CHERITERA KAMI...: Zoo Melaka Night Safari

Aug 12, 2014

Zoo Melaka Night Safari


Raya ke 4 & 5 kami kat Melaka. Disebabkan tak banyak rumah nak beraya, ada orang tu mengajak pergi Zoo. Ni first time masuk Zoo Melaka. Selalo kalau lalu mesti confirm penuh je Zoo tu tengok pada kereta yang parking dengan bas yang berduyun-duyun. So, kami assume mesti best la kan dalam tu. Untuk tidak menghampakan encik somi, N pun follow je la. Tapi pergi malam tak mo pergi siang-siang sebab tengah panas leting kan.

Ramai jugak rupanye orang masuk Night Safari memalam raya ni. Ingatkan kami je sanggup raya dalam Zoo;p

Harga Tiket. Kalau Night Safari naik tram adalah PERCUMA. Memang kene naik tram pun celah mana nak jalan kaki gelap dalam tu. Kang sat gi tak jumpa jalan keluar tak pun termasuk kandang mana ntah kang. Masa Night Safari dari 8pm-11pm.

Ni tempat tunggu tram. 

Ni rupe tramnye.Panjang jugak. Nasib baik kami naik tram yang kedua. Tram yang first tadi memang penuh sesak. Yang naik tenang tak ramai orang. Setiap tram ada staff yang akan bagi penerangan sikit bila kita melepasi setiap kandang haiwan dalam tu. Memang gelap tapi diorang ada torch light. Dia akan suluh la dalam kandang tu bagi kita nampak. 

Burung kakaktua ni memula skali jumpa otw nak ke tempat tunggu tram.

Tengok Zirafah teringat dekat Kwang Soo;p

Ada certain tmpat macam kandang harimau, singa, buaya. Dia suruh kita turun dari tram untuk tengok lebih dekat. Jalan kaki je la antara kandang-kandang tu. Lepastu nanti sambung lagi naik tram.

Jinak lak leopard ni kan.

Sang harimau tengah berjalan-jalan. Ni teringat Jong Kook lak;p

Cik Singa baik punya duduk atas tu like a King betul. Nasib baik die tak mengaum.Dia tengok je dari jauh.

Boleh pulak masa lalu kat tempat gajah ni die kencing. Staff tu panggil ape ntah nama die lupe lak kite die tak tengok pun.Malu la tu.Hahha.

Ada la lagi spesies2 burung , rusa, kura-kura, binatang reptilia kalau nak tengok ada tempatnya boleh masuk sendiri. N takdela nak pergi nasib baik cik B pun tak cakap nak pergi tengok.Kehkeh.

Adala dalam 30minit kot dalam tu. Kejap je dan rasanya takdela best dan menarik mana macam sikit je binatang yang ada dalam tu. Tapi kalau nak rasa experience Night Safari boleh la. N survey dekat fb Night Safari dekat Taiping pun kawan-kawan cakap tak best.Jadinye,cukuplah sekali ni je kte berNight Safari. Nak yang paling best kene g Singapore - world best Night Safari.


3 comments:

idzwa kamaruddin said...

sekali sekala layan gak kan pegi malam malam mcm nie..

Ann said...

idzwa : tkr angin kan kak..hehe

noor syuhada md noor said...

Teringin btol nak gi hehe..

Www.adaa-inspiration.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah