CHERITERA KAMI...: Sarawak Culture Village

Oct 27, 2014

Sarawak Culture Village

Lepas cek out dari Pullman Hotel, urusankan untuk kereta sewa pulak. Hari ketiga di Kuching baru kami ambil kereta sewa sebab hari ni dan seterusnya baru nak start explore Kuching ni. Cerita pasal kereta sewa ni lain entry eh.

Settle ambil kereta sewa, lunch dulu (will share later) terus kami ke Sarawak Culture Village. On je waze ke gps ke confirm tak sesat punye lah jalan senang sajo.Kami sampai lebih kurang 2petang. Cuaca dekat situ panas yang agak terik sebab dia berdekatan dengan pantai. Sarawak Culture Village ni memang di hujung Santubong bersebelahan Taman Negara Kuching Wetland dan Gunung Santubong. Perjalanan dari Kuching ke Sarawak Culture Village dalam 40minit.

Kelibat Gunung Santubong dari kejauhan

Selamat Datang ke Sarawak Culture Village. Tiket RM60 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak). Tapi haritu masa Matta Fair September 2014 kami beli entrance tiket ni dengan harga RM50 seorang, yeayy jimat RM10 di situ.

Selalu pakai skirt sebab nak mendaki tangga yg seram tu kang , kita pakai la seluar. Takut kang ade yang tergolek pulak. 

Senarai tempat dan rumah yg boleh dilawati. Jom kita ke kiri dulu. 

Masuk dalam rumah Melayu ni ada 2orang makcik main rebana/kompang, dekat dapur ada yang tengah buat bahulu. Kalau rindu nak tengok dapur zaman dulu-dulu nenek moyang kita, dekat sini ada;)

Rumah Melanau, dari jauh dah tanya cik B.. nak naik ke ni??Hahha.Seram tengok tangga tinggi nau. Nasib baik ada tangga yang biasa tu. Kalau tangga yang takuk-takuk tu idak la teman nak naik. Tunggu bawak ler jawabnye.

Baru rumah kedua dah berminyak muka sebab berpeluh panas. Dalam rumah Melanau kita boleh tengok bilik-bilik untuk berubat, bilik kelamin, dapur.

Berlatarbelakangkan Gunung Santubong, Sarawak Culture Village ni mengelilingi tasik itu. 


Rumah Orang Ulu - sampai kat sini kami dah semput kepanasan.Haha.Sabar je la.

Dalam setiap rumah ade pekerja yang jaga dan kita boleh tanya apa2 dekat dia. Macam orang Ulu ni kemahiran dia manik dan perhiasan. 

Tangga ni nasib baik lebar sikit berani la kita nak naik. Tu pun terkial-kial jugak. 

Try menyumpit - perlukan pernafasan yang kuat. Kalau tak kuat, tak sampai la sumpitnye tu. Dah la panjang sumpitnye. Tak aci betul.Hahha.Back up laki i la sebab 3 kali sumpit, sekali je yang agak tepat kene.

Dalam rumah Penan (kalau tak silap). Masa sampai ni baru je habis persembahan kebudayaan untuk group tourist. Rugi pulak. 

Ada rumah yang kami skip. So, jangan la ikut cara kami. Masuk je semua rumah yang ada. 

Passport ni akan diberi untuk semua pengunjung . Lupa nak ambil gambar dalam ni.Ada page yang korang boleh dapatkan cop dekat setiap rumah yang korang pergi, bukti korang dah melawat rumah tersebut.. Macam korang pergi Taman Tamadun Islam, Terengganu ada passport kan.

Perkara WAJIB datang sini ialah persembahan kebudayaan yang korang jangan miss. Setiap hari ada 2kali persembahan pukul 1130pagi dengan 4.00petang.So, plankanlah masa tu. Macam kami habis je tengok rumah semua. Pergi lepak minum-minum dulu dekat Damai Central yang terletak berdepan dengan Sarawak Culture Village ni.

Ikutkan nak pergi la turun pantai tu tapi air tengah surut dan cuaca sangat lah terik.Cancel la turun pantai kita lepak minum je sementara tunggu pukul 4petang. Oh yea, semua kenderaan untuk ke Sarawak Culture Village ni parking di sini. RM3 per entry kalau tak salah.

Persembahan selama 45minit ini sangat menghiburkan. So, jangan miss ok show dia.

Berebut-rebut orang nak ambil gambar dengan dia ni lepas show.Hehhe..

Tips:
1. Pakai pakaian yang sesuai yang memudahkan perjalanan nak naik turun tangga dan juga cuaca yang agak terik
2. Prepare payung, kipas tangan dan air mineral.
3. Jangan miss waktu persembahan kebudayaan.(1130pagi dan 4.00petang)


Waktu operasi Sarawak Culture Village dari pukul 9pagi hingga 5petang. Berdekatan Sarawak Culture Village ni ada few resort or hotel yang boleh menginap. Plan awal dulu ada jugak survey hotel dekat sini sebab nak pantai kan tapi cancel. Good decision!:)

Layari SINI untuk info lanjut.







4 comments:

zarulfarhana said...

menarik2....
tangga tue menakutkan nk naik...

Azhafizah Md Nor said...

nak berjalan ke satu² tempat memang berpeluhlah jawabnya ni tapi kalau dah singgah memang rugi tak pergi semua tempat kan..

orked violet @ SYA said...

best nye. Sya kalaw g cni kompem mulot nganga tgk sume bende. hehehe

tringinnyee...isk2

::EIDA:: said...

iye btul. jgn jadik macam budak tu, yang pergi pakai skirt naik turun tangga padan muka dia HAHHAHAHHHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah