CHERITERA KAMI...: Borneo Highlands Resort Part 5

Oct 20, 2014

Borneo Highlands Resort Part 5

Ni entry last tentang Borneo. Harapnye korang masih seronok baca pasal Borneo Highlands yea.

Hari kedua kami di Kuching, Sarawak. Hari terakhir kami di Borneo Highlands Resort. Sayang nak tinggalkan tempat yang indah tenang dan nyaman ni. Ada yang tanya berapa harga 1 malam kami di sini..Haritu kami beli online thru Agoda. Harga untuk Birdie Room ni RM220.40 include breakfast.

Boleh dapatkan khidmat teksi dengan Uncle Gan. Uncle memang power bawak kereta berdesup kalah F1. Punctual on time set je masa pukul berapa lewat malam awal pagi die sanggup datang ambil. Cas dari airport ke puncak Borneo RM130, dari borneo ke bandar Kuching RM150.

Siap bergambar lagi dengan Uncle Gan dan teksinya

No. contact Uncle Gan. Call je Uncle.Uncle pun buat part time pasang satelitte.Nampak berumur kan tapi larat naik tinggi tu. Kagum!

Tips dan cadangan:
1. Sediakan bekalan makanan yang cukup semasa berada di sana sebab takde kedai jual jajan dan sebagainye atas puncak tu. Kalau sanggup room service boleh je.
2. Cuaca takla terlalu sejuk, so pakai pakaian biase2 je pun ok. Tapi standby la stokin buat tido malam;)
3. Staff yang helpfull dan mesra. Overall ok.
4. Harap pihak resort tingkatkan maintenance especially ground floor (pool) supaya lebih bersih dan terjaga.
5. Siapa yang mencari tempat cuti-cuti yang privasi, N recommendkan tempat ni. Plus sangat sesuai untuk photoshoot. Kalau dengan family dan anak-anak pun boleh, diorang lagi suke berkejaran-kejaran dekat padang dan taman tu.
6. Yang paling penting, prepare mengadap jalan yang berliku dan berbukit bukau tu. Kalau jenis cepat pening dan muntah, standby la apa yang patut.

Kenangan indah terukir di puncak Borneo..We Love to be here!

Bye-bye Borneo Highlands Resort





Cek out Borneo, kita cek in tempat lain pula. Ada 3 hari lagi dekat Kuching ni. Ada banyak lagi cerita nak share dengan korang.



4 comments:

zarulfarhana said...

ok jgak hrga dia... kalau ada rezeki lebih boleh p nie...

Azhafizah Md Nor said...

bestnya..ada rezeki dan ada masa bolehlah ke sini nanti :)

::EIDA:: said...

Baik! Ida baru balik dr kuching.. ckp dgn husband jom pergi borneo. Hahaa ada kawan lepak sane bestt... klu ikut xde kerja belmbk mmg dh smbung cuti huhuhu. Tp cmnee alkisahnya kerjaaa berlmbk sdihh~

amirahramli said...

Salam akak kalau kita x tidur n book resort kt sana boleh ke? Just nk dtg mlawat n tgk pemandangan dekat borneo highland tu.Cantik sangattt view dia. Rancang nk bwk fmly dtg jln2 sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah