CHERITERA KAMI...: Borneo Highlands Resort Part 4

Oct 18, 2014

Borneo Highlands Resort Part 4

Kalini nak tunaikan janji nak bawak korang jalan2 tengok ape yang menarik di Borneo Highlands Resort ni selain dari padang golf yang besar tu.

Kami ambil tour pakej dengan pihak resort RM30 seorang. Tour dalam sejam setengah tapi sebab kami berdua je so ikut suka hati la nak lama mana pun. Hehhe.Janji pick up pukul 930pagi tapi tunggu dekat 15minit jugak la tak sampai staff yang nak bawak kami tu. Sabau je la. Nampak je bayang tram tu tak nyempat-nyempat nak naik. Takut nanti tak sempat nak pusing sebab tengok cuaca mendung nak hujan.

Inilah pengangkutan yang digunakan untuk membawa kami berjalan-jalan sekitar resort.



Pitstop yang pertama ialah Kalimantan View Point. Yang ni WAJIB korang pergi kalau datang sini. 

Apa yang menariknye dekat view point ni??Jom tengok...

Berada di ketinggian 3281 kaki dari aras laut. Di belakang itu ialah Kalimantan yang kabus di pandangan. Tali tu adalah sempadan Kalimantan dan Borneo ni. Kalau keluar kaki sikit tu dah masuk Kalimantan. So, automatik dah masuk 2 negara tanpa passport gitu.

Alhamdulillah cuaca baik baik sahaj dapatla bergambar kenangan berdua dekat sini

Rasa nak berguling-guling buat videoklip hidustan kat sini. Hutan tu ada denai untuk jungle trekking sampai ke atas sana tu. So, siapa yang berminat nak try , selamat mencuba!ngeee...


Ni jalan nak ke Kalimantan View Point tu. Memang keputusan yang tepatla amik pakej tour ni ha, sanggup nak jalan kaki sendiri??Memang tak laaa...

Simpang masuk ke resort. Rumah besar tu rumah persendirian juga. Cantik!Banyak duit sangat diorang ni. Belakang rumah ni ada tanah untuk dijual, ade yang berminat?Heheh..

2nd pitstop - Horticulture Nursery. Dari luar nampak cantik warna warni jugak la nurserynye tapi bila masuk tak macam nursery dekat Cameron. So, kalau nak skip yang ni pun boleh. Tapi kami haritu saja la masuk tengok2 tak sampai 5minit.





Next tempat yang WAJIB jugak singgah.

Cantik view dekat sini. Taman atas puncak.Kalau ada sinar matahari lagi cantik tapi ni pun dah alhamdulillah tak hujan.

Tengah tengok kuda weols sihat sihat belaka semuanya.Hehhe.Perasan tuan empunye kuda la tu;p

Jatuh cinta lagi dan lagi

Bersebelahan tempat tadi tu ada taman bunga cantik ni. Nampak bumbung rumah tepi kiri tu?Tulah rumah persendiri Tun M.

Mencari model muslimah??plussize?Do contact me yea..Wah..gitu ayat..Sori la ni model syok sendiri. Kate takde orang kan, harusla syok posing sana sini.

Gambar terpaling suka sebab effect kurus terlebih. Mekaseh photographer kesayangan. Good job!Hehehe..


Actually tempat ni dibuka untuk public juga. Maksudnye kalau korang tak stay dekat resot tapi nak berjalan-jalan kat atas ni pun boleh. Korang park kereta dekat pondok guard bawah tu , lepastue bayar la RM50 seorang (kalau tak silap) untuk jalan-jalan dalam ni.

Amacam??Cantik kan view dekat sini.Reason utama kenapa kami pilih stay di sini.

Ok..next entry last pasal Borneo Highlands Resort ni. Dah nak cek out dah, N share sekali harganye nanti eh.

9 comments:

::EIDA:: said...

Cantik! Ni kalau nk honeymoon privasiii boleh laa kann hihihi

zarulfarhana said...

cantik view... cantik juga model dalam pic tue... hehehhe

Sheila Salim said...

assalamualaikum ann. lawonya.. Subhanallah. ann nanti share sekali kat mana booking resort ni. thru agoda ke lain2. hihiii boleh juga nak bawa suami dengan adam ke sini... lama tak travel ~~~

Azhafizah Md Nor said...

Memang cantik view kat sini..hijau sejuk mata memandang..tak rugi datang dan singgah sini.

amirahramli said...

Ohh baru prasan akak de tulis dia open utk spe2 ke dtg. Rm50 tu byrn utk msuk dlm ke atau tour guide?

Ann said...

amirahramli : rm50 tu cas shuttle yg akan bwk kte pusing2 dlm tu..tkng driver tu blh dikire tour guide la sbb kite boleh je tny die mcm2..mcm haritu die bwk je ktorg pusing2, die xdela terang ape2 pun..tp klu tny tu, ade je la ceritanye..hehehe..

Ann said...

Sheila Salim : Ann dah update dekat entry last tntg harganye...harap membantu sheila..

FiZ said...

WAHHH..memang cantik...pegi sini memang betul2 release tension and menikmati keindahan je.suka2..moga ada peluang pergi situ nnti.

Weena said...

cantik la borneo highlands nie...weena org kuching nie pun xpernah sampai lg...hehehe.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah