CHERITERA KAMI...: Dormani Hotel Kuching

Oct 28, 2014

Dormani Hotel Kuching

Hotel ketiga kami di Kuching. Bila lagi nak rasa tukar2 hotel ni. Kuikui.Kami stay 3hari 2malam di sini. Disebabkan 3 hari ni akan banyak aktiviti jalan, masa lebih di luar tu yang decide hotel biasa je kalau stay hotel yang berbintang-bintang, rugi la kalau asyik berjalan kan.

Main reason choose Dormani Hotel sebab kepunyaan Melayu. Siapa lagi nak support business Melayu kalau bukan orang Melayu jugak kan??Kedudukan hotel pun strategik - agak dekat dengan Waterfront , masjid dan kedai makan pun sebelah hotel sahaja. Memang kawasan Melayu. Nak ke Kubah Ria/Satok dalam 10minit. Nak ke Kopi O Corner yang femes tu 5 minit je.

Deluxe Room...Ada 2 type room sahaja di sini Superior dan Deluxe. Pintu tu mulanya ingat connecting room tapi rupanya sebelah pintu kecemasan je.

Simple je biliknya tapi selesa. Almari bertirai ada sejadah, yasin dan hanger. Fridge, kettle,wifi pun ada. Kami check in lepas balik dari Sarawak Culture Village, tu yang jam tu dah pukul 630petang.

Kebersihan toilet ok la. 

Masa kami stay ni, perkhidmatan telefon dalam bilik ada masalah so, 2 kali tak silap cik B kene turun pergi reception.  Sebabnya?? Lepas breakfast nak masuk bilik tak boleh, dah scan kad tu tak boleh bukak pintu. Rupanye bateri scanner tu dah kong. Nasib baik cepat orang maintenance die datang. Kes kedua, kami guna perkhidmatan dobi diorang, sepatutnya dapat sebelum pukul 8malam tapi takde bayang pun. Kata staff tu diorang lambat hantar dobi so esok paginye pukul 7 baru hantar. Tapi pukul 7 pun tak nampak bayang. Bila g tanya kat reception, tak lama lepas tu baru sampai bajunya. Itu yang buat slack la.Tapi staff ok takde yang buat muka ke apa.

Harga bilik include breakfast. Hari last baru sempat merasa breakfastnya. Ni cafe comel Dormani Hotel.

Buffet breakfast takla banyak pilihan tapi makanan sedap jugak ,
alhamdulillah kenyang.:)

Pemandangan luar dari hotel. 3 tingkat je hotel ni.Parking juga disediakan. ( Kredit pic : Google)

Kami book thru Agoda untuk 2 malam Deluxe Room with breakfast RM296. 
Mungkin korang boleh masukkan hotel ni dalam list kalau datang ke Kuching nanti.

3 comments:

Azhafizah Md Nor said...

boleh tahan jugak hotel ni..okay nak masukkan siap² dalam list :)

orked violet @ SYA said...

RM296 tu utk 1 mlm ke 2mlm? ok la, simple. Sya klw stay kt any hotel, xdemand sgt pasal brkfast sbb taw lg byk options, lagi byk makan, lagi susahh nak jage diet! hahaha

ntah bile la nk smpai kuching. doa la ek, kite same2 murah rezki, pjg umo =)

Balkidz Hunny said...

Dormani memang makan not bad. dinner students aku kdg buat kat sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah