CHERITERA KAMI...: Borneo Highlands Resort Part 3

Oct 17, 2014

Borneo Highlands Resort Part 3

Maafkan kami cerita 1 resort je dah banyak part. Untuk harga, nanti part yang last N share eh.Harini nak bawak korang jalan-jalan sekitar resort.

Lepas rehat kejap kt bilik tu, kami keluar tengok apa yang ada sekitar resort. Cuaca mendung je petang tu so gambar pun mendung-mendung jugakla yea.

Depan bangunan lobby dan hotel ni ada padang golf yang luas, Hornbill Golf & Jungle Club. 2 hari kami kat sini tak nampak pulak orang main golf sebab weekdays kan. Sanggup orang panjat puncak ni nak main golf semata.Hohoh.

Bukti cuaca mendung baru lepas hujan. Jalan dan padang pun basah lagi. Bawah tu ada sungai mengalir cuma tak boleh turun nak mandi je.Confirm air tu sejuk.

Dah kata takde orang kan, kita buat macam padang kite la;)

Siap duduk bertapa atas padang ha.Tenang!

Untuk info korang resort ni telah dirasmikan oleh Tun M dulu dan 1 of idea beliau juga. Ada 1 rumah dekat sini yang dimiliki oleh Tun M. Sultan Burnei, VVIP ramai juga yang pernah melawat dan menginap ke sini. Diorang datang tak main la naik kereta, naik helicopter ok.

Kami pun nak feeling VIP jugak sebab kami berdua je guest masa ni.Heheh.

Di ground floor resort ni akan ade indoor pool. ada pool dan yang N duduk tu air pool die suam-suam. 

Petang tu kejap je la kami jenjalan. Sana kan gelap awal. Malam tu stay kt bilik je sambil ngadap bekal KFC yang kami tapau.Staff resort ada tanya juga kalau nak dinner ape2.

Esoknya konon nak bangun pagi kejar sunrise. Dah set dengan staff tu suruh bawakkan kami tempat nak tengok sunrise. Bajet kul630pagi. Tapi kami tunggu kt lobby tu tak nampak bayang. Jalan la perlahan-lahan sendiri tapi sekerat jalan je.Memang tak de la sunrisenye pun. Balik hotel terus breakfast. Breakfast bukan buffet dan ala sihat punye takde nasi lemak buah bidara, mee goreng ke ape. Yang ni memang ada N baca dekat review. So, tak expect breakfast yang heavy pun.

Buah dan pastri for 2 person. Pinggan cawan tu exclusive keliling corak die gmbr org main golf.

Simple breakfast for each. Telur sampai 2 biji tak habis pun makan.

Kami ambil tour pakej RM30 seorang.Tour ni untuk die bawa berjalan taman-taman dan spot menarik di sekitar resort. Kononnya nak jalan sendiri bagai takde makna la. Gigih pulak nak turun naik bukit tu berdua. Kang ade yg semput.Huhuh.

Ikutkan nak bawak korang jalan2 tengok taman tu tapi macam panjang pulak entry ni. Kita sambung next entry la yea. So, layankan je la dulu gambar di hari pertama ini.

Bajet skirt macam princess;p

Love!


6 comments:

Falsya said...

serious cantik sgt permandangan..sejuk je mata memandang..eh eh nape dh part 3, okayh pasnie nak selak2 entry part2 yg sebelumnye..;)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann, lawanya tempat ni... jeles tengok pemandangan yang indah tu ~~~

Azhafizah Md Nor said...

cantiknya permandangan kat sini..relaks je bercuti tu kan..

::EIDA:: said...

cantiknya pemandangan dia!

::EIDA:: said...

cantiknya !!!

zarulfarhana said...

serius cntik pemandangan ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah