CHERITERA KAMI...: Havoc Bistro Kampung Baru

Sep 12, 2014

Havoc Bistro Kampung Baru

Haritu ade blogwalking (sorry..lupe blog mana) cerita pasal makan2 kt Havoc Bistro ni. Nampak macam sedap je. Ada sekali tu pergi Kampung Baru memang nak singgah dah tapi tutup la pulak. Jadinye baru-baru ni lepas pergi Matta Fair , kononnye nak singgah la minum-minum je.

Bila tengok menu tergoda terus. Dari rasa nak minum-minum nak rasa-rasa, sampai 3 menu kami order. Masa tu dah pukul 10malam dah. Haa...rosak diet I.Diet la sangat;p

Ni suasana kedainye bersih dan selasa. Ada bilik beraircon / non smoking juga.

Antara menu yang ada. Harga reasonable. 

Minuman yang menarik nama pun menarik RM6 segelas. Nak I Love You , I Miss You, Be Happy macam2 ada campurannye.


N order I Love You ( soda+ribena+ laici+lemon). Cik b order tembikai.

Menu pertama Spaghetti Bolognese. Kate xmo makan berat-berat. Beli 1 kongsi 2 orang bajet macam cukup je kan. Sekali ternampak pulak menu yang teringin nak rasa.

Sizzling Steak - kuahnye sedap tapi steak nye kecik rasa tak puas makan. Tu yang tambah menu ketiga.Hahaha.

Direkemenkan oleh pekerja, kami order Roti John Daging ni. Ni paling maveles, sebab sedap ya amat. Tengok macam panjang tak boleh nak habis. Giler tak habis.Rugi laa..sedap wooo!Seyes sedap. Ada daging, chicken or mix. Harga RM8. N pun nak rekemen la dekat korang try Roti John ni.

Ni close up rupa Roti Johnnya. Telur, isi, bawang. First time masuk mulut dah tergoda dengan keenakannya. Amboi kemain promote. Promote tak berbayar ni - tapi sedap kene la share ngan korang. Weekend ni tak tau nak JJCM mana, moh pergi sini.

Eh...diorang ada buat delivery service jugak rupanya. malas nak drive g kampung baru tu kan call je no tu. Sekelip mata dah sampai.Kehkeh. Tu ada detail alamat , FB dan Ig diorang untuk info lanjut. 

6 comments:

mama tisya said...

ada tgk dlm jjcm aritu..ada gk member blogger dh pegi..tgk nama air tu mcm2

Anonymous said...

I always spent my half an hour to read this website's articles all the time
along with a cup of coffee.

Also visit my webpage - sex toys shop

ummi_khalish said...

teringin nk pi....sedapnyer..huhuhu

nida-razak said...

kenapa makanan dia sume nampak sedap2 T-T huu

myza said...

Adui dia punya menuuu n aorrr melelehh

myza said...

Adui dia punya menuuu n aorrr melelehh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah