CHERITERA KAMI...: Jalan-jalan Cari Makan di Kuching

Oct 31, 2014

Jalan-jalan Cari Makan di Kuching

Selain tempat untuk shopping, Kuching terkenal dengan syurga makanan. Ada pelbagai jenis makanan di sana yang susah untuk kita dapat dekat Semenanjung ni. Kalau ada pun, mungkin tak sama kot. Bagi kami, memang first time ever la nak try all signature food Sarawak ni, so dah alang-alang pergi kene la terjah antara tempat makan menarik di sana.

RJ Ayam Bakar Kopitiam
Actually, dari waterfront kami terus jalan ke sini. Kononnye malam tu tak payah la nak keluar lagi. Tapi macam lost, tak jumpa kedainye so dari penat nak berpusing-pusing cari kedai, kami terus balik hotel dulu merehatkan diri. Malam tu keluar balik meneruskan misi.

Dengan bantuan google, baru tahu exact location kedai ni berhadapan dengan Alliance Bank Kuching.Kalau jalan kaki dari Pullman Hotel dalam 10minit.

Masa sampai ni kedai penuh tapi nasib baik ada tempat kosong. Dah la lapar ni, tak sabar nak melantak. 

Antara pilihan menu yang ada. Ada macam-macam menu - Asian, western, kek pun ada. Menu yang paling hot kat sini ialah Pisang Cheese (time ni tak hot lagi pisang cheese kt KL) tapi sayangnya pisang takde stok masa tu. Kuciwa i...

Ini menu yang kami order - Ayam Penyet, Ayam Bakar dan Baked Fries. Semuanye adalah sedappppp!Sambal ayam tu memang mantap.

Masa kami datang memang ramai orang, tapi servis sangat cepat. Baru duduk dah ambil order tak lama tu makanan pun sampai. Kedai pun selesa.

RJ Ayam Bakar Kopitiam
Lot 291-295, Jalan Abell, 93100 Kuching, Sarawak.
Dari pukul 530petang- pagi
082-414797

#Ada satu lagi cawangan RJ Ayam Penyet bersebelahan Kopi O Corner.

Kopi O Corner
3 kali tak silap kami singgah kedai ni. Lagipun memang dekat dengan Dormani Hotel , lebih kurang 10minit drive. Masa mula-mula nak ke sini pun drama jugak sebab kami berpandukan gps. Kalau korang google maps memang terus dapat la Kopi O Corner tu tapinya kami dah reach destination, tak nampak bayang lansung Kopi O Corner tu.2 kali pusing tempat yang sama.Tanya la orang. Try la pusing jalan lain, baru jumpa. Huhuh.Nak makan punya pasal kan;)

Berjaya juga kita sampai ke sini. Apa yang menarik di sini??

Mee Kolok special dan Mee Kolok Sapi. Special tu sebab sup tulang. kalau biasa sup sayur je. 2-2 sedap!!memang dah jatuh suka dengan Mee Kolok ni. Ada try dekat kedai lain tapi sini jugak yang sedap.

Laksa Sarawak.N memang kurang sikit makanan berkuah yang berempah camni. Tapi cik B cakap sedap. Rasa rempah kuah dia tak kuat sangat.

Hari terkahir sebelum pergi airport, N order nasi ni.Kalau dari menu nama lain, tapi rupe dia sama dengan nasi ayam penyet. Rasa??kurenggg.So, tak payah order tau.Heheh.

Ada juga nasi berlauk dan ala carte yang lain.Kami ada tapau nasi goreng ayam.Memang sedap, banyak pulak tu.

Map ke Kopi O Corner. Nampak tak beza exact location dengan yang dah mark dekat maps. Mana tak sesatnya.Haishh.Kalau google maps, korang type la wisma sugarbun. kedepan sikit, jumpa la kedai ni.ambil jalan ke bawah flyover.



My Village Barok
Kedai popular dengan makanan signature Sarawak dan seafood. Tapi sayang, masa kami datang ni dapur tengah renovate. So, pilihan makan sangat limited. Malas nak pk kedai lain, kita order la ape yang ada.

Senang je kesini. Dari Mira Cake House tu terus ke hujung area foodcourt tu akan nampak kedai ni.

Lupa pulak nak snap notis sampai bila dia renovate.Ni jela menu yang ada haritu. Tak dapat nak rasa sayur midin dengan ayam pansuh.

Nasib baik la dekat Lepau Restaurant ni dah merasa makanan authentic Sarawak, takdela terkilan sangat.

Warung Nusantara
Kami lunch dan breakfast dekat sini masa stay di Pullman Hotel. Kedai ni area shoplot belakang Pullman Hotel. Ada nasi campur, ala carte. Dibuka 24jam. Kalau stay area Pullman Hotel boleh la terjah kedai ni. Sedap jugak makanan dia.

Kredit pic : Google.. tak ambil pulak gambar masa dekat sini.;p

Aroma Cafe
Actually, kedai ni nak singgah sebelum ke airport hari Ahad. Boleh pulak tak tahu kedai ni tutup hari Ahad. Masa baca review takde pulak perasan pasal tu. Dah sampai depan kedai dah.Memang sadis betul la. Tu yang kami pergi Kopi O Corner tu je.Hehehe.

Kredit pic Google. Ramai yang rekemenkan kedai ni tapi tulah takde rezeki haritu nak makan dekat sini. So, korang take note ok HARI AHAD TUTUP.

Ground Floor, Sub Lot 126, Section 33 KTLD, Jln Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak KTLD, Ground Floor, Sub Lot 126, Jalan Tabuan, 93100, Section 33, Kuching, Sarawak
082-417 163

6 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann, sedapnya mee kolok tu! famous kannn. adoiii kecur air liur tengok gambar T_______T"

Julian said...

Helo...your post is good ,, saye suke. sorry kalo saye cakap tak bagus ya soalnya saye sedang belajar cakap malaysia. saya blogger dari Indonesia,,nak kenal dengan you blogger malasyia,, bolehk ke???

Azhafizah Md Nor said...

menu semua sedap² dan menyelerakan sangat tu

Balkidz Hunny said...

dekat Kopi O Corner tu ko tertinggal menu Roti Pratha. Signature food tue. hehe
Ayam pansuh best ada 1 lagi area matang. hehe

::EIDA:: said...

ida sempat makan mee kolok dgn seafood aje! lain xsempat.. buat kerja buat kerja buat kerja HAHHAHHA

Niddurima Reds said...

Kalau nak ckp pasal mi kolok....Mi kolok Hj. Salleh yg terbaik (lokasi dekat area satok). Tapi kedai tu kecik ckit dan perlu beratur kalau aher sampai. Laksa sarawak.....Mom's laksa the best. Ada banyak cawangan kat kuching & senang nak cari. Next time jgn lupa cuba tempat2 yg saya ckp ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah