CHERITERA KAMI...: Shopping di Kuching

Oct 30, 2014

Shopping di Kuching

Hari keempat(Sabtu) kami di Kuching ialah hari Shopping. Jadual dari pagi sampai petang kita shopping je.

Pasar Serikin
Tempat pertama dalam list WAJIB pergi bila ke Kuching. Dibuka Sabtu(6pagi sampai 6petang) dan Ahad ( 6pagi- tenghari). Kedudukan tempat ni di sempadan Kalimantan dan di garisan Khatulistiwa. So, kawasan ini adalah tersangat panas. Disarankan untuk datang seawal pagi yang boleh.

Haritu kami gerak dari Dormani Hotel pukul 630pagi , pukul 8pagi sampai sana. So, perjalanan dari Kuching ke Serikin ni lebih kurang 1jam setengah. Kalau guna gps tu type serikin ke kampung serikin, insyaAllah tak sesat. Signboard pun ada kalau tak pasti.

Parking kereta depan rumah orang, bayar la dekat budak kecik yang menjaga tu RM2 ke RM3.Masa ni orang tak ramai sangat lagi. Dah stanby pakai payung siap-siap. Puteri lilin sangat;p

Jom mulakan misi shopping kita. Ada kawan yang dah pesan telekung dan kain pasang. N pulak takde target, memang kami jalan dari hujung ke hujung. 3jam jugak la dekat sini. Tersangkut dekat kain pasang, lama memilih rambang mata. Majoriti orang dari Indonesia la yang menjual dekat sini. Ade la kain sulam dari Indonesia tu tapi harganya agak mahal. Kene tawar kaw kaw punya boleh la dapat murah. Dari kawan-kawan yang cerita kalau pergi dengan orang tempatan atau yang boleh berbahasa Sarawak boleh dapat kurang sampai 50 ke 70ringgit, N haritu pun ada jugak menawar, dapatla kurang 10 20 ringgit.Kuikui...

Nak beli souvenir (keychain, FM) pun ada dekat sini.Sempat singgah makan mee kolok dekat kedai makan tu tapi tak kaw la kuah die.

Tips : Pakai pakaian yang tak panas dan selesa. Prepare payung, kipas tgn, tisu, kain untuk lap peluh. Datang awal pagi.

Kubah Ria 
Dari Serikin kami terus ke Kubah Ria. Semua orang tahu dah kan Pasar Satok tu dah pindah ke sini. So, Kubah Ria dengan Pasar Satok ni sebelah-menyebelah je. Masa kami datang tu pasar tani ada lagi. Tapi kami terus masuk dalam Kubah Ria mencari Ikan Terubuk Masin.

Kubah Ria dan Pasar Tani

Harga dari yang N tengok setiap kedai sama je tapi diorang akan offer free ikan. Contoh N beli haritu 15 ekor kan, die bagi free lagi 2 ekor. Malas nak survey kedai lain, terus pergi dekat kedai yang mula-mula ni je. Dia akan pek siap-siap dalam kotak.

3 ekor RM10..nak tempah, sila hubungi no tertera eh:)

Sebelah Kubah Ria ada Food Court, kami terus lunch dekat situ.

Medan Niaga Satok..Ada food court tepi Sungai boleh juga kalau nak try makan kat sini.

Kek Lapis
Kalau datang Sarawak tak beli kek lapis memang tak lengkap. Ramai pun yang pesan nak rasa kek lapis katenye. Untuk family pun kami belikan kek lapis. Kalau ikutkan banyak je orang jual kek lapis tak payah nak pergi dekat Kampung Gersik tu tapi dah kata popular, jatuh WAJIB jugak nak pergi situ.Hehheh.

Dayang Salhah bersebelahan dengan surau. Kedudukan agak tersorok, korang cari la signboard ni.

Semua tester yang ada. Banyak lepastu pening nak pilih yang mana. Ada kek lapis buat dari majerin dan banyak dari butter. Yang buat dari butter lebih sedap dan moist. N suggest korang try kek Strawberry choclate, Idola, Vanilla Choclate, Harimau Malaya dan kek gulung. Sedap!:)

Kek lapis bersaiz kecil RM10, yang besar RM20. Pembelian RM100 ke atas, percuma 1 kek bernilai RM10. Kek yang nak bawak balik naik flight, diorang akan pek siap-siap.

Kami ke kedai Mira Cake House pulak.

Boleh jalan kaki je dari antara 2 kedai ni. Cumanya Mira Cake House ni memang nampak jelas dari tepi jalan dan tepi sungai.

So, korang boleh naik bot penambang untuk menyeberang RM0.50 seorang. Kalau drive ke sini dari waterfront dalam 15minit. Akan lalu tol tau selepas menyeberang jambatan yang panjang tu, kami pun haritu macam terkejut jugak ingatkan takde tol. Tol RM1.50.

Mira Cake House ni agak padat dalamnya dan rasa keknye bagi kami tak berapa. Lepastu tester dia bercampur-campur. Rasa keknya macam kering sikit mungkin N rasa kek yang tak sedap agaknya la kot kan. Ramai jugak yang cakap kek lapis Mira sedap tapi kami rasa tak pulak. So, terpulang la pada tekak memasing. Terus kami patah balik ke Dayang Salhah tadi nak topup lagi kek lapis.Hehhe..

Dayang Salhah Kek Lapis: Kampung Gersik, Petrajaya



2 comments:

Eny Abdullah said...

best jugak ye melancong ke kuching... selama ni tak pernah terfikir nak ke sana hehehe.. thanks for sharing...

Azhafizah Md Nor said...

kene sediakan duit poket lebih la nak bershopping sakan kat sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah