CHERITERA KAMI...: Borneo Highlands Resort Part 1

Oct 14, 2014

Borneo Highlands Resort Part 1

Selamat sampai Kuching Airport pukul 130petang disambut dengan hujan. Kami isi perut dulu dan tapau makanan untuk ke hotel. Kenapa kene tapau? Sebab hotel@resort yang kami nak pergi ni terletak jauh ke pedalaman dan di atas bukit. Tiada kedai makan yang berhampiran kecuali cafe resort tu je. Kedai runcit pun takde dekat resort tu. So, untuk mengelakkan dari ada yang kebulur dan kelaparan yang boleh merosakkan mood cuti-cuti, kita tapau makanan siap2.

Janji dengan Uncle Teksi a.k.a Uncle Gan 2.30petang di airport.Memang punctual Uncle ni. Teksi kami dah book 2minggu awal. Tempat yang kami nak tuju ni perjalanan menuju ke puncak agak mencabar. Dari review yang N baca ramai yang comparekan jalannye macam ke Cameron melalui Tanah Rata. Bila kami decide nak pandu sendiri guna kereta sewa, owner tu tak galakkan lagipun cuaca hujan agak merbahaya. Shuttle ada disediakan oleh pihak resort kalau kita nak park kereta di pondok guard di bawah dan shuttle akan ambil bawa kite naik ke atas, cas RM25 per way per person.

Kalau naik teksi dari airport ke pondok guard resort RM100 plus shuttle utk 2orang total dah RM150 kan. End up kami decide langkah yang jimat suruh Uncle Gan hantar sampai puncak, kos RM130.Heheh. No contact Uncle Gan ni pun pihak resort yang bagi. Memang Uncle dengan anak die je yang sanggup nak hantar guest naik sampai puncak. Dah berpengalaman hampir 10tahun. Sampai dah hafal la selok belok jalan di sini.

Jalan menuju Borneo Highlands Resort. Sebab baru lepas hujan memang berkabus la tengok bukit bukau tu. Rasa tak sabar nak sampai. 

Kami tahu tentang resort ni pun masa stay dekat Palace of The Golden Horses dulu ada pamplet pasal resort ni sebab resort ni under Mines Group jugak. Tengok tu terus terpegun , ingatkan jauh kat pedalaman Sarawak belah mana kan. Kebetulan nak pergi Kuching ni bile google tengok takdela jauh mana. Dalam 45minit dari airport Kuching. Terus book!

Ini rupa jalan yang akan dilalui untuk sampai ke puncak. Uncle Gan memang peramah. Macam-macam die bercerita. Kita akan melalui 3 bukit untuk sampai. Memula jalan ok lagi takdela berliku sangat tapi jalan nak mendaki tu 70darjah ada kot. Kami memang bersyukur sangat la tak drive sendiri untuk naik mau ada yang patah balik. Uncle Gan cerita banyak la yang patah balik takboleh nak drive mendaki ada jugak kereta yang terbabas.Tapi ada je review yang N baca orang selfdrive. Terpulang la kat masing-masing kan kalau yakin:)

Jalan akan ada turun naik seperti ini. Ada juga selekoh yang kita tak nampak jalan di depan. Uncle Gan boleh katakan hari-hari naik turun hantar penumpang. Memang die dah hafal segala selok belok. Dia cakap pernah ambil dan hantar orang tengah malam awal pagi masa gelap. Yealah mana ada lampu jalan pun kat sini.

N masa ni kat belakang pegang je kepala seat depan tu sebab Uncle bawak laju kan nak turun naik tu. Memang dah rasa pening nak muntah. Uncle cakap die memang ada stanby plastic kt seat tu untuk orang muntah. Memang ada je orang muntah pun die cakap.Hahha.N masih boleh bertahan la. Yeala mana nak bajet jalan die extreme gini.Memang tak ready gula-gula ke ape.

Alhamdulillah dalam 10 ke 15minit camtu dah sampai ke puncak.Legaaaa!!

Masa untuk check in. Check in hari Rabu. Kami berdua je guest dekat situ. Feeling sangat macam tuan empunya resort.Hehehe...

Rasa berbaloi sangat walau rasa pening nak muntah nak menuju ke puncak ni , bila dihadapkan dengan view yang hijau kabus bunyi unggas burung berkicau sebegini. SubhanaAllah~



6 comments:

idzwa kamaruddin said...

cantik nyer!tapi naik turun tu mcm seram jek..

Azhafizah Md Nor said...

cantiknya Ann pemandangan tu..seronok bercuti tu.

Anonymous said...

Thanks for sharing your thoughts on denver vacation. Regards

my page; Treeworks Greenville ()

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann, ngerinya tengok persimpangan dia. adoyaiii kalau kena bawa sendiri memang sheila patah balik kot. hihiiii naik pergi Genting pun, macam nak pitam. adehhh. hahhaa tapi serius lawa sangat tempat ni ann ~~~

::EIDA:: said...

ohoii jalan diaaaa...... serupa cameron bukitfraser kundasang haa gabung sekali tiga kekekkeke

::EIDA:: said...

jalan dia hmm hmmmmmm tapi bila tgok resort alahai cantiknyaa.. berbaloii datang siniii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah