuti2. Siap offer nak tolong typekan lagi. Amboiii..sampai camtu sekali yea. Baiklah...demi tidak menghampakan peminat no 1 blog ini (pitammmm) kita warm-up dulu cerita bajet. Ada part yang boleh diminimumkan perbelanjaan, kita kene cari jalan supaya kita boleh maksimumkan di part yang lain seperti shopping dan makan.Hahahha..

ok...trip kali ni first time kami nak menjejakkan kaki di KLIA2. Nasib baik dah ada KLIA Ekpress g sana, so xpayah la naik bus dari Kl Sentral tu. Tapi harga tiket KLIA Ekpress dari KL Sentral RM35 per person bagi kami macam mmm ada tak jalan lain nak jimat. Tapi tak nak bus. Gitu sangat banyak songehnye.


Jadinye, kami ambil keputusan untuk naik KLIA Transit (KL Sentral - Putrajaya - KLIA2)

Total cost per person adalah (RM9.50 + RM6.20 = RM 15.70)


RM35 - RM15.70 , jimat RM19.30 seorang di sini. Jimat kan??Cuma dari segi masa dan crowd je la bezanye kan. KLIA Ekpress memang berdesup kejap je dalam 30minit sampai. Masa naik train dari Setiawangsa tak perlu tunggu lama train dah sampai. Sampai KL Sentral kebetulan KLIA Transit tu lagi 1 minit nak berlepas. Cuma yang ambil masa haritu dekat Putrajaya sebab menunggu train 20minit.

Flight pukul 11.45pagi, keluar rumah 630pagi. Sampai KLIA2 pukul 9.15 pagi.Takpe sampai awal janji tak rushing sempat nak breakfast lagi.


 Suasana dalam KLIA Transit. Ramai rupanya nak g bercuti-cuti. 

Sampai KLIA2 terus macam waaaa...ni mana kite nak menghala ni..hahaha..jakun habis la tu. Macam shopping mall dah rupenye. Memang betulla orang cakap dari main entrance nak ke boarding gate tu jauh. On the way nak sampai tu korang akan lalu macam-macam kedai dan tempat makan. Rasa macam mewah sampai tak tahu nak breakfast kt mana. Kita kalau boleh nak breakfast kt foodcourt je.Hahahah...

Takde nak pusing-pusing pun masa ni. So, tak berapa ingat kedai ape yang ada. 

Tengok senarai penerbangan, takde pulak flight kita dalam tu. Mulalah nak cuak salah tarikh ke ape ni.Cool beb cool...

Suasana dekat kaunter. Sebab kami dah cek in flight siap-siap, luggage pun xde nak cek in so macam xdela amik port sangat pasal kaunter ni.

First time makan kat Johnny Rockets. Antara kedai yang dekat dengan boarding gate yg mula-mula.

Ruang menunggu di boarding gate memang sangat selesa. Sebelah tu ade toilet dan surau. Senang!

Kapal terbang dah sampai, mood bercuti makin melonjak-lonjak. Dah tak payah nak jalan jauh ke flight dah.

Eh...dah meleret lak cerita ni. Jumpa next entry ok;)

10 comments:

mama tisya said...

pernh bc gk tips ni tp tu la kdg kejar masa kn payah gk....tu slalunye amik yg express dr transit

Azhafizah Md Nor said...

kalau bercuti penting untuk menjimatkan kos kan :) tapi berbaloi gitu

dee said...

bestnye p holiday..dah lm sungguh xberholiday..huhuhu..
btw, salam kenalan:)

::EIDA:: said...

Tak pernah naik klia transit sokmo naik bus jee . Hahaha nk lg jimat kate kooo hahahhah

::EIDA:: said...

kita tahu die pergi mana HAHHAHHAHA..okbaii saje singgah kot2 dah ade entry baru kee.. huuuu~

FiZ said...

wah..mcm best je klia2 ni...tak sabar nak pergi situ...tapi cnfirm pening pale dengan tempat2 situ.

Elya Roza said...

jauhh kan nak berjalan smp ke dlm tu..penattttt.......

fara diyana nasir said...

Hi...nk tnya yg putrajaya awk stop tu putrajaya central ke? kena tukar tren x lepas tu?

Ann said...

@fara diyana nasir : aah..sampai putrajaya central tu kene turun train dl..naik atas mcm biase exit dan masuk balik..sbb nak toouch kad/byr tambang dl kan lpstu br tunggu train..br la kire kos dr putrajaya ke KLIA2 klu tak, same je la dgn harga tiket klia ekpress..

Muhammad Firdaus said...

Thanks for the info Ann. Very informative especially for those ppl who looking for cost reduction during holiday trip. Thumbs-up! 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah