CHERITERA KAMI...: Menghadiri Jemputan Kawin

Sep 3, 2014

Menghadiri Jemputan Kawin


Sempena Hari Merdeka haritu jatuh hari Ahad, Isnin pulak cuti lagi. Confirm kalau yang cuti deret camtu mesti ada kenduri punya. Haritu kami ada 3 undangan kenduri kawin untuk 2 hari Ahad dan Isnin. Keramat- Putrajaya-Langat.

Ni kawan masa sekolah rendah bawa ke sek menengah. Start dari darjah 6 kami duduk meja sebelah2 / deskmate. Lepastu Masuk Form 4, dedua berpisah masuk asrama. Mak dia cikgu kelas kami masa darjah 1 dulu. 

Cantik!!SELAMAT PENGANTIN BARU INA & Hubby...

Ni wedding kakak pada kawan cik B dekat Sangkot Villa, Hulu Langat. Nice place untuk buat any event. Sangkot Villa ni ada 2 , 1 nak ke Congkak yang ni dekat dengan Taman Nanding. Selain dari dewan, kita boleh sewa tempat yang macam ni ala2 macam buat kat rumah tapi bukan lepastu konsep garden wedding gitu kan. Dah banyak dah rasanya kt KL ni tempat macam ni tinggal bajet la kan memenuhi ke tak.Hehehe. 

Oh..bila dah balik rumah baru perasan rupanya pengantin ni 1 of senior blogger juge padan la macma terperasan ada blogger yang familir masa kenduri tu. Tapi macam biasa la kite is segan nak tegur gitu.

Yang dekat Putrajaya anak staff cik B, ni tak sempat jumpa pengantin datang pun dah kul3 lebih.Pengantin dah keluar pergi outdoor kot. Kenduri paling sempoi buat kat koridor apartment tu je sebab dewan semua dah penuh. Ok la kan janji majlis berjalan lancar.

So..untuk semua yang baru sudah majlis kahwin..SELAMAT PENGANTIN BARU.Moga bahagia hingga jannah.Aminnnn...

1 comment:

zarulfarhana said...

pengantin first tue baju dia cntik la....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah