CHERITERA KAMI...: Borneo Highlands Resort - Part 2

Oct 16, 2014

Borneo Highlands Resort - Part 2

Masih dalam Day 1 lagi. Kali ni nak share rupa bilik yang kami menginap untuk 1 malam. Masuk je bilik terus macam waaaa...Apa yang waaaa tu??Jom scroll ke bawah ni ha...

Bilik kami untuk 1 malam - Birdie Room. Ni kire deluxe room la. Yang kecik sikit Par Room. 


Masa nampak Tv plus astro ni terkejut jugak sebab mostly review yang kami baca cakap resort ni takde tv. Ktorang siap dah standby Running Man few episode kot nanti boring boleh tengok.Hehhe.Walaupun tvnye kecil bukan yang LCD ke flat screen ke puas hati dah la siaran pun jelas dan quite few.Sofa empuk tu memang selesa sambil mengadap tingkap tu dan green view.

Bathroom pun bersih dan selesa

Shower ada hot water. Jangan risau akan kekejungan mandi air sejuk atas puncak Borneo.Heheh. Tekanan air pun laju.

Dekat pintu masuk ada macam bench dengan penyangkut. Majoriti perabot berasaskan kayu.

Gambar candid..Maafkan muke tu takla tenyum bukan sebab takde yang tak puas hati. Sangat puas hati dah ni ha.Tengok tingkap tu 2 biji camtu. Bukak luas-luas bukan ada orang nampak pun. Tatap la green view dengan kabus tu. Oh..Tingkap tu diorang pasang net yang kita boleh bukak, so memang takde nyamuk.Tido nyenyak!!


Bilik kami tingkat 2. Bawah tu ada small pool tapi sayangnya pool tu tak bersih. Memang takde plan pun nak berendam pool tapi kalau dijaga bersih should be nice lagi kan. 

Belakang tu nampak macam kabur sikit pemandangan kan sebab ada net tu la. 

Full view dari tingkap bilik kami B003. Rumah besar bawah tu bukan untuk guest tau, itu ada owner sendiri. Dekat sini ada jual tanah lot dan banyak rumah-rumah besar dibina yang N pun taktahu la tokei balak ke tokei mana punya ownernye sebab opkos memerlukan kos yang sangatttt besar bila nak buat rumah atas puncak ni. Bayangkan lah lori bagai nak naik bawak simen tu semua belum lagi yang nak bawak perabot tu nak mendaki puncak tinggi ni ha. 

Duduk berstokin berselimut atas katil mengadap pemandangan ni tak pernah membosankan. Nampak kabus-kabus di sana tu.

View subuh pukul 5pagi.


Bilik ada kipas tapi bagi N sejuk kat sini tak sama dengan sejuk dekat Kundasang. Dekat Kundasang sebab gunung kan. So, nampak panas pun angin die tetap sejuk dingin. Dekat sini still ada rasa suam-suam tu.

Kalau nak feel chalet, nak lebih privacy dan bilik yang lebih besar booklah bilik Jungle Cabin. Tapi bilik tu jauh sikit dari lobby tapi dekat sikit dengan taman-taman yang ada di resort ni. Nasib baik kami tak ambil yang Jungle Cabin tu sebab kami berdua je guest yang cek in. Biar dekat dengan lobby cafe dan staff senang sikit kalau apa-apa hal.Hahahha.

Next entry kami bawak jalan-jalan , tengok apa yang menarik dekat sini.

7 comments:

zarulfarhana said...

Harga Satu malam brapa ni

idzwa kamaruddin said...

haa seronok nyer!!

idzwa kamaruddin said...

haa seronok nyer!!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann, baiklah. kalau ada rezeki nak ke Kuching, boleh pergi sini.. hehhe teringin sangat nak jejak Sabah & Sarawak sebab sana cantik2 sangat pemandangannya. adoyaiii Adam cepatlah besar sayangggg, umi nak jalan sini. hihiiii ~~~~

Azhafizah Md Nor said...

wow..bestnya tak terkata dah ye..suasana tu yang seronok bila bercuti berdua..feeling honeymoon gitu :)

::EIDA:: said...

heibatt la resort ni! lawa sangatttt

Ida Puanstoberi said...

Salam..
Kakak masuk sini lps awak drop komen kat blog kakak.. hihi..

Mmg dlm plan nak ke Swak utk anniv ke 6 bulan 12 nih, tp pikir cam takde yg menarik je Swak nih, tup2 bila tgk entry awak ni.. eh.. bes la pulak.. oke.. reserved! Hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah