CHERITERA KAMI...: Tips Meremajakan Rumah Tangga

Aug 15, 2014

Tips Meremajakan Rumah Tangga


1. Jangan sia-siakan hidup yang hanya sekali ini dengan bertengkar/bergaduh suami isteri.Konflik selalu terjadi disebabkan kita tidak bersyukur. Sentiasa jaga lidah dan mulut.

2. Bangun setiap hari jangan lupa bersyukur kerana kita masih hidup dan jangan lupa berdoa mohon kesejahteraan dan kegembiraan sekeluarga.

3. Jaga hubungan kita dengan Allah,insyaAllah hubungan suami isteri akan terjaga.

4. Walau penat kerja macam mana pun pastikan balik rumah dengan senyuman, bismillah dan langkah masuk rumah dengan kaki kanan.InsyaAllah keluarga dan jiran kita akan dilindungi.

5. Sentiasa bermesyuarah antara suami isteri kerana sesungguhnya Allah akan kirim atau beri petunjuk,jalan atau ikhtiar ketika itu. 

Ni antara ilmu yang diperolehi semasa mengikuti program bersama Dr.Fadzilah Kamsah. Ada yang sebenarnya kita tahu dan kita tahu itu silap tapi yang itu jugak kita selalu buat atau pun kita tahu itu yang baik tapi kita tak lakukannya. Betul x??



~ Kebahagiaan bukan satu destinasi tapi suatu perjalanan. Pupuklah kasih sayang dalam rumah tangga jangan dibiarkan suram~


5 comments:

Zana Adieyza said...

tips yang bagus.. tq sudi share.. :)

Daddy Ziyyad said...

TQ berkongsi..
Saya pun teringin nak ajak wife saya gi kelas2 motivasi macam tu...penting utk semarakkan rasa cinta..cewahhhhhhh..:P

Ann said...

Zana Adieyza : most welcome:)

Ann said...

Daddy Ziyad : betul2..byk aura positif yg dpt..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann, nice sharing ~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah